PEJAM celik, pejam celik sudah dua minggu berlalu dan hari aku dan Iman mendirikan masjid tiba jua akhirnya. Alhamdulillah, segala urusan kami dipermudahkan. Kedutaan Malaysia di Jepun ini baik-baik belaka.
Mataku sesekali melihat raut wajah tenang bakal suami yang khusyuk mendengarkan khutbah nikah. Entah faham ataupun tidak tu, aku tidak pasti. Nampak gayanya seperti buat-buat faham saja.
Iman Adrith tampak kacak mengenakan baju melayu putih yang dipinjam daripada anak Pak Cik Musa. Err... Lelaki ini pakai baju pagoda pun tetap nampak menarik. Mungkin kerana wajah maskulinnya yang kuning langsat itu. Badan pula tegap dengan bahu yang sangat lebar. Aku pula tampil biasa-biasa dengan baju kurung putih yang dibawa dari Malaysia.
Bakal suami siapalah tu? Nak dibandingkan dengan aku yang tinggi cukup-cukup makan, muka pun tak adalah secantik Winter, Aespa. Ribut adalah! Apa-apa sajalah, janji aku tetap melangkah dengan yakin! Haha.
Berangan punya berangan, khutbah nikah telah pun selesai. Walaupun pernikahan aku dan Iman Adrith ala-ala kahwin koboi, akad nikah kami tetap di masjid tahu?
Pak cik Musa menjadi wali memandangkan dia merupakan adik ayah yang jauh di Malaysia sana. Dua orang anak lelakinya menjadi saksi memandangkan Iman Adrith ni forever alone, tak ada kawan. Semuanya sudah balik Malaysia.
Mak cik Mariah, isteri Pak cik Musa menemani aku. Sedari tadi dia duduk disebelahku sambil memegang tanganku, membawa figura seorang ibu. Anaknya, Alisa turut berada di sebelahku. Alisa terlibat sama dalam menjadi mak andam terjunku.
“Aku nikahkan dikau, Iman Adrith bin Haji Darus dengan anak saudaraku, Imaan Daiyani binti Baharudin dengan mas kahwinnya 500 yen tunai.” Pak cik Musa dengan lancarnya bersuara. Yalah, bukan dia yang bernikah.
“Aku terima nikahnya, Imaan Daiyani binti Baharudin dengan mas kahwinnya 500 yen tunai.” Selafaz sahaja walaupun lelaki itu kedengaran gugup.
“Sah?”
“Sah!”
“Sah!”
Amboi, bukan main semangat dua orang sepupu aku ni. Doa dibaca oleh seorang imam di masjid ini yang bersama dengan Pakcik Musa.
Doa diaminkan. Dalam diam, aku turut merasa sebak. Yalah, bukan baba yang nikahkan aku. Ibu dan adik beradikku juga tiada di sini. Sadis betul!
Mereka hanya melihat ijab dan kabul ini melalui video yang dirakam oleh Alisa. Sepatutnya ibu dengan baba boleh datang ke sini tetapi baba ada hal mustahak pula dengan syarikatnya. Hampeh betul!
Tak apalah, sekurang-kurangnya ada juga ahli keluarga. Iman, suami aku ni? Seorang pun tak ada! Lagilah kasihan.
Iman Adrith anak yatim sejak kecil lagi. Dia tinggal dengan bapa dan neneknya sahaja. Katanya, ayahnya pun sepatutnya boleh datang juga tetapi neneknya jatuh sakit pula. Biasalah, sakit tua.
“Sedih ke?” soal pemilik suara garau yang tiba-tiba muncul di hadapanku. Alamak, boleh pula mengelamun!
“Mana ada!”
“Yani ni pun, suami nak sarung cincin tu. Boleh pula dia berangan!” Mak cik Munah sudah membebel, aku tersengih saja.
Tangan dihulurkan dan Iman Adrith laju saja menyarungkan cincin kepada jari manisku. Gelojoh betul! Cincin dengan sebutir permata itu tampak cantik di jariku.
Aku menyarungkan cincin silver dengan ukiran nama Iman² pada jari manisnya sebelum mencium tangan lelaki itu dengan penuh hormat.
Yalah, dah berpuluh kali makcik memesan padaku untuk cium tangan suami. Letih telinga ni mendengar! Nak bernanah rasanya.
YOU ARE READING
- sunrise©
Romance( romantik komedi oleh haniswrite, karya ke 8 di wattpad ) Imaan Daiyani Iman Adrith Iman kuasa dua. Apa yang akan terjadi apabila dua insan asing disatukan dan hidup di bawah bumbung yang sama di bumi matahari terbit? "Daiyani, kenapa baju saya...