BUKAN main aku dan Iman bercinta gaya orang korporat. Semalam, kami naiki kereta api ke hotel dan hari ini pula kami menaiki tren untuk ke Menara Tokyo atau Tokyo Skytree.
Di sini pengangkutan utama adalah tren yang kosnya lebih murah berbanding teksi. Cuma tulah, laluan tren sangatlah mengelirukan. Mujurlah ada Iman yang lakunya dah seperti orang di sini! Cekap.
Tibanya di Tokyo Skytree, memang lapanglah ceritanya. Memandangkan sekarang ini bukanlah musim cuti dan hari orang bekerja juga. Tokyo Skytree ni ala-ala KLCC juga tetapi tidaklah setinggi itu. Sekadar 800 meter. Iman siap membelikan tiket untuk naik ke paras paling atas selepas aku memberitahunya yang aku tiada masalah gayat.
Beginilah agaknya gaya orang kaya habiskan duit. Cis!
Kami tiba di tingkat paling atas, Iman sudah menyeret aku untuk melihat informasi skrin interaktif berkaitan dengan pembinaan Tokyo Skytree dan segalanya tentang bandar canggih ini.
"Meh, saya ambil gambar awak." Iman mempelawa dirinya, mengeluarkan telefon pintar miliknya dari dalam celana poket.
"Okay, ambil cantik-cantik tau. Bagi saya nampak kurus!" Aku tersengih sebelum bersandar di tepi tingkap dengan senyuman paling manis. Bukan main laju suamiku mengambil gambarku. Kalau sekeping aje, siap dia!
"Nak tengok!" Aku mencuri lihat gambarku di skrin telefon Iman. Mujurlah cantik dan berkeping-keping jugalah.
"Terima kasih, ambil gambar kita dua pula." Aku menarik lengan bajunya, berdiri di sebelahku.
"Tak ada orang nak ambilkan la, tak payahlah Daiyani." Iman menggaru kepala dan aku cebikkan bibir sahaja.
"Ala, kita kosong lima je!" Iman turutkan jua dan menjadikan tangannya sebagai tripod. Aku tertawa di dalam hati. Nasiblah, tangan panjang!
"Wah, nampak macam semut aje budak-budak sekolah tu." Aku tunjuk pada Iman, kelihatan sebuah sekolah yang dikelilingi oleh kedai-kedai kecil dan bangunan yang lain.
"Memanglah, Daiyani. Kan tinggi ni." Iman membalas tetapi balasannya tidak memuaskan hatiku. Logik sangat! Hmph.
Puas bergambar dan melihat pemandangan dari atas di Tokyo Skytree, aku dan Iman bersantai di sebuah taman terlebih dahulu. Iman menyuruhku melapik perut dengan onigiri yang dibelinya di Family Mart.
"Kalau dekat sini, makanan ruji dia orang bukan ayam, daging atau babi tapi seafood, Daiyani. Jadi, kalau kedai sushi tu awak boleh makan aje. Tapi, sos atau kicap tu better awak tanya dulu takut ada sake, sake tu arak." Iman memberitahuku sambil kami berdua duduk di sebuah kerusi batu.
"Oh ya? Patutlah dia orang kurus eh? Makan makanan laut aje." Aku membalas pula. Kurus dan sihat lagi-lagi warga emas di sini.
Iman ketawa sahaja sambil meneguk air. Perjalanan diteruskan ke Harajuku, atau lebih tepatnya ke Takeshita Street yang sentiasa menjadi tarikan pelancong. Ia menjual barangan harian seperti cenderahati, pakaian, aksesori, makanan dan pelbagai lagilah.
Kami turun di Stesen Harajuku. Masih awal tetapi jalan di sini sudah sibuk dengan pelancong dari pelbagai negara. Ramai juga yang menjadi cosplay untuk anime. Tetapi, aku malu pula nak bergambar sekali!
Selepas membeli sehelai baju (kerana tergoda dengan harganya yang murah) dan sebuah topi untuk Iman sebagai hadiah, kami bergerak ke bandar Shibuya yang sememangnya berdekatan.
Dapatlah juga aku dan Iman mengambil gambar di Lintasan Shibuya yang mempunyai empat penjuru jadi bayangkanlah betapa sibuknya kawasan di situ. Bandar Shibuya sangatlah sesak kerana di sini penuh dengan kedai-kedai berjenama. Orang Malaysia kata, Shibuya ini seperti di Bukit Bintang jugalah.
Selepas berjalan-jalan di sekitar kawasan Shibuya, kami berdua singgah ke masjid apabila telah masuk waktu Zuhur. Kami solat di Masjid Tokyo, masjid yang terbesar di sini. Ianya terletak di Yoyogi-Uehara, Shibuya yang berkonsepkan dengan desain Turkiye.
"Lapar ke?" Iman menyoalku setelah melangkah keluar dari bahagian lelaki.
