3- Wujudkah Aku?

311 21 0
                                    

DARIPADA tadi lagi Seroja kelihatan tersenyum-senyum seorang diri sepanjang perjalanan pulang daripada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur itu. Apa dah tak betul ke perempuan ni? Berkerut-kerut dahi Iman cuba untuk menganalisis situasi manusia di tempat duduk penumpang di sebelahnya.

"Aku bahagia lah harini, Iman". Ujar Seroja sambil tersengih-sengih sendiri. Di tangannya ada blazer yang diberikan oleh STH tadi. Kalau anda jadi Iman, mesti anda akan terfikir nak hantar Seroja masuk ke Tanjung Rambutan.

"Nampak lah kau bahagia". Balas Iman.

"Kau rasa kita akan jumpa dia lagi tak suatu hari nanti?".

"Mana lah aku tahu. Penulis kesayangan kau tu baru pertama kali muncul kan tahun ni? Kalau PBAKL ada sekali setahun, mungkin next year ada lah lagu kut dia". Apa yang Iman katakan itu sememangnya semua fakta. Sang Tinta Hitam sangat jarang membuat sesi meet and greet. Ini pun pertama kali. Tak macam penulis-penulis lain. Mungkin kerana dia juga sibuk dengan dunia di luar dunia penulisannya, kan? Siapa tahu.

"Kalau macam tu, lagi lama lah kan aku boleh simpan blazer dia ni kan?". Dah mula dah, dah mula dah. Kadang-kadang risau juga Iman terhadap rakannya yang seorang ini. Dah tua-tua pun macam ni lagi.

"Yelah... Suka lah kau kan?".

"Suka suka suka". Gatal!

Suasana di dalam kereta yang dipandu Iman kembali sunyi buat seketika. Iman malas nak melayan Seroja yang sedang sibuk mengelamun. Seronok sangat dapat berinteraksi dengan penulis kegemaran. Mesti tak boleh tidur malam nanti.

Tengah-tengah fokus memandu, Iman seolah-olah teringat akan sesuatu. Dia teringatkan kejadian di mana kanak-kanak yang bertindak kurang ajar dengan Seroja dan dia di sesi meet and greet Sang Tinta Hitam tadi.

"Wey, Seroja".

"Hm?".

"Kau ingat tak budak yang tarik selimut kau tadi?". Iman bertanya. Kena pastikan Seroja ingat dahulu kerana temannya ini kadang-kadang nyanyuk.

"Ingat. Kenapa?".

"Dia buang selimut kau tu entah ke mana-mana. Kau tak kisah ke?". Soal Iman lagi kerana setahu dia, selimut itu merupakan benda yang agak penting buat Seroja. Selimut itu ialah pemberian...

"Tak. Selimut tu memang aku nak buang sebenarnya. Tengah tunggu masa yang sesuai dengan alasan yang sesuai. Untung lah budak tu tolong buangkan untuk aku". Terang Seroja. Benar. Seroja nak buang begitu sahaja, nampak macam membazir. Kini dia sudah ada alasan untuk tidak lagi menggunakan selimut itu sekaligus membuangnya. Terima kasih sangat kepada si budak tujuh tahun tadi.

"Kau tak sayang ke? Selimut tu bukan ke...". Iman cuba untuk berhati-hati dalam berkata-kata.

"Aku dah move on lah. Buat apa nak simpan lagi barang-barang yang dia bagi? Buat semak je. Aku pakai tadi pun sebab takut membazir tak pakai. Dah budak tu buang, okay lah tu. Tak payah aku nak simpan lama-lama lagi". Seroja kalau boleh, dah tak nak ingat lagi tentang 'dia'. Dia dah tak mahu mengingati memori mereka bersama. Dia nak buang semuanya daripada mindanya. Dia jijik dengan semua itu.

"Okay, okay. Lek lek siket. Jangan garang sangat". Takut pula Iman apabila suara Seroja yang sangat ceria tadi bertukar menjadi serius. Nampaknya wanita itu memang betul-betul tidak suka jika topik tentang dia dan bekas suaminya dibuka.

"Nak lek macam mana? Aku tengah gembira tadi, kau tiba-tiba buka topik pasal dia". Seroja memberikan jelingan tajam buat Iman. Geram juga dia dengan temannya yang satu ini. Kan dan mendapat jelingan pedas daripada Seroja.

"Alah, sorry lah... Jangan marah tau Cahaya Seroja ku sayang...".

"Tak marah. Geram je".

