full sinopsis

119 14 0
                                    

Imaan Daiyani pernah mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia, penuh sakinah dan mawaddah. Tetapi apabila dia telah menyerahkan kehidupannya kepada pekerjaan, impian itu terkubur begitu sahaja.

Tidak mampu direalisasikan.

Kerana telah menghidap stres yang melampau tahap dewa, Imaan nekad. Sambung belajar di bumi matahari terbit dan meletakkan jawatan. Bumi Malaysia ditinggalkan bersama kerjanya. Ya, Imaan sudah bercerai dengan kerjayanya!

“Ibu, Baba, tunggu saja Imaan bawa balik menantu!” — Imaan Daiyani

Tetapi, takdir ibaratnya turut melangkah bersamanya. Kata-kata seumpama doa termakbul apabila Imaan bertemu Iman. Iman kuasa dua!

“Nama awak apa?” — Imaan Daiyani

“Iman.” — Iman Adrith

“Tak, saya tanya nama awak!” — Iman Daiyani

“My name is Iman!” — Iman Adrith

Takdir itu seumpama mendesak mereka berdua dan mengikat Iman kuasa dua ke dalam sebuah janji dan ikatan.

“Mulai hari ni, we are best friend! Going through thick and thin all together!” — Imaan Daiyani.

“But we are husband and wife...” — Iman Adrith

Apa yang akan jadi apabila dua insan asing yang tercampak di bumi matahari terbit disatukan?

Bertahankah Imaan Daiyani dengan Iman Adrith yang bengap asli dalam percintaan? Mampukah Imaan Daiyani dan Iman Adrith menghadapi manisnya ujian?

Adakah janji hanya tinggal janji atau akan ditepati?

“Don’t leave me alone, Imaan.”

- sunrise©Where stories live. Discover now