SELEPAS sahaja menghantar Seroja pulang semula ke kedainya usai makan tengahari tadi, Lais berjalan kaki sahaja untuk kembali ke pejabatnya. Pejabat dia bukan jauh sangat pun. Bertentangan dengan kedai ukiran Seroja sahaja. Dalam pada Lais sedang berjalan, dia ternampak ada satu kejadian yang berlaku di hadapan matanya. Telinganya juga menangkap segala perbualan antara dua manusia di hadapannya itu.
"Engkau kalau nak berjalan tu, pakai mata lah! Bodoh punya orang tua! Kau tahu tak baju aku ni mahal?!". Seorang gadis tinggi lampai kelihatan menunjal kepada seorang mak cik tua di hadapannya. Lais sangat mengenali gadis tersebut.
Lantas Lais berjalan laju ke arah si gadis dan si mak cik tua.
"Kau buat apa ni, Syaza?". Tegur Lais dengan suara tegasnya. Dia cukup tidak suka dengan sikap biadap Syaza yang satu ini.
"Eh kau jangan nak sibuk la". Gadis yang dipanggil Syaza oleh Lais itu kelihatan cuba untuk menolak badan Lais ke tepi untuk menyambung memarahi mak cik tua yang kelihatan seperti berada dalam ketakutan itu. Tampak beberapa titis air mata si mak cik tua mengalir di pipinya. Mungkin sudah teruk dimarahi oleh Syaza.
"Aku tanya kau. Kau buat apa ni?". Lais mengulang soalannya buat kali kedua dengan suara yang lebih dingin dan tegas. Posisi badannya langsung tidak terjejas dengan tolakan Syaza.
"Kau pekak ke, Lais? Aku cakap jangan sibuk, kau jangan sibuk la! Sehari kau tak masuk campur urusan aku, tak boleh ke? Aku semak lah dengan kau ni!". Marah Syaza lagi.
"Aku nak kau minta maaf dengan mak cik ni sekarang". Arah Lais membuatkan Syaza tertawa jahat dengan nada yang cukup sarkastik. Dia nak minta maaf dengan mak cik tua ni? Eh, tunggu gajah terbang lah!
"Aku? Aku nak minta maaf? Eh, kau dengar sini eh. First of all, kau siapa nak arah-arah aku? Kau abang aku ke? Kau ayah aku ke? Tak kan? Kau tu anak pungut je la, Lais. Tak sedar diri lagi ke? Second of all, mak cik sial ni yang-".
Pam!
Belum habis percakapannya, di situ juga Syaza ditampar oleh Lais sehingga terteleng kepalanya ke tepi. Lais tidak akan memukul perempuan tapi dek kerana perangai Syaza yang tak berubah-ubah, sentiasa membongkak itu, dia kena juga bagi pengajaran buat si gadis. Hinaan terhadapnya masih boleh diterima namun untuk orang asing seperti mak cik tua tak berdaya ini, Lais sudah tidak boleh tahan. Syaza baginya sangat melampau!
"Hei! Kau kenapa nak pukul aku, jantan?!". Marah Syaza di situ. Pipinya yang terasa pijar dipegang sendiri. Digosok secara perlahan untuk mengurangkan rasa sakit.
"Minta maaf dengan mak cik ni, Syaza". Arah Lais buat kali kedua.
"Aku akan bagitahu ibu tentang ni dengan harapan supaya ibu campak balik kau daripada mana kau datang. Dasar anak yatim! Dan kau orang tua, kau jangan lagi muncul dekat depan aku! Dasar orang tua menyusahkan!". Syaza menyembur kedua-dua manusia di hadapannya sambil jari ditunding ke arah Lais kemudian berpindah ke arah si mak cik tua sebelum berlalu pergi. Detak langkahnya kedengaran seperti dia berada dalam amarah dan itu lah kebenarannya.
Dia begitu geram dengan abang angkatnya yang semakin lama, semakin berlagak seperti dia lah ketua dalam keluarganya. Memang sampai mati, Syaza tak akan boleh terima Lais sebagai anak angkat dalam keluarga itu.
Lais mengeluh perlahan lalu berpaling ke arah si mak cik tua yang ada di belakangnya. Mak cik itu masih kelihatan seperti berada dalam ketakutan.
"Assalamualaikum, mak cik. Nama saya Lais. Saya nak minta maaf bagi pihak adik saya tadi. Saya harap mak cik tak ambil hati ya?". Ikhlas Lais memohon maaf. Sakit hatinya apabila melihat mak cik berumur itu dilayan dengan sangat buruk oleh Syaza sebentar tadi.
