DUA hari berlalu, masa berjalan dengan normal. Buat pertama kalinya kelmarin aku melihat Iman di universiti, di kafetaria bersama rakan-rakannya. Wajahnya seperti biasa, tidak kelihatan sedih, tidak juga kelihatan ceria.
Tetapi, dia tidak perasan akan kehadiranku di situ. Tertanya juga, jurusan apa yang dia ambil? Melihat daripada gaya serta wajahnya, jurusan yang paling kena adalah kejuruteraan. Aku hanya mengagak saja, jikalau salah tidak tahulah.
Tidak mahu menyidai Iman terlalu lama, jadi di sinilah aku. Di kafe tempat Iman bekerja, menanti lelaki itu muncul di depan mata. Hari ini dia tidak bekerja gamaknya, mungkin menyelesaikan kerja berkumpulan ataupun melakukan perbincangan bersama pensyarah?
Orang Jepun boleh dikatakan bekerja macam orang kurang siuman juga. Work life balance mereka sangatlah toksik. Tetapi, tiada kurangnya juga dengan pekerja di Malaysia. Dengan masalah ekonomi yang menjadi tekanan, masing-masing melakukan kerja hingga separuh nyawa.
Boleh burnout jadinya.
Sementara menanti Iman, aku bertukar mesej dengan ahli keluarga di dalam group Whatsapp. Mereka sedang sakan bercuti di Pulau Perhentian. Bukan main! Masa aku tiadalah baru mereka hendak ke sana ke sini. Tak aci betul!
“Sorry, I'm late!” Susuk tubuh seorang lelaki muncul dan duduk di hadapanku, menanggalkan beg galas yang disandangnya.
“Tak apa.” Aku memandang wajahnya dengan senyuman.
Lelaki ini tampak kasual memakai t-shirt berwarna krim dan seluar kargo berwarna khaki. Di kepalanya, ada topi berwarna biru. Ah, sekali pandang memang tampak seiras seperti DK!
“Saya dah pesankan untuk awak. Don't worry, this time it's on me.” Aku memberitahunya apabila Iman mahu membuka mulut. Aku pesankan vanilla latte panas dan kek blueberry untuknya.
Sama seperti yang dipesan olehnya tempoh hari.
“Thank you.” ucapnya, kelihatan ikhlas.
“My pleasure.” Aku membalas dan tepat pada masanya, pencuci mulut yang dipesan olehku tiba.
Kami sama-sama mencicip air, aku dengan iced matcha dan dia dengan vanilla latte miliknya. Tanpa mempedulikan Iman yang sepertinya tidak sabar mahu mendengar jawapanku, aku menyuap kek cherry blossom ke dalam mulut. Sedap, rasa seperti strawberi!
“How are you doing?” soalku, pada Iman yang kelihatan agak serabut. Mungkin lelaki ini penat ataupun stres dengan pengajiannya.
“Good. Tapi, biasalah stres sikit dengan study.” Yalah, mungkin pensyarah melemparkan bom tugasan yang berlambak.
“Faham, faham.”
“How about you?”
“Baik-baik aje. Biasalah, awal lagi. Lagipun, saya dah ada kawan. Jadi, tak adalah rasa lonely di negara orang ni.” Aku menjawab sambil tersengih.
“Glad to hear that. Apa-apa masalah, awak boleh beritahu saya juga. Mana tahu saya boleh tolong.” Iman menjawab dan aku mencuba untuk tahan ketawa.
Helo, Encik Iman? Masalah kita berdua pun tak selesai lagi tahu?
“Okay! Tapi, awak study apa?” soalku, berbasa-basi sebelum menuju ke poin yang sepatutnya.
“MBA. Bisnes,” jawabnya ringkas dan aku bulatkan mata seketika. Oh! Kos orang-orang kaya ni. Gurau sahaja!
“Oh!”
“Daiyani?”
“Akaun.” Aku menjawab sambil membuat gaya peace dengan jari.
“Must be someone who is good in number and very detail. Pernah kerja sebelum ni?”
YOU ARE READING
- sunrise©
Romance( romantik komedi oleh haniswrite, karya ke 8 di wattpad ) Imaan Daiyani Iman Adrith Iman kuasa dua. Apa yang akan terjadi apabila dua insan asing disatukan dan hidup di bawah bumbung yang sama di bumi matahari terbit? "Daiyani, kenapa baju saya...