MALAM itu juga selepas menikmati makan malam bersama, kami menaiki bas menuju ke bandar utama, Tokyo. Dapatlah aku melihat pemandangan Menara Tokyo ketika waktu malam. Sangat cantik!
“Sempat eh awak booking hotel?” soalku kepada Iman saat kami tiba di sebuah hotel lima bintang berdekatan dengan Menara Tokyo.
“Sempat aje. Awak kan tak ronda-ronda lagi dekat sini kan?” soal Iman ketika kami menaiki lif. Penyambut tetamu memberikan kami sebuah kad untuk akses ke bilik.
“Haah, tak ada masa sangat. Hari tu kawan saya ajak tapi nak pergi rumah pakcik pula.” Aku bercerita tanpa berselindung.
“Oh, tak apa. Esok kita jalan-jalan dekat kawasan sini. Dari satu tempat ke satu tempat, dekat aje jaraknya. Boleh jalan kaki.” Iman menjawab. Sebab itu agaknya dia cadangkan kami bermalam di sini.
Bunyinya agak seram tetapi redah sajalah demi mahu jalan-jalan di Tokyo. Pintu bilik dibuka Iman, ada sebuah balkoni yang menghadap Menara Tokyo. Cantik!
Aku membuka pintu gelangsar tersebut dan mengambil angin di luar. Walaupun sudah agak lewat, jalan raya masih sibuk. Orang-orang sibuk berjalan ke hulu ke hilir.
Angin malam itu membelai pipi. Sejuk juga kerana sekarang ini sudah memasuki musim luruh. Lihat sajalah daun-daun yang berguguran. Cantik seperti lokasi penggambaran drama-drama Jepun dan Korea.
“Tak sejuk ke?” soal Iman, berdiri di sebelahku.
“Sejuk juga.” Aku membalas sambil memeluk tubuh. Mata masih tertancap pada Menara Tokyo di hadapan mata.
Tanpa sedar, Iman meletakkan jaket yang dipakainya padaku. Aku memandangnya tanpa mengelipkan mata sebelum ketawa kecil.
“Kenapa awak gelak?” soal Iman yang tak rasa perkara yang dilakukannya adalah kelakar. Lelaki itu cuma berlaku prihatin!
“Terima kasih tapi awak banyak tengok K-Drama eh?” soalku, memandang Iman yang sudah merah telinganya. Tak tahulah antara malu atau sejuk.
“Tak adalah. Sibuk, tak sempat pun.” Iman menjawab bersahaja.
“Jomlah, masuk. Nanti awak demam pula.” Iman mengajakku masuk ke dalam bilik, pintu gelangsar ditutup dan aku tersengih.
Aku duduk di birai katil sambil melihat notifikasi di telefon pintar milikku. Iman di dalam tandas, menukar baju.
Ada rasa kekok yang bermaharajalela tetapi ditepis sahaja. Aku tak pernah sebilik dengan lelaki walau dengan Erhan sekali pun. Mestilah rasa malu itu ada. Tetapi, aku dan Iman sudah berjanji untuk membiarkan hubungan kami seperti pasangan yang lain. Tak ada tembok yang perlu dibina terlalu tinggi.
Tetapi, masing-masing tak boleh melampaui batas. Hormatkan privasi masing-masing katanya tetapi Iman beri juga kata kunci telefon pintar miliknya.
2304. Klise. Tarikh lahir dirinya sendiri. Self-love tahap giga itu yang tak pernah bercinta tu. Sibuk mengata Iman, lelaki itu melangkah keluar dengan set pajama miliknya berwarna biru muda.
Aku pula melangkah masuk ke dalam tandas bagi menukar baju. Sama seperti Iman, aku juga ada set pajama sendiri. Berwarna merah jambu dengan corak strawberi, yang pastinya tidak dibeli di Cameron Highland.
“Daiyani, tadi adikku busuk telefon.” Iman memberitahu dengan wajah tanpa riak. Aku tertawa. Tak perlu rasanya baca nama Erhan yang disimpan dalam telefonku.
“Oh, budak Erhan tu! Awak jawab tak?” soalku pula.
“Tak sempat jawab, dah tutup.” Nampak sangat budak Erhan yang sengkek itu missed call sahaja.
