sepuluh

54 9 14
                                    

AKU menghirup air, meredakan tekak yang terasa perit. Iman yang berada di hadapanku hanya menayang riak wajah tidak bersalah. Aku berdehem, membetulkan anak tekak.

“Betul ke apa yang saya dengar ni?” soalku, meminta kepastian. Manalah tahu Iman melawak kan walaupun aku kurang pasti dia pandai melawak ke tidak.

“Betul. Itu sahaja jalan penyelesaian yang saya boleh fikirkan. Kita kahwin. Nak?” ajaknya sekali lagi seperti mengajakku berjalan-jalan di Menara Tokyo, menikmati pemandangan indah.

“Lepas tu, sampai bila? Sampai kita habis belajar dekat sini ke?” soalku, tak mahulah jadi janda awal. Hua, ibu tolong Imaan!

“Yang itu terpulang pada awak untuk kekalkan hubungan ini ataupun tak.” Iman membalas dan suasana semakin serius.

Aku sudah kecut perut. Rama-rama mengepak ganas di dalam perutku ini. Keputusan yang aku akan ambil ini seakan hidup atau mati.

Ibu!

“Awak dah fikir masak-masak ke? Awak tahu kan tanggungjawab suami bukan senang kan?” soalku padanya pula.

Iman tersengih membuatkan aku terkejut. Dia boleh pula tersengih ya? Aku tengah risau ni!

“Ya, sebelum saya ajak awak ni dah lama saya fikir. Ya, saya juga tahu. Jangan risau, kalau awak setuju saya akan layan awak selayaknya seorang isteri biarpun kita tak berapa kenal. Lepas ni, kita boleh berkenalan lagi.” Panjang jawapan Iman membuatkan rasa risauku kian pudar.

“Faham.” Aku anggukan kepala. Aku pun tahu juga tanggungjawab isteri. Dahulu di kolej, ada kursus perkahwinan yang dianjurkan oleh wakil pelajar.

Aku pun turut serta akibat desakan Irdina. Katanya, dapat membantu nilai kredit hujung tahun. Hantu betul! Jadinya, sijil memang dah ada. Calonnya saja belum. Err.. Yang depan mata ni termasuk dalam kategori calon ke?

“Jangan risau, Daiyani. Saya bagi awak masa untuk fikir.” Iman bersuara apabila melihat wajahku yang seperti ayam berak kapur.

Pucat!

“Baik, terima kasih sebab faham.” Aku menjawab dan Iman anggukan kepala.

So, awak tinggal mana buat masa ni?” soalku padanya lagi.

“Rumah kawan saya. Lelaki yang ambil oder kita tadi. Tapi, dia dah nak kahwin jadi saya tak boleh lama sangat stay di rumah dia.” Iman membalas, wajahnya kelihatan kusut juga. Katanya juga bermaksud, jangan fikir lama sangat Daiyani!

Yalah, kami masing-masing tidak terjangka perkara ini akan terjadi. Aku juga merasakan Iman bukan kategori orang senang dengan melihat cara hidupnya di sini, bekerja sambil belajar.

Tak kaya tak apa, janji hati tu baik.

“Maafkan saya sebab dah susahkan awak, Iman.” Aku menundukkan kepala sambil menyuap mochi ke dalam mulut. Menyempat aje kau, Imaan!

“Tak apalah, bukan salah sesiapa. Cincin ni saya ambil dulu, kalau awak setuju nanti saya bagi cincin yang cantik sikit.” Lelaki itu beri senyuman lagi membuatkan aku semakin sesak nafas.

Aduhai, Iman A! Manis betul senyuman kamu, padanlah jarang betul senyum. Takut gadis-gadis jatuh hati gamaknya.

Aku anggukan saja kepala. Terlalu malu untuk bersuara. Tahniah Iman, anda lelaki pertama buatkan Imaan Daiyani malu!

“Jom, saya teman awak balik.” Iman bingkas bangun dan aku mengikuti langkahnya.

“Okay, jom.” Mujurlah Iman bayarkan kerana aku melenggang aje keluar tadi. Mentang-mentanglah dekat sahaja. Suatu hari nanti, aku kena balas semula pada Iman.

Sampai sahaja di hadapan rumah, aku terus mengucapkan terima kasih pada Iman kerana sudi temankan dan belanja makan. Lelaki itu dengan senyuman nipis hanya membalas sama-sama sebelum berlalu.

