Authorcs notes: Tajuk bab ni terinspirasi daripada tajuk lagu Find You by Monsta X. Jadi, kalau sayang-sayangku nak dengar lagu tu sambil baca bab ni, silakan hehe.
"HI, wifey".
Lais mencium dahi Seroja sekilas sebelum dia duduk di atas sofa. Literally plopped down the sofa. Too tired working, I guess.
"Waalaikumussalam". Bunyi macam sarkastik kan? Tapi sebenarnya memang sarkastik pun. Cara halus Seroja menegur Lais. Iya la, masuk-masuk bukannya nak beri salam.
"My bad. Assalamualaikum". Lais berpaling ke arah Seroja dengan senyuman yang membuatkan matanya tertutup itu. Haih...comel lah pula...
"Waalaikumussalam". Seroja menjawab salamnya.
"Garangnya isteri saya hari ni. Kenapa ni? Belum makan ke?". Tangan Seroja dicapai lalu dicium berkali-kali. Ini apa pasal mengada sangat ni?
"Dah. Awak dah makan ke?". Soal Seroja kembali. Prihatin juga dia terhadap suaminya ini. Iya la, balik-balik sahaja macam mayat hidup tahap tak bermaya dia tu. Penat sangat bekerja, mungkin.
Lais mengangguk. Kepalanya dibaringkan ke kepala sofa sambil matanya ditutup. Ibu jarinya bergerak perlahan mengusap kekura tangan kanan Seroja.
"Lais...".
"Hm?". Sahutnya dengan lembut.
"Awak tak ada nak cerita apa-apa dekat saya?". Telan air liur kesat saat soalan ini keluar daripada mulut Seroja. Wanita itu mencuba sedaya upaya untuk tidak mengeluarkan soalan dalam bentuk yang salah. Risau ianya akan mengguris hati si suami.
Mata Lais kembali dibuka lalu kepalanya dipalingkan ke arah Seroja.
"Awak ada nak tahu apa-apa ke? Kalau ada, tanya saja. Baru saya cerita. Kalau awak tak tanya, macam mana saya nak tahu nak cerita pasal apa".
Betul lah kata Puan Azura. Lais tak akan bercerita selagi tidak ditanya.
"Tak apa la. Awak mandi dan rehat dulu. Nanti saya tanya".
"Hm, now you make me curious. What do you wanna know about me, wifey? Ask away". Lais duduk tegak dan fokusnya kini seratus peratus dihalakan ke arah si isteri.
"Banyak yang saya nak tahu tapi awak rehat dulu lah, okay?".
Topik yang mahu dibualkan oleh Seroja agak berat. Tidak sesuai jika dibualkan terus dengan Lais sebaik dia baru sahaja pulang daripada bekerja.
"Alright... tapi janji dengan saya yang awak akan tanya balik nanti. Jangan buat-buat lupa pula". Lais tersenyum.
Seroja mengangguk.
🍁
SEROJA menunggu sehingga Lais selesai menunaikan solat maghribnya. Dia duduk berlunjur di atas katil manakala Lais di bawah.
Usai lelaki itu menyimpan sejadah dan menbuang kopiahnya, Lais mengambil tempat duduk di hujung kaki Seroja. Tangannya laju sahaja bergerak mengurut kedua kaki tersebut tanpa disuruh.
"Awak nak tanya apa petang tadi?". Rasa ingin tahu di hati Lais sudah semakin membuak-buak. Entah apa lah isterinya itu ingin bertanya tentang. Atau dia ada buat salah hari ini? Rasanya tak ada pula.
(Lelaki bila overthinking...)
"Tadi ibu ada datang...". Seroja memulakan muqadimmahnya.
Lais mengangguk.
"Tahu. Ibu ada telefon saya sebelum dia datang. Awak sembang apa dengan ibu?".
YOU ARE READING
CAHAYA SEROJA ||©
RomanceCahaya Seroja Lais Idraqi One of the most gorgeous love story I have ever written. Hidup Seroja gelap gelita apabila dia diceraikan oleh suami tercinta yang berjanji untuk setia hingga hujung nyawa. Kenapa? Kenapa sampai bercerai? Adakah kerana kead...