SEKALI lagi Seroja dipertemukan dengan lelaki yang paling dia tidak mahu temui di saat ini dan selamanya. Sungguh dia malas mahu melayan orang yang paling dia kurang gemar untuk bercakap buat masa ini. Sudah lah dia sudah lambat mahu pergi ke sesi terapinya! Lelaki ini datang pula menyibuk di hadapan rumahnya.
"Seroja nak pergi terapi ya?".
"Saya tak tahu lah daripada mana awak tahu yang saya nak pergi terapi tapi satu saja saya nak pesan... Boleh tak awak jangan nak menyibuk sangat hal saya?". Seroja memberi amaran. Siapa lah yang bagitahu mamat ini yang dia mahu pergi ke terapi hari ini? Geram betul!
"Jadi betul lah ya Seroja nak pergi terapi harini? Abang hantarkan ya? Lagipun abang dah lama tak keluar dengan Seroja". Idris berkata lagi dengan nada kasihannya. Nada yang mungkin kalau orang lain dengar, orang lain akan kasihan dekat Idris. Tapi tidak bagi Seroja. Seroja rasa macam mahu muntah! Meluat!
"Cop. Awak ni tak sedar ke, Encik Idris? Kita ni dah tak ada apa-apa. Kenapa awak masih sibuk nak pretend yang macam kita ni masih suami isteri?". Sebenarnya Seroja malas nak bergaduh tetapi kegeramannya terhadap Idris yang tak reti-reti bahasa ini semakin memuncak.
"Bagi lah saya hantar, Seroja". Idris seolah merayu pula. Seroja menarik nafas sedalam yang mungkin lalu nafas itu dihembus kasar sebelum dia akhirnya melepaskan amarahnya yang sedari tadi sedaya upaya cuba untuk ditahan.
"Cukup la, Idris! Cukup! Kalau awak nak tahu, lepas saja kita bercerai tiga tahun lepas, saya dah tak nak tengok muka awak lagi. Saya dah tak nak dengar suara awak lagi. Yang awak masih tak faham-faham bahasa ni kenapa? Yang awak datang kembali ni kenapa? Nak jilat ludah awak balik?!". Ayat terakhir dituturkan dengan suara yang semakin meninggi. Seroja betul-betul mahu membuat Idris faham.
"Abang menyesal, Seroja. Abang menyesal ceraikan Seroja dulu. Sekarang abang... abang tak boleh-".
"Tak boleh hidup tanpa Seroja?". Suara yang tiba-tiba sahaja muncul itu membuatkan kedua-dua daripada mereka berpaling ke arah pagar hadapan rumah Seroja. Maka terlihat lah Lais dengan pakaian kasual nya; tucked in blue polo shirt with a white dress pants. Oh and, his iconic Casio watch.
"Eh kenapa kau selalu muncul ha?". Idris bertanya seakan tidak puas hati dengan kemunculan Lais yang menghalangnya untuk memujuk Seroja itu. Lah, kalau Lais tak ada pun, Seroja memang tak akan terpujuk.
"Selalu? Saya tak rasa selalu. Kita baru jumpa kurang daripada lima kali. Sekali, pada minggu lepas dan beberapa kali lagi pada tiga tahun lepas. Selalu ke? I don't think so". Lais membalas dengan suara yang berkeyakinan tinggi seraya berjalan ke arah Idris dan Seroja. Dia lalu berhenti di hadapan Idris setelah memusingkan badannya menghadap lelaki tersebut.
"Aku tak kisah lah dengan kiraan kau tu. Kenapa kau muncul ganggu waktu aku dan Seroja?".
Mendengarkan soalan Idris yang dianggap cukup mengarut buat Lais itu, Lais tertawa besar. Lebih kepada ketawa yang amat mengejek lelaki di hadapannya ini.
Lais menghabiskan tawanya lalu badannya ditundukkan sedikit untuk berkata-kata dengan wanita di sebelahnya.
"Cik Seroja, saya datang ni menganggu masa Cik Seroja ke?". Lais bertanya kepada wanita itu lalu Seroja menggeleng.
"I wonder why... Ha! Hal ini demikian kerana, saya telah berjanji untuk menjemput Cik Seroja pergi ke terapi pada hari ini. Tepat pukul 10 pagi, memang saya patut hadir dekat depan Cik Seroja. Jadi, tak ada istilah saya menganggu waktu Cik Seroja". Lais berkata-kata seolah dia sedang mendabik dada.
"Untuk masa Encik Idris pula... I don't care". Ayat terakhir dibisikkan perlahan ke telinga Idris membuatkan amarah lelaki itu semakin membuak-buak. Egonya tercalar.
YOU ARE READING
CAHAYA SEROJA ||©
Roman d'amourCahaya Seroja Lais Idraqi One of the most gorgeous love story I have ever written. Hidup Seroja gelap gelita apabila dia diceraikan oleh suami tercinta yang berjanji untuk setia hingga hujung nyawa. Kenapa? Kenapa sampai bercerai? Adakah kerana kead...