MALAM itu, panjanglah doa aku kepada Tuhan. Usai solat Isya' sendirian (buat masa ini), aku menunaikan solat sunat istikharah dan solat hajat. Memohon agar segala urusanku dan urusan Iman dipermudahkan juga supaya Tuhan suluh jalan serta lorongkan hati ke arah kebaikan.

Setelah melipat sejadah dan telekung, aku membaca Surah Maryam dan Surah Al Mulk. Selepas menutup mashaf Al Quran, aku mencapai telefon pintar.

Nombor Irdina dihubungi biarpun talian antarabangsa tersangat mahal! Demi mendapatkan khidmat nasihat doktor cinta tak bertauliah, aku hubungi juga kawan baikku itu sambil berbaring di atas katil.

“Assalamualaikum, Irdina!” Teruja suaraku menyapanya walaupun gundah beraja di dalam hati.

Waalaikumussalam, babe. Apahal kau telefon aku ni? Jarang-jarang berlaku!” Irdina membalas sambil ketawa kecil. Tahulah dia aku dilanda masalah besar.

“Tolong aku, Dina! Aku keliru dan celaru sangat ni.” Aku mula mengadu padanya.

Irdina sudah ketawa. Macam inilah kawan, susah baru nak cari ya?

Ya, ya ceritalah dekat aku. Aku sudi dengar ni.” Irdina membalas dan aku mula bercerita daripada awal aku bertemu dengan Iman di rumah ini sehinggalah Iman mengajakku berkahwin.

“Begitulah kisahnya.”

So, Iman A tu handsome tak?” soal Irdina sambil ketawa mengekek.

“Ish, kau ni! Rupa dia pulak yang kau sibuk kan?” Aku sudah mendecit, tidak berpuas hati.

Ala, jawablah. Kedekut eh kau?”

“Ish, handsome la jugak. Kau tahukan aku gilakan Lee Seokmin? Ha, muka dia lebih kurang DK.” Aku tersengih-sengih memberitahu.

Oh, kacak jugak! Hidung mancung macam DK tak?”

“Bolehlah. Eh, kau ni cepatlah bagi opinion dekat aku!” Boleh pula dia sibuk bincang soal rupa Iman denganku pula.

Haha! Yalah. Hmm, bagi aku, okay je kau kahwin dengan dia. Win-win situation dan dia pula sanggup delay untuk balik Malaysia semata tunggu kau habis belajar. Orangnya pun macam baik dan boleh dipercayai. Tapi, better kau tanyalah juga latar belakang keluarga dia...”

“... Tanyalah juga pasal dia. Kalau Allah lorongkan hati kau untuk kahwin juga dengan dia, maknanya adalah sesuatu yang baik yang Allah nak bagi tapi kalau sebaliknya, anggaplah tu ujian...”

“... Walaupun kau orang berdua ni masing-masing tak kenal, cubalah untuk tumbuh perasaan tu untuk dia. Tak salah kan, Imaan? Gaya dia cakap dekat kau tu macam dia cuba juga untuk jatuh cinta dengan kau.” Panjang lebar Irdina memberi pendapatnya.

“Wah, as expected from our doktor cinta!” Aku menjawab sambil ketawa kecil. Dalam hati, menghadam juga kata-kata Irdina yang benar belaka itu.

Haha! Tapi, kalau he raised a red flag, kau lari cepat-cepat tau Imaan.” Irdina menambah pula.

“Baik, baik. Terima kasih, Dina untuk nasihat kau. Dah ada jawapan nanti, aku contact kau.” Aku membalas pula sambil membetulkan rambut yang panjang mengurai.

Okay, aku tunggu. Aku sentiasa doakan kebahagiaan kau, Imaan.” Balasan Irdina membuatkan aku terasa seperti dipeluk.

“Aw, terharunya aku! Aku pun, Dina.” Aku menjawab sambil tersenyum.

Yalah, aku letak dulu tau. Sini dah lewat!” Irdina membalas pula.

“Ops, bye Dina!”

Bye, Imaan!” Panggilan dimatikan.

Aku meletakkan telefon pintar di sisi. Mata dibiarkan terpejam seketika. Tuhan, engkau lorongkanlah hati hamba ini ke arah kebaikan.















TBC
190724

nak kahwin ke tak? haha, thank you korang!

- sunrise©Where stories live. Discover now