AKU dan Iman berjalan pulang dari masjid ke rumah kami. Serius, di sini memang aku banyak berjalan sahaja. Setakat ini, beratku turun dalam tiga kilo sahaja walaupun banyak berjalan dan berpuasa.
Menu berbuka puasa pada hari ini sungguh menambat selera, nasi briyani ayam dan juga kambing disediakan buat mereka yang datang berbuka puasa bersama-sama di masjid. Aku dan Iman makan di dalam talam bersama-sama. Lagilah bertambah sedap!
Manalah berat badan tu segan silu untuk turun wahai Imaan? Ustaz Taha’ pula siap berikan seorang sebungkus lagi sebagai sahur pula. Tinggal panaskan aje!
“Iman, nak tahu tak?” soalku kepada Iman yang sedang menutup pintu.
Lelaki itu meletakkan kopiah di atas meja kopi dan duduk di atas sofa. “Kenapa? Awak 11 rakaat je ke tadi?" soal Iman pula sambil tersengih.
“Baik-baik sikit eh?” Aku mencubit-cubit pinggang Iman dan lelaki itu tidak mengelak.
Iman memang tukang angkat bendera putih. Definisi cepat mengalah!
“Kenapa, Daiyani? Siapa yang cari fasal dengan awak?” soal Iman pula, meletakkan lengan di atas bahuku.
Lelaki yang berjubah hitam ini memandangku dengan tatapan matanya yang lembut.
“Mana ada orang berani cari fasal dengan saya. Ni, tengok ni.” Aku memberikan Iman telefon pintar milikku, menunjukkan ruangan sembang aku dan Alisa di WhatsApp.
Ala, Alisa sepupuku!
Alisa
+ assalamualaikum, akak Imaan.
+ boleh ke kalau alisa nak minta nombor phone abang Iman?
+ nak tanya pasal course lisa, abang Iman kan master MBA?You
( seen )
“Siapa ni, sayang?” soal Iman sambil menggaru kening. Kelihatan seperti sedang cuba mencari nama Alisa di dalam kotak ingatannya.
“Ala, Iman! Alisa la, sepupu saya. Adik Amzar dengan Anzar tu.” Aku memberitahunya pula sambil menggaru kepala yang terasa gatal.
Tudung sudah ditanggalkan tadi dan disangkut di dalam bilik. Tudung sarung labuh saja, lebih mudah untuk mengambil wuduk kalau terlepas angin. Biasalah, makan banyak!
“Oh, tak ingat. Saya ingat awak aje, Daiyani.” Iman cuba memberikan pickup line pula.
Aku pura-pura ketawa. Langsung tak kelakar eh?
“Lame!”
“So, reply ajelah yang kalau nak tanya tu biar awak aje yang jadi orang tengah. Saya jawab, awak beritahu dia. Saya bukan pandai sangat nak ajar orang.” Iman mengangkat bahu.
“Serius? Saya hampir nak kasi nombor ayah aje tadi.” Aku tersengih, memberitahu niat jahatku.
Walaupun dengan Alisa saja, tetap cemburu tau! Yalah, Alisa tu bukan main cantik gebu macam Daiyan Rizal. Tapi itulah, cantik sangat pun susah juga. Ramai yang tak suka!
“Jangan, sayang. Buatnya dia ganggu ayah nanti. Ayah tu dah la sibuk.” Iman gelengkan kepala dan aku tersengih sebelum menyandarkan kepala pada dadanya.
“Ahad ni kan kita balik Malaysia?” Aku menyoal Iman buat kali yang ke seratus. Punyalah tak sabar!
“Iya, sayang. Selagi tak duduk dalam kapal terbang, memang akan tanya setiap hari eh?” soal Iman pula dengan wajah pasrah. Awal-awal lagi lelaki ini sudah tempahkan tiket.
“Hehe, mestilah! Saya tak sabar nak tengok kampung awak. Saya dah lama tak rasa suasana kampung tau, asyik bandar aje.” Aku mengadu kepada Iman pula.
YOU ARE READING
- sunrise©
Romance( romantik komedi oleh haniswrite, karya ke 8 di wattpad ) Imaan Daiyani Iman Adrith Iman kuasa dua. Apa yang akan terjadi apabila dua insan asing disatukan dan hidup di bawah bumbung yang sama di bumi matahari terbit? "Daiyani, kenapa baju saya...