dua

74 8 9
                                    

SELESAI menghantar surat kepada bos aku iaitu Encik Muhsin yang selalu terkena angin monsun tropika dan berjaya buatkan seluruh pejabat ini turut sama dilanda ribut, aku kembali duduk di atas kerusi kurang empuk milikku.

Sudah tiga tahun berlalu sejak aku bekerja di sini. Hendak dibandingkan dengan pekerja yang lain, pengalaman kerjaku masih mentah. Tetapi, aku sudah tak tahan!

Padanlah ramai pekerja yang berhenti awal dan bekerja di tempat lain. Gaji agak ciput juga, kerja boleh tahan teruk. Overtime? Selalu! Gaji tak pernah naik pun. Bonus pun jarang-jarang diberi.

Setahun sekali pun belum tentu. Bos kedekut tahi hidung masin! Bukan setakat cuti tanpa gaji aku ambil tetapi berhenti terus!

Mujurlah tadi Encik Muhsin tidak menyoal aku dengan soalan yang bertubi-tubi seperti selalunya. Kalau tidak, naya aku hendak menjawab. Ikutkan hati boleh saja aku senaraikan segala benda yang aku tidak berpuas hati.

Mata masih fokus kepada skrin komputer di hadapan mata sambil mengharapkan agar waktu cepat saja berlalu. Untuk minggu ini, aku masih perlu bekerja lagi kerana jabatan HR akan memproses dahulu surat perletakan jawatanku. Minggu hadapan barulah aku boleh angkat kaki daripada syarikat yang menjadi mimpi ngeriku ini.

Aku mengurut pelipis. Naik pening kepala menghadap nombor-nombor yang begitu banyak ini. Bukan main banyak angka wang syarikat yang masuk tetapi sedikit sahaja yang mereka nak keluarkan untuk kebajikan staf. Huh!

Aku menilik jam di pergelangan tangan yang dihadiahkan oleh baba. Sudah masuk waktu makan tengah hari. Patutlah akauntan lain di sebelah compartment ini sudah bangun beramai-ramai.

“Imaan, jom makan?” Irdina yang bekerja di bahagian HR, menyapaku.

Aku menguntum senyuman nipis sambil bingkas berdiri lalu mencapai beg tangan milikku. “Jom,” balasku.

Kami berjalan beriringan menuju ke lif. Kafe berada di tingkat paling bawah di syarikat lima tingkat ini.

“Aku nampak surat kau tadi. Kebetulan aku yang handle kan. Betul ke kau nak berhenti kerja ni?” soal Irdina setelah kami berdua memesan makanan dan kembali duduk.

“Oh, iya ke? Cepat-cepat sikit tau? Hehe. Betullah. Istikharah, hajat, taubat semua aku dah buat.” Aku tersengih sambil menikmati air limau ais.

Refreshing!

“Jadi, lepas ni kau nak kerja dekat syarikat baba kau ke?” soal Irdina pula.

Irdina Dania merupakan side kick aku sejak di zaman kolej lagi. Kami tidak pernah merancang pun untuk bekerja sekali memandangkan Irdina masa itu tengah dilamun cinta kononnya nak kahwin terus!

Tetapi, entah kemanalah lelaki itu. Jadi, Irdina terus mencari kerja sajalah. Tup-tup, sama pula tempat kerja kami berdua cuma di department yang berbeza.

“Tak adalah. Tak naklah kerja dekat sana, nanti bias. Aku dapat tawaran master dekat Tokyo. Jadi, aku terima sajalah. Lagi tiga minggu, aku fly.” Aku bercerita sambil melihat reaksi Irdina.

Mata gadis itu terbuntang membuatkan aku ketawa.

“Rajinnya kau sambung lagi! Bukan main haritu lepas habis degree cakap tak mahu belajar dah. Degree pun kita hampir gila!” Irdina membalas dengan penuh dramatik.

People can change la, Dina. Lagipun, kalau aku terus bekerja dekat sini kebarangkalian untuk aku jadi gila tu lagi tinggi daripada aku sambung belajar master.” Aku membalas sambil ketawa kecil.

“Hmm, ikut kaulah. Dah besar kan? Aku faham aje sebab aku tahu bos kau punya peel. Pergilah ajelah belajar sana, manalah tahu jumpa jodoh lelaki Jepun!” Irdina berseloroh membuatkan aku menarik muka.

Huh, tak sior la teman!

Kalau jodoh yang dimaksudkan ialah Kento Yamazaki, mahulah juga aku.

“Tak naklah. Dia orang kan ramai tak faham English. Jadi satu hal pula ayam cakap dengan itik.” Aku membalas membuatkan Irdina ketawa.

“Bukan kau pandai ke cakap Jepun? Bukan kau belajar kanji ke dekat kolej dulu?” soal Irdina pula.

“Aku kan dah lama tak praktis. Jadi, lupalah sikit-sikit. But still, kalau nak tengok drama Jepun tak payah pakai subtitle dah.” Aku tersenyum bangga walaupun bukan peminat tegar drama Jepun. Kalau drama Korea tu ha bagilah kepada aku.

“Ah, berlagak!” Irdina menarik pipiku membuatkan aku mengaduh perlahan.

“Dah, dah makan.” Irdina bersuara pula apabila makanan buat mereka berdua telah sampai. Berasap-asap seperti hatiku ini.

Setelah selesai mengisi perut, kami ke surau syarikat pula apabila waktu rehat masih berbaki 40 minit. Surau syarikat ini sangat luas dan selesa jugak. Ada penghawa dingin!

Syarikat ini bagus aje sebenarnya. Cuma, bos aku di jabatan Financial tu yang kurang bagus. Hanya dia saja! Kalau ketua-ketua di jabatan lain, aku tengok baguslah juga.

Tapi kalau Encik Muhsin tu, hmph! Kalau mood dia tak okay, tak perlu rasanya nak ajak semua jadi bad mood juga.

Setelah kembali ke ruangan pejabatku, aku melabuhkan duduk sambil memberi senyuman buat rakan sekerjaku. Masing-masing membalas senyuman sebelum kembali menghentak papan kekunci dengan penuh emosi.

Saja nak bagi bos yang duduk di dalam biliknya itu dengar.

“Cik Imaan?” suara garau seseorang menganggu konsentrasiku.

Aku mengangkat wajah perlahan-lahan sebelum jantung tiba-tiba terasa mahu berhenti. Bos yang disebut-sebut di dalam otakku muncul pula di hadapan mata!

Alamak, apa pula salah aku kali ini? Mata-mata rakan sekerjaku yang lain memandang ke arah kami. Hanya sesaat sebelum menyambung kerja mereka.

“Ya, bos?” Suara penuh santun dilantun dengan senyuman plastik ditampal.

“Nanti lepas habis kerja, jumpa saya kejap. Ini fasal surat yang awak bagi tadi.” Lafaznya sekali sebelum terus berlalu dan masuk ke dalam pejabatnya.

Aku menggigit bibir. Alamak, dia tak bagi aku berhenti ke? Habislah aku, habislah! Ah, gasaklah! Ada mulut, boleh menjawab. Ada suara, boleh membalas. Aku tetap dengan pendirian dan kemahuan aku.


















tbc
110724

terima kasih! doakan saya konsisten update hari hari HAHAHA 😭👋🏻

- sunrise©Where stories live. Discover now