"Tak apa, nak. Mak cik yang salah... Mak cik tak patut tumpahkan air mak cik dekat baju adik kamu tadi. Mak cik tak sempat nak minta maaf dengan dia tadi". Lais menggeleng perlahan. Itu sahaja kes nya? Itu sahaja rupanya kejadian yang membuatkan Syaza mengamuk seperti orang gila tadi? Kes tertumpah air sahaja.
"Nanti biar Lais yang cakap dekat dia, okay? Ni mak cik daripada mana ni? Mak cik dah makan ke belum?".
"Mak cik daripada kedai. Nak balik bawa makanan ni untuk anak-anak mak cik". Kata si mak cik tua dengan nada sedihnya. Lais faham kenapa mak cik itu bernada sedih. Airnya sudah habis tumpah dan makanannya sudah habis berterabur mungkin kerana ditepis oleh Syaza sebentar tadi.
"Saya belikan mak cik makanan dan minuman baru ya? Dah habis tumpah semua ni". Tawar Lais. Kasihan pula dia melihat keadaan mak cik di hadapannya itu. Rasa sedih semakin meruntun jiwa.
"Eh tak apa lah, nak. Mak cik-".
"Tak, tak apa. Saya belanja. Sebagai tanda saya minta maaf bagi pihak adik saya tadi. Boleh ya, mak cik?".
Setelah berfikir seketika, mak cik itu akhirnya mengangguk.
🍁
"BERANI kau jejak kaki dalam rumah ni lagi?". Soal Syaza dengan nada sinis. Dia yang duduk di sofa dengan hanya memakai seluar pendek dan baju separa pusat itu memaksa Lais untuk memandang ke arah lain.
"Ibu yang suruh aku datang". Dingin Lais menjawab.
"Eh aku tak kisah lah ibu ke ayah ke yang suruh kau datang. Kau faham tak sekarang, aku tak nak tengok muka kau? Kau berambus boleh tak?". Syaza sudah terang-terangan masih tidak berpuas hati terhadap Lais itu bangun lalu berjalan ke arahnya. Dia berdiri di hadapan Lais memaksa lelaki itu untuk terus menerus menundukkan pandangannya.
"Kehadiran kau dalam rumah ni tak ubah macam anjing kelaparan, kau tahu tak? Sejak daripada dulu lagi. Ayah dan aku tak pernah suka kau. Ibu je yang beria-ria nak ambil kau jadi anak pungut dalam rumah ni. Kononnya untuk jadi penjaga aku. Eh aku tak perlukan lah manusia yang busuk macam kau ni dalam hidup aku! Kau faham tak?!".
Semua kata-kata itu sejak daripada kecil lagi Syaza akan lontarkan buat Lais. Sejak daripada hari pertama lelaki itu berpindah masuk ke dalam rumah keluarga ini. Betapa Syaza sangat membenci Lais. Entah apa lah salah Lais terhadap dirinya.
Lais sudah lali dengan semua kata-kata cacian tersebut. Sudah dua puluh tahun dia menerimanya.
"Dah habis bercakap? Boleh aku pergi ke dapur jumpa ibu sekarang?". Soal Lais dengan nada bosannya. Kata-kata cacian Syaza tadi seolah sudah tidak memberi kesan kepadanya. Dia sudah menanggung segalanya semenjak dia berusia sepuluh tahun.
"Aku tak izinkan kau jumpa ibu".
"Dia ibu aku juga, Syaza". Bantah Lais.
"Ibu angkat! Kau ni memang tak reti-reti bahasa lagi kan?! KAU TU ANAK PUNGUT! Ibu tu BUKAN ibu kau!". Marah Syaza lagi. Dia sebenarnya geram dengan sikap tenang lelaki di hadapannya ini. Orang dah marah teruk-teruk pun, Lais masih bertenang. She was bothered by his calmness.
"Aku pergi dulu. Kalau ada apa-apa nak cakap lagi, kau text saja aku nanti". Bicara Lais lalu memulakan langkah kakinya untuk ke dapur. Meninggalkan Syaza kegeraman sendiri di situ.
"Jantan tak tahu diri!".
🍁
Oleh kerana sayang-sayangku semua sangat awesome kerana membaca dan menge-vote cerita ini, saya publish lagi satu chapter keke :]
YOU ARE READING
CAHAYA SEROJA ||©
RomanceCahaya Seroja Lais Idraqi One of the most gorgeous love story I have ever written. Hidup Seroja gelap gelita apabila dia diceraikan oleh suami tercinta yang berjanji untuk setia hingga hujung nyawa. Kenapa? Kenapa sampai bercerai? Adakah kerana kead...