5- Rahsia Di Sebalik Seroja

291 19 0
                                    

SEMENJAK pulang daripada makan malam di rumah Puan Suhaila semalam lagi Puan Azura melihat anak angkatnya berkerut-kerut sahaja wajahnya. Sampaikan kerutan di wajah tampan jejaka berumur 30 tahun itu di bawa ke hari ini. Apa kena dengan Lais ni?

"Lais... kenapa ni?". Puan Azura mengambil tempat di sebelah Lais yang sedang duduk di kerusi halaman luar rumah mereka lalu soalan itu diajukan. Risau juga dia melihat Lais yang termenung, berkerut seperti memikir masalah dunia sejak daripada tadi.

"Ibu". Lais tersenyum lalu mengalihkan pandangannya daripada kolam renang kecil di halaman rumah mereka ke wajah ibu angkatnya. Senyuman tipis ditampal pada wajah. Lais ini memang sejenis manusia yang suka tersenyum. Lagi-lagi apabila dengan kenalan rapat atau orang yang dia sayang.

"Ibu tengok Lais termenung sampai berkerut muka sejak daripada semalam. Kenapa? Apa yang Lais fikirkan?".

Lais berfikir seketika sebelum dia mulai membuka mulut. Dia ingin bertanyakan kepada Puan Azura segalanya tentang wanita yang dia temui di taman bunga mini di rumah Puan Suhaila semalam. Ya, perkara itu lah yang membuatkan Lais termenung daripada semalam. Lelaki itu sedang memikirkan Cahaya Seroja.

"Ibu, semalam kita pergi makan malam rumah kawan ibu tu...".

Terangguk-angguk Puan Azura mengiyakan fakta yang baru sahaja disebut oleh Lais sambil tekun menunggu apakah yang ingin ditanyakan atau diperkatakan oleh lelaki itu seterusnya.

"...ibu rapat ke dengan dia? Maksud Lais, ibu rapat sangat ke dengan Cik Su tu?". Nak tanya pasal Seroja sebenarnya tapi Lais kena tanya tentang benda lain terlebih dahulu. Nanti tak la nampak sangat yang dia ni memang curious tentang wanita tersebut.

"Rapat lah juga. Su tu kawan ibu waktu sekolah menengah dulu. Lama dah hilang contact, ini ha baru jumpa balik. Itu pun sebab ibu terserempak dengan dia dekat kedai dia haritu. Terus dia jemput ibu pergi makan malam rumah dia". Terang Puan Azura.

"Dia ada kedai?".

"Kedai anak dia sebenarnya, dia bagitahu ibu. Tapi dia lah yang tolong jaga. Nama kedainya Woods and Crafts. Kalau Lais nak datang tengok-tengok kedai tu, boleh lah. Ibu rasa dekat je dengan tempat kerja Lais kan?".

Lais mengangguk mengiyakan kata-kata ibu angkatnya. Dia memang pernah mendengar tentang kedai ukiran kayu bernama Woods and Crafts yang disebut oleh ibu angkatnya itu. Dia juga selalu melintas pandang kedai tersebut jika ingin keluar makan tengahari tapi Lais tak pernah singgah ke situ kerana tiada keperluan. Tahu-tahu, kedai kawan lama ibu angkatnya sendiri rupanya. Kecil sahaja dunia ini kan?

"Tadi ibu cakap dia ada anak. Kenapa semalam anak dia tak makan malam sekali dengan kita?". Giliran Puan Azura pula mendapatkan soalan yang sama seperti apa yang sudah Lais tanyakan kepada Seroja semalam. Lais tidak berpuas hati sebenarnya dengan jawapan Seroja semalam. Oleh kerana itu lah giliran Puan Azura pula disoal siasat.

Jawapan yang dipinta, sengihan sumbing yang diberikan oleh Puan Azura buat Lais.

"Kenapa? Lais berminat ke?".

"Lais tanya saja la, ibu". Lais berdehem seraya melarikan pandangannya. Nanti kantoi lah rahsia dia dengan ibu. Sudah lah Puan Azura ini bagaikan nujum pak belalang versi wanita. Susah untuk Lais berahsia. Pasti akan dikoreknya jua!

