empatsatu

37 10 9
                                    

IMAN menghantarku sampai ke depan pintu pagar universiti, ikutkan hati Iman tu memang nak dihantar sampai ke hadapan pintu kuliah tetapi aku menghalang. Ingat apa? Drama swasta ke?

"Jaga diri baik-baik, sayang. Makan jangan lupa tapi yang berkhasiat saja tahu?" Iman memesan buat kali yang ke sepuluh.

Aku mengeluh halus. "Iman, sepanjang jalan dari rumah sampai ke atas bas sampai ke sini awak bebel yang sama je tahu?" Aku mencekak pinggang, memandangnya tajam.

Iman beri senyuman kucing.

"Saya risaukan awak je, Daiyani." Kepalaku disentuh lembut.

"Iya, saya faham. Baiklah, yang menurut perintah." Tangan Iman dicapai sebelum dikucup perlahan.

Lelaki itu memeluk erat pula tubuhku, seolah tak mahu melepaskan. "Hei, bubu nak pergi kelas ni." Aku mahu melepaskan tetapi semakin erat pula pelukan Iman.

Huh, seperti tak sangka pula lelaki di hadapanku ini adalah lelaki yang sama berwajah dingin mengajakku berkahwin demi sebuah rumah sewa yang nilainya biasa sahaja.

"Sabarlah, nanti baba rindu." Iman membalas pula membuatkan aku tergelak.

Comelnya???

"Ah, mengadalah baba ni! Hari ni pergi kerja pukul berapa?" soalku pula, mujurlah Iman sudah melepaskan pelukan.

"Hari ni pukul tiga, bubu balik pukul dua ya?" soal Iman pula dan aku mengangguk. Bubu adalah nama manja bagi ibu atau aku. Bukan nama kucing jiran kami ataupun nama manja artis K-pop, Taeyong dari NCT.

"Okay, nanti baba jemput ya?"

"Ish, tak payahlah. Awak kan nak pergi kerja? Saya boleh balik sendiri, May ada." Aku membalas pula.

"May bukan setaman dengan kita, sayang." Iman membalas pula sambil mencekak pinggangnya yang sejemput.

"Ala, iyalah suka hati awaklah, baba." Aku sudah hampir merengek, si Iman ni pula sengaja melengah-lengahkan masa aku.

"Hehe, okay dah. Pergilah kelas. Take care." Iman melambai ke arahku, dia masih memakai hoodie. Kejap lagi mesti melencong ke gim dahulu sebelum pulang dan mengemas rumah.

Iman dah selamat menjadi house husband.

"Okay, bye baba!" Aku membalas lambaian Iman.

"Bye, bubu." Iman menanti di luar sehinggalah aku masuk ke dalam kawasan universiti.

Ish, manisnya!

"Amboi, berserinya muka Imaan!" May menegurku, dia baru sahaja tiba.

"Ala, May lagi berseri-seri! Yalah, baru balik honeymoon kan?" Aku membalas pula pada May sambil mengangkat kening.

Sepanjang cuti semester ini, May dan suaminya ke Maldives. Melepas rindu gamaknya kerana berjauhan. Aku tahu pun melalui status May di Whatsapp. May bukanlah sejenis yang suka bercerita pada orang.

"Biasa saja maa, Imaan! You ada good news ke?" soal May pula sambil tersengih-sengih.

Aduh, bilalah pensyarah akan tiba ni? Pensyarah bagi subjekku ini bukan orang Jepun jadi dia kurang tepati masa sikit. Orangnya dari Dublin.

"Cuba May teka." Aku membalas pula sambil tersenyum, menongkat dagu memandang May yang cantik mulus.

"Oh my, you ni ke?" May buat isyarat ibu mengandung dengan tangannya diletakkan pada perut.

Aku mengangguk sambil ketawa kecil.

"Oh my! So happy for you, kawan saya nak jadi ibu dah!" May memelukku dengan erat.

Aku membalas pelukannya. Ah, sebaklah pula!

"Hehe, terima kasih May! Tak sabar nak beritahu anak saya yang dia ada aunty cantik macam you, May." Aku tersengih-sengih.

"Hahaha, yes! Kejap lagi saya belanja you makan, Imaan. Tak sabar nak tengok perut you besar." May mengusap tanganku lembut.

"Lambat lagilah, May. Saya baru aje tiga minggu." Patutlah tarikh haidku lambat dari bulan sebelum ini, cis dasar kau Imaan!

"Yalah, Imaan. Tahniah tahu? I know you will be a very good mom." May membalas pula.

"Aw, terharunya you cakap macam tu. Insya Allah, saya cuba." Aku membalas sambil tersengih, mengusap perut yang masih tiada bentuknya lagi.

Tak sangka ada malaikat kecil yang menghuni di rahimku ini, alhamdulilah. Seperi mimpi yang jadi realiti, syukur ya Allah.

PULANG dari kafe setelah makan tengah hari bersama May, aku dan May berpisah haluan apabila tiba di stesen bas yang berhampiran dengan taman rumah sewaku.

Turun sahaja dari bas, nampak kelibat Iman yang sedang berdiri, sekejap mengerling ke arah jam di pergelangan tangan, sekejap menoleh ke arah kanan dan kiri.

Aku tersengih-sengih.

"Sayang." Dia menyapaku dengan senyuman manis. Manisnya senyuman abang???

"Hai, lama ke tunggu? So sweet la baba tunggu kita." Aku tersengih-sengih sambil mencuit lengan Iman.

"Tak adalah lama mana pun. Jom, saya teman awak balik." Iman memeluk bahuku erat, rapat dengannya.

"Awak dah makan?" soalku pula. Pagi tadi, aku sudah panaskan lauk semalam untuk Iman walaupun Iman sekeras-kerasnya menghalang.

Lelaki itu tidak lagi membenarkan aku membantu melakukan kerja rumah. Satu, sebab aku mengandung. Dua, sebab dia dah tamat belajar. Cis!

Tetapi, bersyukurnya. Terima kasih, ya Allah!

"Dah makan dah. Sayang makan apa hari ni?" soal Iman pula.

"Banyak! May belanja. Makan dumpling, ramen, sushi, hmm macam-macamlah." Aku bercerita pula. Perut kenyang, hati pun senanglah.

"Iya? Bagus, bagus. Once in a month je boleh cheat day. Nanti saya beli buah dengan sayur banyak-banyak dekat awak okay? But no junk food!" Iman membalas dengan tegas pula.

Aku memuncungkan bibir.

"Sekali je? Tiga kali la, Iman. Pretty please?" Muka kesian ditayang. Haraplah dapat memancing hati Iman.

"No, nope sayang. Tak bagus untuk kesihatan awak dan baby. Saya larang ni sebab saya sayang. Okay, sayang? Ada faham?" Iman menarik hidungku.

"Auch! Okaylah, baba okay." Kepala disandarkan ke bahu Iman.

"Bagus, isteri saya ni. Mendengar kata!" Kepalaku diusap perlahan sebelum lelaki itu ketawa kecil.

Aku mendecit perlahan. Dengan Iman ni, tak boleh kata tak mahu. Entah ada aura apa padahal orangnya muka seperti orang soleh, kaki masjid. Ceh!


















TBC
090924

manisnyaa senyuman sunlovers ???? cepat vote supaya hanis istiqamah update hari hari semula 😝😝😝

btw , kita ada IG tau @/haniswrite, jemput follow dan biasanya hanis followback dekat ig kedua @/heliohanis 💕💕💕

- sunrise©Where stories live. Discover now