🍁

"BARU balik, Seroja?". Masuk-masuk sahaja pintu utama rumahnya, terus Seroja ditegur oleh papanya atau lebih mesra dikenali dengan nama panggilan Encik Murshid. Seroja angkat kepalanya dan membawa matanya untuk melilau ke persekitaran rumah.

Tiada mama.

Puan Suhaila pasti belum pulang daripada kedai mereka. Jam di tangan dikerling seketika oleh Seroja.

Pukul 6.00 petang.

Patut lah Puan Suhaila tiada. Kedai biasanya tutup pukul 8.00 malam. Sekarang ini masih awal. Seroja sangkakan sudah menjangkau ke angka 7. Rupanya petang lagi.

"Ya, pa. Seroja baru balik ni". Seroja tersenyum nipis. Jujurnya, hubungan antara Seroja dan Encik Murshid agak renggang semenjak penceraiannya dengan Idris. Entah kenapa, sejak daripada itu, Encik Murshid terlihat semakin menjauh dengan satu-satunya anaknya itu. Adakah kerana Idris? Adakah kerana Seroja?

"Pergi mana tadi?". Tanya Encik Murshid dengan suara dinginnya.

"Seroja pergi PBAKL. Ada meet and greet dengan penulis buku kegemaran Seroja. Lepastu Seroja ada beli banyak buku. Papa nak tengok?". Baru sahaja Seroja mahu mengeluarkan buku-buku yang dibeli daripada beg kertas yang dipegangnya untuk ditunjukkan kepada Encik Murshid, papanya terlebih dahulu menggeleng.

"Tak payah. Bukan penting pun kan?". Kata-kata itu cukup untuk membuatkan Seroja berjauh hati dengan Encik Murshid. Namun, tak mengapa. Senyuman manis terus ditayang oleh Seroja buat ayah kandungnya. Walaupun dia terasa hati, dia tak akan tunjuk. Dia sudah berumur 28 tahun, tak matang jika dia tantrum setiap kali bapanya tidak mahu memberi perhatian kepadanya.

"Kalau macam tu, tak apa la papa. Seroja masuk bilik dulu". Seroja tersenyum lalu mulai mengawal sendiri kerusi rodanya untuk pergi ke biliknya yang terletak di tingkat bawah. Dulu bilik Seroja ada di tingkat atas tetapi, kini, dia sendiri yang meminta untuk tidur di bilik bawah. Senang sikit katanya.

"Sekejap, Seroja".

"Ya, papa?". Seroja memberhentikan pergerakan kerusi rodanya lalu pandangannya difokuskan kepada Encik Murshid.

"Malam ni kawan mama ada nak datang makan malam dekat sini. Seroja duduk dalam bilik". Sekali lagi, kata-kata Encik Murshid mengoyak sekeping hati milik Seroja. Mindanya sudah tidak dapat memikirkan perkara lain selain daripada perkara yang menyatakan bahawa Encik Murshid malu jika orang lain melihat dan mengetahui bahawa dia mempunyai anak kurang upaya seperti Cahaya Seroja.

"Kenapa? Siapa kawan mama tu?". Seroja gagahkan juga dirinya untuk bertanya padahal hati sudah tercarik luka.

"Tak penting untuk Seroja tahu. Yang penting Seroja ikut saja cakap papa. Duduk dalam bilik. Papa tak mahu orang tahu yang papa-".

"Yang papa ada anak macam Seroja?". Matanya jatuh pada kaki sendiri. Kaki kaku itu. Kaki kaku yang di atas ribanya terletak blazer pemberian penulis kegemaran. Sekuat mungkin hatinya menahan diri daripada terus bersedih sambil pertanyaan tersebut ditutur keluar daripada mulutnya sendiri.

"Anak yang dulu papa banggakan sekarang dah cacat. Itu yang papa takut orang tahu kan? Papa nak suruh orang kenal papa sebagai lelaki yang tak ada anak? Papa tak mahu orang tahu yang Seroja yang cacat ni wujud kan?". Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk bertanyakan soalan-soalan ini kepada Encik Murshid sepanjang hampir empat tahun dia lumpuh separuh badan ini. Tapi... hari ini terluah juga.

Terdiam Encik Murshid dibuatnya.

"Baik. Seroja akan duduk dalam bilik. Papa tak perlu risau. Seroja tak akan keluar sekali pun. Makanan nanti Seroja boleh minta Mak Gayah yang hantarkan. Assalamualaikum, papa".

Seroja lalu berlalu pergi.

🍁

Nah.
Your usual second update.
Kita suka lah update dua kali sehari ni hehe :D

CAHAYA SEROJA ||©Where stories live. Discover now