Puan Azura tergelak kecil sebelum menjawab,

"Su cakap anak dia tak sihat badan sikit semalam. Sebab itu dia tak ikut kita makan malam sekali. Katanya anaknya duduk dalam bilik aje". 

Jawapan Puan Azura semakin membuatkan Lais kepelikan.

Masakan Seroja duduk dalam bilik semalam kalau dia sendiri yang nampak dengan mata kepalanya bahawa Seroja duduk di atas kerusi rodanya di taman bunga mini rumah keluarga Puan Suhaila? Kenapa cerita yang dituturkan oleh Puan Suhaila kepada Puan Azura tidak sama dengan apa yang Lais sendiri saksikan semalam?

"Duduk dalam bilik?".

Puan Azura mengangguk.

"Tapi kenapa Lais nampak dia duduk dekat taman semalam?".

"Mengarut lah kamu ni. Ke Lais nampak-".

"Nama anak dia Cahaya Seroja kan?". Lais mencantas kata-kata ibunya membuatkan Puan Azura sedikit tercengang. Bagaimana Lais boleh mengetahui nama anak teman lamanya itu?

"Lais tahu daripada mana?".

"Seroja tu bekas klien Lais dulu. Tiga tahun yang lepas, Lais pernah handle kes penceraian dia". Lagi-lagi kata-kata yang keluar daripada mulut Lais Idraqi membuatkan Puan Azura tercengang.

🍁

HALAMAN buku yang baru sahaja dibelinya itu dibelek satu-persatu. Hari ini hari minggu. Jadi, Seroja tak perlu lah nak ke kedai. Boleh dia meluangkan masa di rumah dengan hanya membawa buku. Hobi kegemarannya selain daripada mengukir kayu!

Seroja membaca buku itu berhadapan dengan tingkap biliknya yang dihiasi dengan langsir berwarna merah jambu. Sebelum mulai membaca tadi, sempat dia ikat sebentar langsir yang menutupi tingkap itu. Tingkap turut dibuka seluasnya. Tenang sikit Seroja mahu membaca dengan angin yang masuk dan pemandangan taman bunga mini yang terletak betul-betul di sebelah biliknya. Lagipun, Seroja lebih gemar akan udara segar berbanding udara daripada penghawa dingin kerana dia tidak mampu menahan sejuk!

Buku yang dibaca ialah buku nukilan penulis kegemarannya. 'Permulaan' oleh Sang Tinta Hitam. Tajuknya sahaja 'Permulaan' namun buku tersebut merupakan buku keempat dalam siri ini. Buku ini menceritakan tentang permulaan hidup karakter utama dalam buku ini dalam mencari kejayaan dan bahagia setelah semua orang meninggalkannya. Buku kelima pula dengar kata, sambungan kepada buku ini.

Sehelai demi sehelai halaman buku dibelek oleh Seroja. Dibaca dengan penuh tekun. Sehingga lah sampai ke muka surat yang ke-233, ada sesuatu yang terjatuh daripada halaman tersebut.

"Huh?".

Seroja mencapai sekeping kertas keras nipis yang terjatuh ke atas kainnya lalu menerbalikkannya. Dia atas kertas keras itu ada tertulis:

May you always be positive in life.
Good things are ahead. You are loved.
-STH.

Nota kecil itu juga diakhiri dengan tanda tangan si penulis.

Seraya membaca nota kecil itu, Seroja tersenyum nipis. Nota itu diambil lalu dibawa mendekat dengan dadanya.

Nota itu seolah mesej buatnya untuk tidak bersedih lagi mengenai halnya dengan Encik Murshid semalam. Nota itu seolah kata-kata semangat buat dirinya yang datang pada waktu yang tepat. Ditulis pula oleh si penulis kegemaran. Makin lebar lah senyuman Seroja.

"Terima kasih". Kata penghargaan diucapkan meskipun dia tahu si penulis tidak akan mampu mendengar bait bicaranya daripada jauh.

Seroja meletakkan kembali kertas kecil itu di muka surat yang sama. Muka surat 233. Nanti kalau dia bersedih lagi, boleh lah dia membuka halaman yang sama.

🍁

I think I have cat allergy :(
But I really love my cat huhu...

CAHAYA SEROJA ||©Where stories live. Discover now