9- Harapan & Kesakitan

272 16 4
                                    

"CIK SEROJA masih belum jawab lagi soalan saya". Lais memberhentikan tolakan kerusi roda yang diduduki oleh Seroja itu lalu berpindah tempat. Dia kini berdiri di hadapan wanita tersebut sambil ayat itu terluncur keluar daripada mulutnya.

"Penting ke untuk awak tahu?". Lais mengeluh setelah mendengar soalan Seroja lalu dia lakukan apa yang pernah dia lakukan pada tiga tahun yang lepas. Dia melutut di hadapan Seroja di atas jalan tar yang panas itu agar lebih mudah baginya untuk berbicara dengan Seroja.

Terpatung sebentar Seroja di situ. Seolah-oleh momen tiga tahun yang lepas berulang kembali. Deja vu.

"Penting atau tak penting, tetap saya nak tahu".

"Itu soal peribadi saya, Lais. Saya nak datang terapi atau saya tak nak datang, itu semua urusan saya. Awak tak berhak pun nak masuk campur. Awak bukan siapa-siapa yang penting pun dalam hidup saya". Seroja enggan menjawab soalan terdahulu yang Lais tanyakan. Dia tak mahu membuka pekung di dada.

"Cik Seroja nak suruh saya jadi peguam Cik Seroja balik baru Cik Seroja nak cerita semua benda macam dulu?".

"Awak merepek apa ni?". Seroja betul-betul tidak faham dengan seorang Lais Idraqi ini. Kenapa lelaki ini tiba-tiba sahaja mahu mengambil berat tentang dirinya? Padahal sebelum ni hubungan mereka saling tak lari hanya sebagai peguam dan anak guam. Itu pun sudah lama berlalu. Sudah tiga tahun.

"Saya pelik, Seroja. Saya pelik dengan kes awak. Saya baca balik fail kes awak. Ada banyak sangat soalan yang bermain dalam fikiran saya. Ada banyak sangat benda yang saya nak tahu tentang awak. Bila saya baca balik fail tu, otak saya hanya memikirkan semua kemungkinan di sebalik kes itu yang mana tiga tahun lepas saya tak nak tahu pun. Macam mana awak boleh jadi macam ni? Apa kaitannya dengan kes pence-". Lais akhirnya meluahkan segala yang terbuku di dadanya semenjak hari di mana dia membaca semula fail kes penceraian milik Seroja tetapi belum sempat dia menghabiskan katanya, Seroja terlebih dahulu memotong.

"Sebab saya tak rasa yang saya akan sembuh! Awak faham tak? Itu yang awak nak dengar kan?". Selain daripada Puan Suhaila, dia tidak pernah menceritakan kepada sesiapa sekalipun tentang asbab musabab nya ini.

"Awak tahu tak sakit jadi saya, Lais? Saya penat. Saya penat orang anggap saya macam tak wujud disebabkan kaki lumpuh ni. Saya sedih bila terfikirkan balik yang saya dah tak boleh nak buat semua benda yang saya suka buat dulu disebabkan kaki lumpuh ni. Saya sedih bila orang buang saya sebab kaki lumpuh ni. Tapi dalam masa yang sama, saya tak rasa yang saya akan sembuh. Untuk apa terapi tu? Untuk bagi nampak saya macam orang bodoh sebab berharap pada benda yang tak pasti? Yang orang lain tahu hanya tanya tanya dan tanya". Seroja meluahkan segalanya di hadapan Lais. Lelaki yang baru sahaja dia temui kembali selepas tiga tahun. Entah kenapa, lelaki ini seolah menyentuh jiwanya untuk  mulai berkongsi segala duka yang tersimpan.

Lais terdiam seribu bahasa.

"Sekarang awak dah tahu kan sebabnya? Saya nak balik". Tegas Seroja berbicara.

"Awak ada harapan untuk sembuh, Seroja".

"Saya tak nak berharap, Lais". Cukup la dulu beria-ria mama yang memujuknya untuk melakukan terapi dengan alasan yang sama. 'Seroja akan ada harapan untuk sembuh'. Dia tidak mahu lagi mendengar perkataan 'harapan' itu kerana ada juga kemungkinan yang dia tidak akan mungkin sembuh. Dia tak mahu berharap.

"Kalau awak tak nak berharap dekat kemungkinan itu sendiri, berharap lah pada Allah. Percaya yang Dia akan beri awak kesembuhan". Pujuk Lais. Dia cuma tidak mahu wanita itu bersangka buruk kepada Sang Pencipta.