“Esoklah saya telefon dia balik, malas nak layan. Sedihlah tu saya kahwin tapi dia tak dapat datang.” Aku menjawab sambil duduk di sebelah Iman.
Iman ketawa kecil. Sopan! “Erhan yang paling bongsu ya? Umur berapa?” soal Iman, tertarik pula tentang adik beradikku.
“Haah, bongsu paling gedik. 22 tahun, sebaya dengan Amzar, Anzar.” Aku menjawab dengan mimik muka menyampah. Teringatkan perangai Erhan!
“Oh! Dah kerja? Kerja dengan baba ke?” soal Iman lagi. Iman Adrith ni anak tunggal jadi katanya hidupnya sangatlah sunyi.
Tetapi katanya juga, kawan-kawan di kampung neneknya selalu mengajaknya bermain bersama jadi kuranglah sunyi itu.
“Dah, baru habis belajar dekat London. Iya, kerja dengan baba. Samalah dengan Abang Ehsan. Cuma Abang Ehsan tu dah pangkat bos. Erhan ni rookie lagi.” Aku bercerita sambil memandang wajah Iman.
Wajahnya licin, flawless tanpa parut sedikit pun! Dengki tau tengok. Rupanya pula sejuk mata memandang jadi perlu selalu ditatap. Haha!
“Oh! Abang Ehsan dah kahwin kan? Awak ada anak buah la? Seronoknya.” Iman tidak dapat menyorok wajah terujanya apabila menyebut anak buah.
“Iya, abang dah ada dua orang. Seorang lelaki, seorang perempuan. Imani dengan Imtiyaz. Ni gambar dia orang, comel kan?” Aku menunjukkan gambar Imani dan Imtiyaz bersamaku ketika menyambut hari lahir mereka.
“Comel. Imani tu ada iras-iras awak.” Iman memberitahu membuatkan aku ketawa. Itulah, selalu juga orang-orang memberitahuku.
“Nanti dia besar, cantik macam sayalah.” Aku apa lagi, makin puji la diri sendiri! Iman hanya ketawa, menjaga hati nampak!
“Awak suka budak-budak ke?” soalku pula apabila Iman tak puas melihat gambar Imani dan Imtiyaz yang membanjiri galeriku.
“Suka. Lagi-lagi kalau yang umurnya macam Imani dengan Imtiyaz ni.” Mata Iman bersinar-sinar teruja.
Helo Iman, boleh ke jangan bendera hijau sangat?
“I see.” Aku angguk kepala sahaja. Tak mahu bertanya soalan selanjutnya kerana usia perkahwinan ini sangatlah baru. Janggal!
“Nah.” Iman hulurkan kembali telefon pintarku, aku sambut dan letakkan di meja sisi katil.
“Awak tak kisah ke?” soal Iman, merujuk kepada kami yang tidur di atas sebuah katil yang sama untuk malam ini.
Seperti kata Iman, dia hormatkan aku dan dia tidak kisah jika di rumah sewa untuk kami tidak sebilik buat masa ini.
“Tak apalah. Bantal golek letak dekat tengah. Bukan apa, takut saya terajang awak aje malam ni.” Aku letakkan bantal golek di tengah-tengah. Ha, dia tak tahu yang aku ni tidur ganas!
Iman ketawa kecil.
“Okay, selamat malam, Daiyani,” ucapnya sebelum menutup lampu bilik. Tinggal lampu sisi yang malap sahaja.
“Selamat malam, Iman.” Iman membacakan doa tidur dan ayat kursi. Ish, sedap betul suaranya!
Maka malam itu, mimpi dating bawah pokok sakura la aku!
TBC
230724hampir hilang bab ni tadi, kalau hilang tadi taknak update dah. merajuk marah wattpad.
btw korang yang tak join channel tele hanis yang sendu boleh join tau, korang search aje neighborhoodies. ^^
YOU ARE READING
- sunrise©
Romance( romantik komedi oleh haniswrite, karya ke 8 di wattpad ) Imaan Daiyani Iman Adrith Iman kuasa dua. Apa yang akan terjadi apabila dua insan asing disatukan dan hidup di bawah bumbung yang sama di bumi matahari terbit? "Daiyani, kenapa baju saya...