"Lapar jugalah." Aku angguk kepala.
"Makan sushi okay? Ke nak kebab?" soal Iman sambil mengeluarkan telefon pintarnya, mencari restoran yang terdekat.
"Sushi pun okay." Tanpa aku sedari, aku memegang tangan Iman. Kami berjalan keluar dari masjid dan menuju ke sebuah restoran sushi.
Setelah mengenyangkan perut masing-masing dengan sushi yang semuanya dicadangkan oleh Iman, kami meneruskan perjalanan ke teamLab planet yang pernah dilawat Rose, blackpink. Cewah!
Kami menaiki tren dan turun di Stesen Shin Toyosu yang tidak jauh mana dari rumah sewa kami di Bunkyo. Tiket untuk masuk ke stesen ini berpatutan jugalah, dalam seratus lebih dalam ringgit.
Masuk-masuk sahaja, kami perlu menanggalkan kasut untuk berjalan atau memanjat sebenarnya di atas air. Aku reda sahaja apabila stokin milikku habis basah lencun. Mujurlah sentiasa dibawa lebih di dalam beg tangan.
Kaki memijak kusyen di lorong ini, aku memegang tangan Iman untuk mengimbangkan diri. Tempat ini namanya soft black hole.
Setelah berjalan dengan sukar di lorong tadi, kami tiba pula di kawasan yang penuh dengan kristal yang bergantungan dan berwarna-warni.
Di sini, Iman mengambil banyak gambarku. Duduk, berdiri, semualah. Mujur tak terbaring aje! Aku mengambil juga gambar Iman tetapi versi faceless kerana Iman ini tersangatlah private orangnya!
"Cantiknya!" Bukan main teruja apabila lampu bertukar-tukar warna.
"Kan?" Kata Iman, tempat ini akan ditutup pada hujung tahun 2027. Sedihnya, patutnya tempat ini dikekalkan sahaja.
Ruangan yang seterusnya, ada lukisan di atas permukaan air yang dibuat oleh ikan koi dan orang-orang. Kelihatan seperti ikan koi tersebut menari-nari di bawah permukaan air. Sangat cantik dengan warna yang berubah-ubah.
Airnya suam dan musiknya juga indah didengari. Desain di sini juga berubah mengikut musim. Kalau datang pada musim bunga, lagilah cantik!
Iman memegang tanganku, orang sedikit ramai jadi lelaki ini bimbang aku hilang pula. Seluar sudah semakin basah hingga ke paras lutut tetapi dibiarkan sahaja kerana rasa teruja.
Ruangan yang seterusnya lagi sudah tiada air. Di ruangan ini, ada bola-bola yang warnanya akan berubah kepada tiga warna. Aku semakin galak menyentuh sfera itu apabila warnanya berubah apabila disentuh.
Aku dan Iman mengambil gambar secara duduk sambil menyandar pada masing-masing kerana ada insan yang baik hati menolong kami mengambil gambar.
Ruangan yang seterusnya buatkan aku berasa seperti di bawah pohon bunga kerana adanya kelopak bunga yang jatuh dari atas. Di sini aku dan Iman duduk kerana sudah penat berjalan seharian.
Iman rakamkan juga aku yang sedang duduk sambil kepala mendongak ke atas, wajah sudah disimbahi dengan pelbagai campuran warna yang semestinya cantik. Tak tahulah Iman ini suami aku ke atau sebenarnya jurugambar peribadi.
Selesai menikmati pemandangan di kawasan itu, kami ke kawasan luar pula dan diberi selipar untuk dipakai semasa berada di Taman Lumut namanya.
Di taman ini, ada banyak telur yang katanya akan menjadi bersinar-sinar jika dilihat pada waktu senja. Di sini juga ada taman bunga terapung. Ramailah yang berbaring di sini untuk mengambil gambar.
Disebabkan tidak sopanlah untuk aku berbaring, aku memaksa Iman dan mengambil gambarnya. Di sini kami boleh berada selama lima minit sahaja jadi aku mengambil gambar sepuas-puasnya.
Muzium ini sangatlah cantik, buatkan aku berasa seperti tidak mahu pulang pula! Sebelum singgah ke tempat seterusnya, aku membelanja Iman menikmati ramen di sebuah restoran vegan berhampiran dengan muzium ini.
TBC
240724cantiknya tarikh hari ini hahaha. haraplah dapat juga ke teamLab sebelum 2027 huhu. thank you korang semua!
YOU ARE READING
- sunrise©
Romance( romantik komedi oleh haniswrite, karya ke 8 di wattpad ) Imaan Daiyani Iman Adrith Iman kuasa dua. Apa yang akan terjadi apabila dua insan asing disatukan dan hidup di bawah bumbung yang sama di bumi matahari terbit? "Daiyani, kenapa baju saya...