SELESAI menguruskan isu Visa, medical check up dan passport sebagai persiapan untuk ke Jepun, aku membawa Erhan ke sebuah pusat membeli belah yang selalunya menjadi tumpuan rakyat di sini.
Lebih kepada Erhan yang membawa sebenarnya kerana Erhan menjadi pemanduku untuk hari ini. Ala, dia yang beria-ria nak bawakan katanya.
"Erhan tak penat ke? Kan baru je balik. Tak jet lag ke?" soalku kepada Erhan yang ceria saja wajahnya berpimpin tangan denganku menuju ke dalam pusat membeli belah.
"Akak ni, kan Han dah biasa kejap balik sana kejap balik sini. Dah tak jet lag. Badan dah imun." Erhan tayang riak wajah bangga sambil angkat keningnya berkali-kali.
Aku anggukan kepala sajalah.
"Han nak makan apa? Meh akak belanja." Aku mempelawa apabila Erhan menggoyangkan tanganku. Langsung tak pedulikan mata-mata yang memandang.
Mungkin kerana mereka tiada adik sekacak Erhan. Atau mungkin kerana wajah Erhan yang iras-iras Lee Chan? Bezanya, mata Erhan tidaklah sepet seperti lelaki Korea itu. Mungkin juga kerana mereka mahu menawar adiknya menjadi model Matahari Bulan?
"Laksa la, akak. Boleh ke? Lama Han tak makan!" Erhan tersengih-sengih dan dia laju saja menarikku ke kedai yang terkenal dengan menu laksanya. Dari luar kedai, sudah dapat dihidu bauan masakan laksa yang menambat selera.
"Han pergi oder tau, akak duduk sini. Nah, kad. Laksa sarang satu." Aku menghulurkan kad bank milikku dan Erhan menyambutnya dengan sengihan.
Aku duduk memeluk tubuh sambil memandang ke arah sekeliling. Air yang dibeli di kedai luar tadi dihirup sekilas bagi menghilangkan dahaga di tekak.
"Imaan? Imaan Daiyani kan?" soal pemilik suara yang menegurku. Dia memakai kaca mata dengan sepersalinan pakaian mengikut tona bumi; coklat cerah dan juga coklat gelap.
Orangnya tinggi lampai, berwajah manis kerana menyedekahkan senyuman kepadaku dan mempunyai lesung pipit di dagunya.
Aku mengelipkan mata berkali-kali sambil mengerah ingatan yang sama dengan memori ikan emas. Pelupa!
Siapa lelaki kacak kalah pelakon Kim Min Kyu ini? Adakah dia sama sekolah menengah atau sekolah rendah denganku? Ke budak kolej? Alamak, langsung tiada dalam memori!
"Haah, iya saya. Awak siapa eh? Maaf, saya tak kenal." Aku terus saja meminta maaf apabila raut wajahnya yang ceria bertukar kecewa.
"Saya lrsyad. Irsyad Yazid. Kita satu kelas waktu tingkatan lima dulu. Saya tutor subjek Matematik Tambahan awak. Ingat tak?" soalnya bersama senyuman yang ditampal kembali.
"Oh, Irsyad! Ingat, ingat. Dulu kan awak tak pakai spek, jadi saya tak cam. Duduklah." Aku mempelawanya duduk sambil cuba mencari kelibat Erhan. Tak adalah pula.
Ke tandas gamaknya.
"Haah, tak apa. Saya faham. Awak datang seorang ke?" soal Irsyad sambil melabuhkan duduk di hadapanku.
"Tak adalah, datang dengan adik saya. Awak memang tinggal dekat kawasan ni ke?" soalku pula kerana seingatku Irsyad berasal dari Negeri Sembilan dan menetap di sana.
"Oh, haah saya baru pindah sini. Saya kerja dalam kawasan ni juga. Asalnya saya kerja dekat N9 tapi kena transfer ke sini." Irsyad membalas dengan senyuman.
Ah, lelaki ini memang sebegini. Dahulu waktu mengajarku yang sememangnya bodoh asli dalam matematik tambahan pun tak pernah naikkan suara. Lelaki itu hanya mengeluh halus sambil memicit kepalanya saja apabila aku masih tidak dapat memahami setelah berkali-kali dijelaskannya.
Akhirnya, dapatlah juga kepujian tinggi.
