6- Her Free Lawyer

304 19 5
                                    

ULANG-ALIK Lais berjalan di dalam ruang pejabatnya. Di tangannya ada fail salah seorang klien barunya yang ingin bercerai dengan cara menuntut fasakh. Fail itu dibelek-belek berkali-kali oleh Lais sambil tersenyum. Dia tahu, dia akan menang kes ini. Bukti penyebab wanita ini meminta tuntutan fasakh sudah ada jelas di situ. Tapi tetap juga dia bersedih. Masakan rumah tangga yang dibina dahulunya runtuh begitu sahaja dek kerana si suami yang bertindak kejam terhadap isterinya sendiri? Sayang sekali tapi apa boleh buat. Lais tak boleh melibatkan emosinya dalam mengendalikan mana-mana kes sekalipun. Dia harus menjadi profesional walau seberat mana pun kes tersebut.

Perbicaraan kes itu akan dimulai esok. Jadi, hari ini Lais boleh lah bertenang sedikit; bekerja di pejabat sahaja. Tak perlu turun naik mahkamah. Sekurang-kurangnya untuk hari ini.

Penat berjalan ke hulu ke hilir di ruangan itu, Lais mengambil tempat duduk semula berdekatan meja kerjanya. Fail yang sudah siap dibaca berulang kali tadi ditutup lalu diletakkan ke tepi. Matanya dikerling ke arah jam tangan berjenama Casio yang setia dia pakai sejak daripada zaman belajar lagi. Malas nak tukar katanya, bukannya tak mampu.

"Dah pukul dua belas". Bicaranya sendiri lalu wajahnya diraup sekali menggunakan kedua-dua belah tangannya. Nampak macam stres tetapi sebenarnya tak pun. Ini memang sudah menjadi tabiatnya.

Mata Lais lalu dialihkan ke sisi kanan mejanya. Ada lagi dua fail kes yang patut dia baca dan periksa. Satu, kes pembahagian harta faraid dan satu lagi juga kes penceraian melibatkan tuntutan fasakh.

Tangannya mencapai fail yang kedua; fail penceraian melibatkan tuntutan fasakh. Fail kes pembahagian harta faraid dibiarkan di tepi dahulu. Nanti dia uruskan. Ambil sahaja fail kedua itu, dahi Lais berkerut.

"Betul ke ni kes baru?". Soalan itu terpacul keluar daripada mulut Lais apabila dia melihat keadaan fail itu. Fail yang dipegangnya tatkala ini agak berhabuk dan usang. Level-level fail yang memang sudah patut dikitar semula.

Malas nak berfikir panjang, Lais buka sahaja fail itu dan matanya membaca isi kandungan yang ada. Sebaris nama yang dijamu matanya pertama kali dia membuka fail itu menarik perhatiannya.

Cahaya Seroja binti Shazwan Murshid

Lais membaca lagi isi kandungan fail untuk memastikan yang andaian salah. Namun, tidak. Andaiannya tepat. Pembantunya telah tersilap mengambil fail. Ini merupakan fail kes penceraian daripada tiga tahun lepas milik seseorang yang amat dia kenali. Ini bukan fail kes baharu.

Namun, Lais berfikir... Apa salahnya kalau dia membaca ulang kes tersebut kan? Mana lah tahu kalau-kalau ada persamaan antara kes Seroja ini dan kes yang bakal dia selesaikan nanti. Jadi, Lais teruskan membaca isi kandungan fail lama itu.

"Sebab penuntutan fasakh... pengabaian tanggungjawab... zahir dan batin".

Lais yang duduk bersandar pada kerusi kerjanya tadi kelihatan membaiki posisinya menjadi tegak. Makin lama dia membaca semula fail kes itu, makin fokus pula dia.

Dia pelik dengan bekas suami wanita ini. Mengapa wanita secantik dan sebaik Cahaya Seroja itu diabai? Apa lagi yang tidak cukup? Ataukah mungkin hanya kerana fizikal Seroja yang mempunyai sedikit kekurangan membuatkan si bekas suami membuat keputusan untuk melepaskan?

Ah! Malas lah Lais nak fikir!

Fail tersebut ditutup dan diletakkan semula di atas meja. Dia malas nak ambil tahu lagi. Hal sudah lepas. Kes itu pun susah selesai dengan baik.

CAHAYA SEROJA ||©Where stories live. Discover now