BERBUKA puasa malam itu sungguh meriah. Dengan karenah anak-anak Abang Ehsan yang berebut apam balik coklat, riuhnya mulut becok Erhan yang menyoal itu ini, mengusikku dan isteri Abang Ehsan iaitu Kak Damia yang sungguh pendiam.
Iman pula rancak berbual dengan baba dan aku sibuk menepis usikan dan soalan ibu mengenai kami berdua.
"Ibu Su, ibu Su tolong kita ambil air boleh?" pinta Edian ketika aku sibuk membasuh pinggan di sinki.
"Boleh, sayang." Aku menggosok kepalanya dan mencapai cawan di tangannya lalu menadah air sejuk di Coway.
Setelah cawannya penuh, aku hulurkan kepada Edian dan tangan kecil anak perempuan sulung Abang Ehsan mengambilnya.
"Bawa slow-slow nanti tumpah, sayang." Sempat pula aku memesan sebagai juara troublemaker zaman kanak-kanak.
"Okay, ibu Su!" Ibu Su, itu panggilan yang dua budak kecik itu panggil aku setelah mereka pandai bercakap dan mengenali orang.
Walaupun aku bukan anak bongsu, tetapi tetap dipanggil Ibu Su juga kerana aku anak perempuan bongsu. Oh ya, patutnya aku ada seorang kakak tetapi arwah kakakku meninggal sewaktu umurnya baru saja menginjak tiga bulan kerana masalah jantung.
Ibu pun hampir meroyan juga dulu tetapi kehadiran Abang Ehsan berjaya menyelamatkan mental dan emosi ibu. Baba juga orang kuat yang menyokong ibu ketika itu.
Aku mencari-cari kelibat Iman, mana pula lelaki ni? Kalau tengah solat, kami sudah berjemaah tadi waktu Isya' dan juga solat tarawih. Baru nak buli!
"Kak Damia, akak nampak laki kita tak?" soalku kepada Kak Damia yang sedang menjamu selera di dapur kering. Biasalah, ibu mengandung kan?
Anak-anaknya pula memang pandai bawa diri, tengah bermain dengan Abang Ehsan di ruang tamu. Abang Ehsan yang nampak dingin sebenarnya sangat penyayang dengan anaknya. Lihatlah senyuman lebarnya. Barulah kacak senyum macam tu!
"Tak perasan pula, Imaan. Tadi Adrith sembang dengan baba dekat ruang tamu lepas tu dia orang naik atas kut. Dekat library baba kut." Kak Damia memberitahu dengan senyuman kecilnya.
Adrith, nama Iman di sini. Haha. Jadi, Daiyani la aku di kampung Iman nanti.
"Oh, okay akak. Thank you!" Aku memberinya flying kiss dan Kak Damia tertawa.
"Erhan, kau tolong buang sampah ni kejap!" Aku menjerit pada Erhan yang sedang bermain dengan anak buah kami.
Akibatnya, terkejut jugalah ibu yang baru keluar dari tandas.
"Kak Imaan ni tak boleh tengok Erhan senang kan?" soal Erhan, tidak berpuas hati. Yalah, baru nak tunjuk padu apabila bermain Jenga dengan anak buahnya.
"Haah, memang tak boleh. Hati ni rasa berapi aje. Tubuh badan kau yang sihat tu perlu dipergunakan." Aku menjawab sambil tersenyum puas. Seronok menyakitkan hati Erhan.
"Petanda orang dengki ni, kak. Kena bawa berubat ni. Kalau tak, makin teruk ni bahaya akak." Erhan menjawab sambil gelengkan kepalanya.
"Ah, diamlah kau! Pergi buang sampah cepat." Aku menolak tubuhnya dan Erhan hanya akur sahaja. Yalah, tubuh badannya sekeping aje!
Sekali tolak ni melayang sampai Tokyo.
"Imaan, sini kejap. Meh, duduk sini. Ibu nak cakap sikit." Ibu memanggil aku sambil mulutnya sibuk mengunyah kek batik yang dibuat oleh Kak Damia.
Kak Damia yang tadinya sibuk makan, sudah berada di ruang tamu dengan suaminya.
"Ya, ibu." Aku duduk dengan penuh santun di sebelah ibu. Senyum pula dilebarkan. Haha. Ibu memandangku dari atas sampai ke bawah.
YOU ARE READING
- sunrise©
Romance( romantik komedi oleh haniswrite, karya ke 8 di wattpad ) Imaan Daiyani Iman Adrith Iman kuasa dua. Apa yang akan terjadi apabila dua insan asing disatukan dan hidup di bawah bumbung yang sama di bumi matahari terbit? "Daiyani, kenapa baju saya...