"Oh, macam tu ke? Faham, faham. Awak arkitek ya?" soalku yang sedia maklum dengan cita-cita lelaki ini sewaktu zaman remajanya.
"Haah dekat B&D Contractor. Ni kad saya." Lelaki itu menghulurkan kadnya pula dan aku sambut dengan senyuman.
Mataku terbuntang luas. Kecilnya bumi ini rupanya! Lelaki ini bekerja di syarikat baba. Memang bumi ini bulat!
"Lah, iya ke? Awak kerja dekat syarikat baba saya rupanya!" Aku membalas dengan teruja dan lelaki itu turut sama bulatkan mata.
"Ya Allah, iya ke? Tak sangka pula terserempak dengan anak bos. Jadi, Encik Ehsan tu abang awaklah kan?" soalnya pula dan aku mengangguk dengan laju sambil tersengih.
"Awak pula macam mana sekarang? Berjaya tak jadi akauntan?" soalnya pula sambil membetulkan kaca matanya.
"Berjaya tu berjayalah tapi saya dah nak berhenti kerja. Minggu ni minggu terakhir." Aku memberitahu sambil tersengih.
Namun, reaksi Irsyad hanyalah biasa. Lelaki ini memang jenis anti menghakimi orang. Telinganya juga kalis umpatan dan caci maki. Irsyad Yazid juga definisi lelaki walking green flag yang boleh tahan genius.
"Awak tak suka ke kerja tu? Itu kan cita-cita awak? Atau, awak nak sambung belajar?" soalnya sambil menongkat dagu.
"Suka aje tapi haah betul tekaan awak. Saya nak sambung master pula lepas ni." Aku membalas sebelum susuk tubuh Erhan kembali sambil menatang dulang berisi dua buah mangkuk.
"Kenalkan, Erhan. Ini adik kesayangan saya, my one and only brother. Erhan, ni Irsyad. Kawan sekolah akak dulu." Aku memperkenalkan mereka berdua.
Setelah duduk di sebelahku, Erhan bersalaman dengan Irsyad. Senyuman manis seperti biasa terukir.
"Erhan."
"Panggil Irsyad aje."
"Okay. Jemput makan eh?" Erhan mempelawa sebelum membaca doa makan dengan perlahan.
"Makan, makan. Saya dah makan sebelum ke sini tadi. Imaan, Erhan, saya tak mahulah ganggu masa kau orang berdua jadi saya minta diri dululah. Apa-apa, Imaan just ring me a call." Irsyad bingkas bangun daripada duduknya.
"Okay, jumpa lagi." Itu balasan Erhan.
"Okay, Irsyad. Terima kasih tegur saya, jumpa lagi insya Allah." Lelaki itu anggukan kepala dan terus berlalu. Aku menghantar pemergiannya dengan anak mata.
"Akak."
"Iya?" Aku yang sibuk menikmati laksa terganggu dengan panggilan Erhan.
"Irsyad tu ex boyfriend akak ke?" Soalan Erhan hampir buatkan aku tersedak. Aku laju saja mencubit bahunya.
"Aduh!" Erhan mengaduh kemudian tertawa.
"Ish, bukanlah. Kawan aje. Mula-mula akak tak cam juga muka dia sebab dulu dia tak pakai spek, sekarang nampak makin handsome pula." Aku tersengih.
"Eleh, kakak pergilah mengurat dia!" Erhan mencucuk-cucuk bahuku.
"Mentang-mentang akak kau macam ni, kau ingat akak tak malu ke?" Soalanku membuatkan Erhan ketawa namun cepat-cepat ditutup mulutnya dan ditahan tawanya supaya tak menganggu orang lain.
"Han tak cakap, akak yang cakap!" Aku akhirnya ikut tertawa juga. Bertuah punya adik!
TBC
130724arigatouu semuanya! kepada yang first time baca buku hanis, bolehlah singgah buku yang lain. selain aku, kamu dan musik, yang lain semuanya dah complete *wink*
YOU ARE READING
- sunrise©
Romance( romantik komedi oleh haniswrite, karya ke 8 di wattpad ) Imaan Daiyani Iman Adrith Iman kuasa dua. Apa yang akan terjadi apabila dua insan asing disatukan dan hidup di bawah bumbung yang sama di bumi matahari terbit? "Daiyani, kenapa baju saya...