HARI yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Hari pendaftaran jadinya aku memakai baju kurung berwarna kuning dengan shawl yang dililit di atas kepala berwarna putih.
Setelah bersarapan nasi goreng di rumah sewa, aku berjalan ke stesen bas seawal pagi supaya tidak kelewatan. Tidak mahu memberi kesan pertama yang buruk!
Tidak lama menunggu bas, bas akhirnya tiba dan berhenti di hadapan stesen bas Universiti Tokyo yang maha luas ini. Sungguh, aku tidak tahu mahu ke arah mana sehinggalah seorang gadis yang aku yakin wakil pelajar menegurku.
Gadis itu memakai lanyard dan blazer dengan lencana Universiti Tokyo jadi aku yakin dia bukan pelajar biasa.
"Hi, are you new student here?" soalnya di dalam bahasa Jepun sambil memberi kuntuman senyuman manis.
"Yes, I am." Aku turut menjawab di dalam bahasa mereka.
"So, the registration is taking place in Koshiba Hall. Let me lead you the way." Gadis itu mempelawa dan aku hanya mengikuti langkahnya.
Mana pula pelajar master yang lain? Setakat ini tak ada pula aku terlihat susuk tubuh lain. Mungkin mereka tiba lebih awal gamaknya.
Tiba di dewan Koshiba, gadis itu membantu aku untuk sesi pendaftaran bagi pelajar master. Mereka menyerahkan beberapa dokumen dan yang paling penting adalah peta memandang universiti ini sangatlah besar.
Kebarangkalian untuk tersesat itu sangatlah tinggi. Kalau tersesat dan ada lelaki kacak yang menolong tu tak apalah. Kalau tak ada yang menolong? Terpinga-pinga la sendirian.
Mulalah aku nak mengarut.
Aku mengambil tempat duduk terlebih dahulu sebelum taklimat bermula. Keadaan di dalam dewan yang luas ini masih sunyi tanpa kehadiran semua pelajar baharu lagi. Baru ada beberapa orang sahaja yang sudah tiba. Nampaknya, aku dan yang lain-lain ini yang terlebih awal.
Apabila memerhati keadaan sekeliling, bukan aku seorang sahaja yang memakai hijab. Ada dua orang gadis yang mungkin berasal dari Arab Saudi turut memakai hijab. Alhamdulilah, tak ada yang memandang pelik pun.
Sebelum memasuki dewan tadi, aku sempat melihat ke arah beberapa bangunan yakni fakulti mereka. Bangunannya kelihatan seperti bangunan di Melbourne, London. Reka bentuknya seperti di Eropah.
Unik. Banyak juga fakulti yang ada, bioteknologi, pusat kajian, sains gunaan, sains teknologi dan bermacam lagilah.
Sedang aku sibuk bermesej dengan ahli keluargaku, seseorang mengambil tempat di sebelahku. Aku senyum padanya dan dia turut membalas senyumanku.
Gadis ini seperti orang Cina dengan matanya yang sepet itu serta wajahnya yang putih salju.
"Dari Malaysia ke?" soalnya dengan pelat Mandarin.
Mataku terbeliak. Senyuman mula melebar. Teruja apabila bertemu dengan seseorang yang berasal dari tanah yang sama.
"Haah! Malaysia juga ke?" soalku dengan teruja. Akhirnya selain Iman, aku jumpa juga orang Malaysia yang lain.
"Yup! Nama saya Hui Mei Ying. Boleh panggil May saja. Nama awak apa?" soalnya ketika bersalaman denganku.
"Hi, May! Saya Imaan Daiyani. Panggil Imaan aje. Seronoknya jumpa orang Malaysia juga!" Personaliti aku yang kadangkala ekstrovert terkeluar juga akhirnya.
"Okay, Imaan! Samalah, saya pun seronok juga. Awak tinggal dekat mana?" soal May yang berkaca mata. Kulitnya halus saja dan pipinya sentiasa merah dengan pemerah pipi yang neutral.
"Saya tinggal dekat Hongo. Dekat dengan Family Mart tu." Aku memberitahunya walhal di sini Family Mart memang merata-rata.
"Oh, Hongo! Saya tinggal dekat Nezu, tak jauh mana kan?" May memberitahuku.
YOU ARE READING
- sunrise©
Romance( romantik komedi oleh haniswrite, karya ke 8 di wattpad ) Imaan Daiyani Iman Adrith Iman kuasa dua. Apa yang akan terjadi apabila dua insan asing disatukan dan hidup di bawah bumbung yang sama di bumi matahari terbit? "Daiyani, kenapa baju saya...