DARIPADA tadi Lais hanya mengunci mulut. Mahu juga dia bertanya namun dia diamkan sahaja buat masa ini. Hajatnya mahu mengajak Seroja untuk keluar dating selepas sahaja selesai sesi terapinya yang kali ini selesai namun selepas melihat situasi yang berlaku sebentar tadi, Lais menahan hajatnya. Dia tahu mood Seroja tidak berapa nak elok tatkala ini.
Sepuluh minit Lais memandu pulang daripada hospital, sepuluh minit itu juga lah situasi yang cukup sunyi menyelubungi mereka berdua.
Seroja melemparkan pandangannya ke luar tingkap kereta manakala Lais hanya fokus memandu. Sesekali, ada juga dia mengalihkan pandangannya ke arah si isteri. Dilihat Seroja sedang memintal-mintal hujung blausnya.
Dilihat buat kali kesekiannya, Lais sudah mulai kerisauan. Dia tahu Seroja sedang gementar. Dia tahu perasaan Seroja tatkala ini sedang berkecamuk. Lais lalu mencapai tangan yang memintal blaus tadi dan digenggam olehnya. Secara automatik membuatkan Seroja berpaling ke arahnya.
Perlahan-lahan Seroja membalas genggaman tangan Lais. Riak wajahnya berubah.
"You alright, wifey? Wanna talk about it?". Ditegur juga Seroja pada akhirnya apabila wanita itu terus-terusan mendiamkan diri.
"Awak cakap awak tak nak tahu tentang kisah silam saya".
"I did say that. Tapi, kalau dengan bercerita kepada saya, boleh mengurangkan beban di hati dan fikiran isteri saya ni... saya sedia mendengar. Cerita lah, Seroja". Lais membawa kekura Seroja ke bibirnya lalu dicium sekilas.
Seroja menarik nafas dalam sebelum dia mulai bercerita...
"Saya kahwin dengan Idris lebih kurang empat tahun yang lepas. Beberapa bulan selepas saya kemalangan dan disahkan lumpuh separuh badan. Saya ingat lagi dia berjanji sebelum kahwin untuk jaga saya dan dia ikhlas kahwin dengan saya. Well, those were literal lies. Lepas saja majlis akad nikah, dia teruskan tinggalkan saya sendiri di rumah keluarga saya. Katanya dia nak tinggal berasingan dengan saya. What's the point of getting married then? Saya fikir macam tu".
Seroja bercerita dan Lais sedikit pun tidak membuka mulut untuk menyampuk. Dia membiarkan isterinya untuk membuka pekung di dada.
"Saya tetap bersabar tapi makin lama, makin keterlaluan. Saya ingat hanya pada malam pertama itu sahaja dia mahu tinggal berasingan, namun saya salah. Sampai ke sudah dia tak jemput saya ke rumahnya. Dia memang betul-betul tak nak tinggal bersama dengan saya. Bukan itu saja, tapi dia juga tak pernah beri nafkah dekat saya which that was the reason for my divorce. Awak tahu tu kan?". Seroja berpaling ke arah Lais yang sedang menganggukkan kepalanya itu.
"Seminggu sebelum bercerai, saya dapat tahu dia sebenarnya dah ada isteri lain. Perempuan mengandung yang awak nampak datang bersama dia di mahkahmah tiga tahun lepas, itu lah isteri dia. Maryam. Dia mengandung waktu tu. Awak ingat kan?".
Lais mengangguk lagi.
"Selepas bercerai, ada dia datang kepada saya untuk meminta maaf. Sekali dan selepas itu, dia menghilang. Sekarang, dia datang lagi. Dia buat semua orang pandang saya seperti saya lah yang jahat selama ni, Lais. Saya-". Kata Seroja tersekat dek kerana perasaan sebaknya sendiri.
"Enough, Seroja. Enough for now, okay? Saya tak nak awak menangis sebab ni. Saya tak nak awak bersedih sebab ni. Awak kan isteri saya. Isteri saya kena kuat. Macam tadi". Lais tersenyum ke arah Seroja. Tangannya naik menggosok kepala yang berlapik tudung itu.
"My wifey is strong, isn't she? Wife saya ni mana pernah kisah pasal lelaki tak guna macam tu. Wife saya ni takkan senang-senang bersedih sebab lelaki kan?".
🍁
"KENAPA awak tak cakap tadi?". Seroja bertanya bersama kerutan di dahi sewaktu mereka sampai ke rumah dan baru lah Lais memberi tahu bahawa dia sebenarnya ingin mengajak Seroja keluar dating tadi tapi tak terajak.
YOU ARE READING
CAHAYA SEROJA ||©
RomanceCahaya Seroja Lais Idraqi One of the most gorgeous love story I have ever written. Hidup Seroja gelap gelita apabila dia diceraikan oleh suami tercinta yang berjanji untuk setia hingga hujung nyawa. Kenapa? Kenapa sampai bercerai? Adakah kerana kead...