MASIH tidak habis ketawa Lais melihat Seroja yang terduduk di gigi pantai. Air pantai yang ditolak semakin mendatangi Seroja sehinggakan habis basah bahagian bawah gaunnya. Tambah pula bunyi-bunyian Seroja memprotes untuk dibawa pergi daripada situ. Itu yang Lais ketawa tak habis-habis.
"Lais! Cepat la!". Gesa Seroja dengan wajah tak berpuas hati.
"Cepat apa?". Entah apa yang lawak sangat sampai sakit perut Lais mengetawai si isteri. Tak baik betul!
"Saya tak nak duduk dekat sini. Habis basah baju saya!".
"Saya dah cakap... kalau baby tak nak duduk dekat sana, datang lah dekat saya. Saya berdiri tak jauh pun daripada awak". Lais menggamit isterinya untuk datang ke mari. Dia sebenarnya ingin melatih Seroja untuk berjalan semula. Mahu membiasakan Seroja lah kononnya...
"Ish! Saya mana boleh berjalan kalau awak tak ada. Nak berdiri pun tak boleh! Cepat lah, Lais!". Seroja menepuk-nepuk kedua tangannya pada pasir pantai. Nasib baik tepuk dekat pasir pantai. Kalau ikutkan nak tepuk dekat Lais saja. Geram sangat dengan si suami!
Lais mengesat air mata yang terkeluar dek kerana terlalu sakan mengetawai isteri sendiri sebelum akhirnya dia berjalan ke arah Seroja. Dia kemudiannya duduk bercangkung di sebelah wanita itu.
Tangannya naik melipat bahagian tepi tudung bawal si isteri agar ianya tidak terlalu ke depan dan seterusnya tertanggal. Hidung Seroja dicuit sekali sebelum dia melepaskan tawa kecilnya lagi. Seronok betul ada isteri ni. Boleh mengusik! Selama ini, Lais sorang-sorang sahaja. Sunyi.
"Cepat lah...". Seroja merengek apabila Lais hanya merenungnya dengan senyuman manis di saat air pantai semakin membasahi bahagian kakinya.
Lais lalu bangun berdiri dan menghulurkan kedua tangannya untuk disambut oleh Seroja.
"Bismillah".
Pantas sahaja si isteri menyatukan tangan mereka berdua lalu perlahan-lahan dia bangun berdiri. Kali ini, kedua kakinya sudah kurang bergetar daripada kelmarin.
"No more shaking. Allhamdulillah". Seperti biasa, satu tangan diletakkan di keliling pinggang Seroja untuk mengelakkan wanita itu daripada terjatuh dan satu lagi tangannya memegang sandal milik Seroja dan selipar miliknya. Both of his hands were occupied to make sure none of her hands would.
"Cool kan saya? Kasi lah reward". Sambil-sambil dia mengikuti langkah kecil Lais secara perlahan-lahan, sambil itu dia memuji diri sendiri dan menadahkan tangannya meminta sesuatu sebagai hadiah untuk 'pencapaian'nya yang satu ini.
"Boleh. Awak nak apa?". Lais bertanya.
Seroja tersenyum lalu menekan-nekan pipinya. Terjongket sebelah daripada kening Lais melihat kelakuan Seroja yang satu itu.
"Apa tu? Nak blusher baru? Semalam waktu kita beli barang, awak tak minta kenapa? Tak apa, nanti kita kel--". Lais meneka dengan tekaan yang jauh melencong daripada apa yang Seroja mahu.
"Bukan lah". Seroja menekan-nekan lagi pipinya berkali-kali. Kali ini dengan kelima-lima jarinya yang digabungkan bersama.
"Beauty blender?". Teka Lais lagi. Pening kepala dia macam ni! Patutnya Seroja cakap saja lah. Kaum lelaki kan memang slow sikit.
"Ish, bukan...". Seroja berhenti mengikuti langkah Lais membuatkan lelaki itu sendiri turut tidak meneruskan langkah yang baharu.
"Habistu apa?".
Mata Seroja beralih daripada memandang mata Lais kepada merenung pipi lelaki itu. Tak sampai tiga saat kemudian, bibirnya menempel di situ buat seketika. Umpama serum yang dicucuk ke dalam pipi Lais, ciuman ringkas Seroja dengan serta-merta membuatkan pipi Lais memerah. Bukan setakat pipi, telinganya juga turut sekali memerah.
YOU ARE READING
CAHAYA SEROJA ||©
RomanceCahaya Seroja Lais Idraqi One of the most gorgeous love story I have ever written. Hidup Seroja gelap gelita apabila dia diceraikan oleh suami tercinta yang berjanji untuk setia hingga hujung nyawa. Kenapa? Kenapa sampai bercerai? Adakah kerana kead...