"MASIH sempat lagi kalau awak nak tarik balik keputusan awak, Lais". Bicara Seroja tatkala dia sedang ditolak oleh bakal suaminya untuk menuju ke masjid tempat mereka bakal diijabkabulkan. Perlahan suaranya menutur agar beberapa ahli keluarga yang menyusul mereka di belakang tidak dapat mendengar.
Lais menggeleng. Itu sahaja. Hanya gelengan yang diberikan oleh Lais untuk membalas kata-kata Seroja. Biarpun ada yang menghalang, Lais tak akan pernah menarik semula keputusannya. Meskipun yang menghalang itu ialah bakal isterinya sendiri.
Lama dia menantikan waktu ini. Mana mungkin dia akan sia-siakan meskipun satu saat daripadanya.
"Saya harap awak bahagia selama awak menjadi isteri saya nanti, Seroja. Saya harap saya dapat membahagiakan awak". Lais mengukir senyum manis. Bahagia Lais cukup hanya cukup dengan mengahwini Seroja. Bahagia wanita itu yang perlu diambil kira dengan teliti oleh Lais.
Tahu-tahu sahaja, mereka sudah sampai di hadapan tangga masjid bersama yang lain. Lais berpindah ke bahagian sisi Seroja lalu duduk bercangkung di tepi kerusi roda wanita itu.
Lais tayangkan senyum manisnya buat Seroja.
"Jumpa awak dekat dalam, Seroja". Lais berkata sebelum dia menanggalkan kasutnya dan berdiri membelakangi Seroja yang masih lagi sedang duduk di atas kerusi roda.
Terlihat badannya turun naik menarik dan menghembus nafas sebelum dia melangkah masuk ke dalam masjid.
Seroja sedari tadi hanya menatap Lais yang segak berpakaian satu set lengkap baju melayu berwarna putih bersama songkok itu. Dia akui, Lais memang lelaki yang sangat tampan. Sesuai lah menjadi pemilik kata-kata janji bahagia yang dituturkan sungguh lembut ke telinganya. Namun, itu masih tidak cukup untuk menyakinkan Seroja tentang segalanya. Hatinya tatkala ini masih gundah gulana. Dia hanya mampu menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa.
Deheman Encik Murshid menyentak Seroja daripada lamunan siangnya. Dia tahu, Encik Murshid di sini untuk mendukungnya masuk ke dalam masjid.
Seroja berpaling ke arah si ayah sebelum dia menghalakan kedua tangannya ke hadapan. Encik Murshid lalu mengangkat Seroja daripada kerusi roda dengan gagah sekali sebelum berjalan membawa Seroja masuk ke dalam masjid.
Kali kedua Encik Murshid mendukungnya di hari pernikahannya. Yang pertama, tatkala dia mengahwini Idris. Kali ini, tatkala dia mahu mengahwini Lais pula. Bezanya, Encik Murshid langsung tidak tersenyum pada saat ini.
Seroja kemudiannya diletakkan di atas kusyen berwarna putih di kawasan tengah masjid.
"Terima kasih, papa". Tidak lupa kata penghargaan itu dituturkan oleh Seroja buat Encik Murshid sebelum lelaki separuh abad itu mengambil tempat berdekatan Lais.
Seroja talakan pandangannya ke hadapan. Duduknya di situ, Lais yang bakal menjadi suaminya, dua orang saksi, tok kadi dan ayahnya.
'Ya Allah, jika ini keputusan yang benar buatku, kau permudahkan lah segalanya'. Seroja memejamkan matanya buat seketika untuk memanjatkan doa pada Yang Maha Esa.
🍁
SEROJA merenung sahaja lelaki yang sedang sibuk membantunya membuang segala pin di tudungnya itu melalui cermin di hadapan. Lelaki yang mulai menjadi peguamnya, kepada kawan, dan sekarang sudah sah bergelar suami.
Suami Cahaya Seroja; Lais Idraqi.
"Kenapa tengok saya macam tu?". Lais tertawa kecil tatkala dia menangkap renungan tajam Seroja terhadap dirinya. Sebelum kahwin masih boleh tersenyum. Selepas kahwin, makin seram lah pula Seroja ni.
YOU ARE READING
CAHAYA SEROJA ||©
RomanceCahaya Seroja Lais Idraqi One of the most gorgeous love story I have ever written. Hidup Seroja gelap gelita apabila dia diceraikan oleh suami tercinta yang berjanji untuk setia hingga hujung nyawa. Kenapa? Kenapa sampai bercerai? Adakah kerana kead...