46- Pertama Kali

265 17 0
                                    

HAJATNYA Seroja mahu mendengar cakap Iman untuk memakai baju yang disuruh oleh perempuan itu pada siang tadi untuk memikat si suami. Tahu-tahu, apabila sudah pakai, hujan turun dengan lebat pula. Sudah lah Seroja tidak tahan sejuk. Kain sleeping dress ini pula berjenis satin. Terketar-ketar Seroja dibuatnya.

Dia lalu ingin cepat-cepat turun daripada katil untuk pergi menukar baju. Bersusah payah dia cuba untuk duduk di atas kerusi roda yang betul-betul ada di samping katil.

Tengah-tengah dia bersusah payah tu...

Krek...

Pintu bilik dibuka daripada luar. Segala pergerakan Seroja terhenti. Dia tahu siapa yang membuka pintu itu. Dia tahu sangat!

'Alamak...'.

Keras kedua kaki Lais yang berdiri di hadapan muka pintu apabila matanya menangkap si isteri yang memakai baju tidur seksi itu sedang bersusah payah ingin naik ke atas kerusi roda. Kasar air liurnya ditelan. Sungguh, dia tidak pernah melihat Seroja berpakaian sebegini sebelum ini. Paling tidak pun, sleeping dress labuh berkain cotton bersama cardigan perang kegemarannya.

'Patut ke aku tegur dia? Atau aku kena buat-buat macam tak nampak? Atau aku kena lari pergi masjid balik?'. Pening berdilema Lais dibuatnya.

Member baru sahaja balik daripada menunaikan soalan fardhu maghrib dan isyak secara berjemaah di masjid. Ingatkan balik rumah boleh share share lah sedikit dengan isteri apa yang didengarinya sewaktu tazkirah maghrib menunggu isyak tadi.

Lah lain pula jadinya...

Lais akhirnya mengambil keputusan untuk bergerak ke arah almari, membuka salah satu pintu almari besar itu dan mencapai cardigan perang yang biasanya Seroja akan pakai di waktu malam.

Dia tutup semula pintu almari dan berjalan ke arah si isteri yang masih seolahnya membeku di sisi katil.

"Depa tangan".

Seperti robot, Seroja hanya mengikut sahaja arahan Lais meskipun arahan itu agak janggal. Pemberinya juga mencuba sedaya upaya untuk tidak melihat terus ke arahnya.

Serba sedikit hati Seroja terguris.

'Dia tak suka ke?'.

Sememangnya dia malu jika Lais melihatnya memakai pakaian sebegini tapi jauh di sudut kecil hatinya, dia juga ada berharap bahawa suaminya akan suka jika dia berpakaian sebegini. Namun... Lais seolah-olah sedaya upaya mencuba untuk tidak memandang langsung ke arahnya.

Hanya tangan lelaki itu sahaja berkerja memakaikan Seroja kardigan perang tersebut.

Usai disarungkan ke badan Seroja, menutupi apa yang patut, tangan Lais membutang kardigan tersebut sehingga ianya menutup keseluruhan bahagian dada Seroja yang kelihatan terdedah tadi.

Maka, baru lah Lais boleh melihat tepat ke arah Seroja.

Tak tertahan, Seroja akhirnya bertanya juga...

"Awak tak suka ya saya pakai macam ni?". Suaranya merendah.

Lais tidak menjawab terlebih dahulu. Sebaliknya, dia menolak masuk kedua-dua tangan Seroja yang bergetar kesejukan ke dalam lengan kardigan yang terlebih panjang itu. Tangan tersebut lalu digenggam lembut.

"Awak tak tahan sejuk. Sekarang ni kan hujan. Kain baju tu pula kain sejuk. Saya kesiankan awak". Lais menjawab jujur.

"Awak tak jawab pun soalan saya".

Lais tertawa kecil.

Pertama kali melihat si isteri ingin merajuk dengannya.

"I love it so much, baby. Saya tak tengok awak sebab saya tahu, awak tak berapa nak selesa kan? Awak bukannya biasa pakai macam ni. Siapa ajar isteri saya ni pakai macam ni?". Lais mencuit hidung Seroja.

CAHAYA SEROJA ||©Where stories live. Discover now