"Kalau awak takut akan kesakitan, kita kongsi. Kita kongsi kesakitan tu. Saya akan teman awak untuk setiap sesi terapi awak. Andai kata kemungkinan itu ada menyakitkan awak, saya ada. Saya boleh ambil separuh daripada kesakitan awak. Boleh?". Sambung Lais lagi.

"Kenapa awak nak buat semua ni? Kita-".

"Kita kawan. Kita jadi kawan mulai daripada sekarang, okay?". Lais memberikan tawaran. Seroja memandang lelaki itu daripada atas ke bawah. Dia perasan, lama juga Lais melutut di atas jalan tar yang panas itu. Mungkin sudah mulai sakit lutut Lais.

Perlahan-lahan, Seroja mengangguk.

"Janji dengan saya yang mulai daripada sekarang, awak kena pergi setiap sesi terapi awak bersama saya. Okay?". Lais tersenyum manis ke arah Seroja sehingga hampir tak terlihat kedua matanya. Eye smile.

Seroja mengangguk lagi. Entah apa ilmu yang dimiliki oleh Lais sehingga lelaki ini memecah rekod sebagai satu-satunya manusia yang berjaya memujuk Seroja untuk meneruskan sesi terapinya.

"Good. Sekarang...". Lais bangun daripada posisinya yang tadi seraya menyapu-nyapu habuk jalanan yang terlekat di bahagian lutut seluarnya.

"... awak lapar tak?". Lais kemudiannya bertanya.

Seroja mengangguk perlahan.

"Jom pergi makan? Awak kan dah janji nak makan tengahari dengan saya".

🍁

BUNYI kutleri berlaga di dalam restoran itu bagaikan melodi yang menemani makan tengahari mereka berdua pada hari ini. Walaupun mereka berdua makan sedikit jauh daripada pelanggan yang lain, masih jelas kedengaran melodi tersebut di telinga mereka. Ada juga mereka mendengar orang berkata-kata. Tentang apa? Tentang Seroja.

"Boleh saya tahu sejak bila awak tak boleh berjalan?". Tanya Lais dengan sopan. Dia tidak mahu menyakiti hati Seroja tetapi dalam waktu yang sama, dia betul-betul mahu tahu.

"Hampir empat tahun yang lepas. Beberapa bulan sebelum saya bercerai. Saya lumpuh ni sebab kena langgar lari. Lepas saja jadi macam ni, papa kahwinkan saya. Saya ingat dia baik namun dia lah antara salah satu manusia yang mengeji saya kerana kaki ni". Satu yang ditanya oleh Lais, banyak benda yang diceritakan oleh Seroja. Tak apa, dia suka akan sikap semakin terbuka milik Seroja ini.

"Awak marah?". Soal Lais lagi membuatkan dahi Seroja berkerut. Sudu dan garfu yang digunakan untuk memakan nasi kandar itu diletakkan dahulu ke atas pinggannya. Matanya naik memandang mata Lais.

"Marah kenapa?".

"Awak marahkan saya? Tiba-tiba sahaja datang dalam hidup awak minta untuk jadi kawan awak? Awak marah?". Ulang Lais dengan bentuk soalan yang lebih lengkap.

Seroja tergelak kecil sebelum menjawab,

"Kalau awak tanya tu awal-awal lagi, mesti saya jawab 'ya'. Tapi memandangkan awak tanya sekarang, saya akan jawab 'tak'. Saya berkawan dengan semua orang, Lais. Tapi dengan lelaki... jarang sebab saya tak suka. But I won't know if I never try, kan?".

"Awak nak cakap yang awak tak suka lelaki lah ni?". Lais cuba untuk memutar belitkan kenyataan Seroja. Memang ini aje ya kerja peguam? Orang cakap lain, dia putar ikut lain. Boleh lah geng dengan Iman Nasuha tu.

"Ish! Bila masa pula? Saya cakap lain, awak faham ikut lain". Cemberut wajah Seroja menahan marah.

"Jadi, awak masih suka lelaki lah". Dengan ketawa yang kedengaran, Lais masih cuba untuk menyambung lawaknya yang tergantung tadi. Honestly Lais, I don't see where the joke is...

"Bercakap dengan awak ni kan... buat saya sakit hati saja la!".

🍁

Sekarang dah tahu kenapa Seroja lumpuh kan? Teruskan membaca untuk mengetahui lebih banyak lagi! Hehe :D

(p/s: sayang-sayangku tolong doakan duit saya masuk bank esok huhu... nak beli barang masuk uni niiii)

CAHAYA SEROJA ||©Where stories live. Discover now