duaenam

64 12 3
                                    

BEBERAPA bulan berlalu dalam sekelip mata sahaja. Musim luruh telah pun berlalu dan bermulalah musim sejuk yang dinginnya mencengkam kulit. Minggu pertama musim sejuk lagi aku sudah demam selama beberapa hari. Bukan main gelabah Iman sehinggalah mahu dibawanya aku ke hospital. Sudahnya, aku memujuk lelaki itu untuk mendapatkan rawatan di klinik sahaja.

Biasalah, Malaysia tidak ada musim sejuk sebegini jadi tubuh badanku mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan suhu di sini. Suhunya pula mencecah sehingga negatif empat selsius. Jadinya, ayah sebagai bapa mertua terbaik menghantarkan pemanas sebagai hadiah. Bukan main aku terharu dan berterima kasih kepada lelaki separuh abad itu. 

Pihak universiti memberikan cuti selama tempoh dua minggu untuk hujung bulan Disember ini yang bersambung hingga ke awal Januari. Memang selalunya ada cuti-cuti khas untuk musim tertentu. Biasanya untuk musim panas dan sejuk sajalah.

Jadi, cuba teka di mana kami berada sekarang ini? Tada! Kami berdua sedang menaiki kereta api Shinkansen menuju ke Hokkaido. Aku dan Iman berpakat untuk menghabiskan cuti di resort ski dan mencuba pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sana dalam musim dingin sebegini.

Sebenarnya, Iman yang memberi cadangan beberapa hari lepas maka kelam-kabut la aku melakukan tempahan tetapi sebenarnya Iman awal-awal lagi sudah siap menempah sebuah bilik di resort yang sangat terkenal. Menempah maut betul!

Perjalanan yang mengambil masa empat jam itu akhirnya menemui pengakhiran apabila kami tiba di Kampung Niseko dengan menaiki teksi pula. Iman sebagai tukang sponsor trip ini (trip honeymoon tipu-tipu pun ditaja oleh Iman) berurusan dengan staf di kaunter lobi memandangkan sebutan bahasa Jepunnya lebih Jepun daripada aku yang jarang menggunakan bahasa itu.

Kami dihantar ke bilik dengan menggunakan kereta milik resort. Mujurlah sekarang ini bukannya musim cuti jadi tempat yang biasanya sangat padat dengan pengunjung ini tidaklah begitu sesak. Iman sengaja memilih tarikh ini. Tetapi, masih ramai juga pengunjung dari negara-negara luar terutamanya mat salih.

Mataku terbuntang luas melihat pemandangan dihadapan bilik kami. Pemandangan yang dihiasi dengan gunung-ganang dan kawasan yang berbukit. Salji juga semakin menebal darihari ke hari. Aku membuka sarung tangan untuk menyentuh salji. Walaupun sejuk, aku membiarkan saja. Berlagak imun pula dah!

Jadi teringat pula saat kali pertama aku melihat salji turun di hadapan mata. Puas juga aku menarik tangan Iman untuk bermain bersama dan hasilnya aku demam keesokan harinya.

"Nanti awak sakit, Daiyani." Iman melarang, dia kembali menyarungkan sarung tangan tersebut pada kedua-dua belah tanganku.

Aku hanya tersengih. Terlalu sejuk untuk membalas, berasap mulut!

"Jom, masuk dalam. Ada pemanas." Iman menarik tanganku lembut dan aku hanya mengikutnya sahaja. Sebelah lagi tangannya sibuk menarik bagasi.

Malam itu, selepas saja solat Isya' berjemaah kami berdua sibuk berendam di dalam kolam air panas yang sangat privasi. Kolam air panas ini disediakan untuk setiap pelanggan tetapi mengikut bayaran dan jenis bilik jugalah.

Iman memberikan aku masa untuk berehat sebelum kami akan melakukan pelbagai jenis aktiviti pada esok hari.

"Last year, I came here with a group of friends. Tak sangka langsung tahun ni datang dengan isteri." Iman yang tadinya sibuk berenang, duduk di sebelahku yang sibuk merendam kaki sahaja.

Aku tergelak kecil sebagai respon. "Awak dah pernah datang sini rupanya. Patutlah pilih resort ni." Aku membalas, mata memandang sekilas sahaja ke arah Iman. Seksi bukan main lelaki bertubuh tegap ini. Malu pula aku yang biasanya terputus urat malu ini.

- sunrise©Where stories live. Discover now