SEPERTI kebiasaannya, Seroja kini sedang menyiapkan Lais untuk pergi bekerja. Dipakaikan suaminya tali leher yang sudah siap disimpul, dikemaskan bahagian kolar kemeja putih yang dipakai suaminya lalu disarungkan ke badan si suami sehelai vest. Semuanya dilakukan dengan cermat sekali.
Kedua tangan Lais pula setia memegang pinggang Seroja. Dia risau jika isterinya terjatuh. Biarpun sekarang, Seroja sudah boleh berdiri tegak tanpa berpegang pada apa-apa. Masih perlu dibiasakan namun dia sudah boleh berbuat demikian.
"Dah. Dah handsome dan suami saya. Dah boleh pergi kerja". Seroja menepuk-nepuk dada Lais seraya tersenyum ke arah lelaki tersebut membuatkan Lais turut mengukir senyum. Gemar benar dia melihat Cahaya Seroja tersenyum. Cantik!
"Awak tak pergi kedai?". Soal Lais.
"Pergi tapi kejap lagi. Iman yang nak datang ambil. Awak pergi lah kerja dulu".
"Iman lagi? Nak keluar lagi ke?".
"Tak ada lah. Dia rindu saya. Saja nak hantar katanya".
Lais menggulingkan matanya secara gurauan apabila dia mendengar jawapan Seroja. Iman tu tak habis-habis nak 'curi' isteri dia. Sikit-sikit rindu. Parah betul!
Sekarang Lais faham kenapa persahabatan isterinya dan Iman sungguh kukuh walaupun sudah lama berkawan. Iman tu manja sangat dengan Seroja! Pantang berpisah!
"Alright then. Tell her to drive safe. I'm worried about my wife". Lais mencuit hidung Seroja lalu mencapai beg sandangnya untuk digalas secara bersilang pada badan.
"Okay, awak". Seroja menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan encik suami. Rutin hariannya sebelum mereka berdua pergi bekerja. Kalau tak salam Lais, rasa tak lengkap harinya.
Tangannya disambut. Dia mencium bahagian belakang tapak tangan si suami manakala si suami mencium ubun-ubunnya.
"You sure you don't want me to carry you downstairs?". Dah beribu kali Lais bertanyakan soalan yang sama semenjak Seroja sudah boleh mula berjalan semula dan jawapan Seroja tetap lah sama.
"I'm fine, Lais".
Lais mengangguk; menyerah kalah.
"Saya pergi dulu. Kalau ada apa-apa, telefon saya. Tak cukup duit belanja, telefon saya. Ada orang cuba mengorat awak, telefon saya". Lais berkata seraya berjalan keluar daripada bilik mereka dengan kepalanya yang masih tertoleh ke belakang; memandang ke arah si isteri.
"Saya pergi kerja, Lais. Bukan pergi sekolah". Seroja tertawa. Oh, tawa itu lah yang sangat diperlukan oleh Lais. Diperlukan oleh Lais untuk mengubati rasa sakit dan perit di hatinya yang masih ada semenjak daripada beberapa hari yang lepas.
"Bye, baby!".
Seroja melambai kembali ke arah si suami sehingga lah bayang Lais sudah tidak terlihat lagi.
Baru lah Seroja memasang riak wajah sebenarnya. Riak wajah kerisauan.
Ya.
Dia sebenarnya masih merisaukan Lais. Dia tahu, masih banyak yang ada di fikiran si suami. Dia tahu, masih sakit hati suaminya itu atas segala apa yang sudah terjadi, atas segala kebenaran yang telah diketahui.
Namun...
Lais Idraqi adalah tetap Lais Idraqi.
Senyuman dan riak wajah tenang dipaparkan khas buat si isteri walaupun baru sahaja beberapa hari yang lepas, dia menangis teruk dalam pelukan Seroja.
Seroja tahu yang Lais sedang menahan rasa; berlakon kuat di hadapannya.
🍁
YOU ARE READING
CAHAYA SEROJA ||©
RomanceCahaya Seroja Lais Idraqi One of the most gorgeous love story I have ever written. Hidup Seroja gelap gelita apabila dia diceraikan oleh suami tercinta yang berjanji untuk setia hingga hujung nyawa. Kenapa? Kenapa sampai bercerai? Adakah kerana kead...