TIDAK berhenti Lais menangis sedari tadi. Tangannya langsung sedikitpun tidak lepas daripada memegang tangan umi sedari tadi. Sedari tadi juga lah dia menunggu uminya di situ. Sesekali dia terlelap, pasti dia akan terjaga kembali. Dia tidak mahu sesaat pun mengabaikan ibu kandungnya ini.
"Lais...".
Serta-merta Lais mengangkat kepalanya apabila namanya kedengaran lembut sahaja disebut oleh sang ibu. Sang ibu yang sudah terjaga daripada tidurnya yang lama.
"Umi. Umi dah sedar". Lais tersenyum gembira walaupun wajahnya jelas menunjukkan yang dia sedang bersedih.
"Lais ni, umi. Lais anak umi". Lais mencium kekura tangan si ibu berkali-kali. Oh Tuhan, dia tidak mahu kehilangan nikmat ini. Nikmat mencium tangan ibu kandung sendiri. Nikmat yang dia idamkan semenjak tiga puluh tahun yang lalu.
"Lais anak umi...". Tangan kurus umi naik mengusap lembut rambut Lais.
"Y-ya... ni Lais. Lais Idraqi anak umi. Lais datang, umi. Lais datang jumpa umi. Lais takkan tinggalkan umi. Umi pun tak boleh tinggalkan Lais lagi lepas ni. Lais janji, Lais akan jadi anak yang baik. Tolong jangan tinggalkan Lais, umi". Lais merayu. Air matanya jatuh bercucuran. Dia begitu berharap dia tidak akan kehilangan ibu kandungnya ini buat kali kedua dalam hidupnya.
Umi tersenyum nipis.
"Umi-".
Uhuk, uhuk!
Batuk kering kedengaran daripada umi membuatkan Lais semakin risau. Dia ingin mencapai air buat umi namun dihalang oleh wanita tersebut.
"Umi minta maaf, Lais. Maafkan umi sebab dah tinggalkan Lais dulu. Maafkan umi atas semua silap umi pada Lais. Maafkan umi, sayang. Umi nak Lais tahu yang-".
Uhuk, uhuk!!
Batuknya semakin teruk.
"-yang umi tak pernah berhenti sayangkan Lais. Lais anugerah terindah umi sepanjang umi hidup dekat dunia ni". Tangan tuanya berpindah kepada pipi Lais. Pipi yang sudah lama tidak diusap. Pipi yang sangat dirinduinya.
"Umi tak perlu minta maaf. Cukup umi ada dekat sisi Lais. Lais dah nak ada anak, umi. Umi kena tengok anak Lais. Umi kena tengok Lais jadi ayah. Umi kena tengok Lais ada keluarga sendiri". Senyum pahit ditayangkan. Suaranya tidak berhenti merayu.
"Iya? Umi harap Lais dapat jadi ayah yang baik. Suami yang baik juga untuk menantu umi".
Uhuk, uhuk!!!
Kali ini batuknya yang paling teruk. Darah keluar daripada rongga mulutnya. Mesin ECG wanita itu berbunyi dengan bising seolah ada sesuatu yang terjadi.
"Umi? Umi?!".
"Terima kasih kerana Lais sudi jadi anak umi".
Umi memberikan Lais senyuman terakhir sebelum matanya tertutup. Senyuman nipis masih tertampal pada wajahnya tatkala degupan jantungnya sudah terhenti.
Beberapa saat kemudian...
Mesin ECG tersebut menunjukkan sebaris garisan lurus bersama bunyi panjang yang menyatakan bahawa degupan jantung umi telah terhenti.
"Umi!!! Umi! Jangan tinggalkan Lais!". Lais menggoncang jasad kaku ibunya. Dipeluknya jasad itu berkali-kali. Diciumnya dahi jasad itu berulang kali. Habis basah wajah jasad ibunya tatkala air matanya merembes ke permukaan tersebut.
"Doktor!!! Doktor!". Lais memekik memanggil doktor.
"Umi... Umi bangun, umi. Umi tak boleh tinggalkan Lais lagi... Lais tak boleh hidup tanpa umi buat kali kedua... Lais merayu dekat umi...".
YOU ARE READING
CAHAYA SEROJA ||©
RomanceCahaya Seroja Lais Idraqi One of the most gorgeous love story I have ever written. Hidup Seroja gelap gelita apabila dia diceraikan oleh suami tercinta yang berjanji untuk setia hingga hujung nyawa. Kenapa? Kenapa sampai bercerai? Adakah kerana kead...