lima

54 7 17
                                    

SEDAR tidak sedar, hari untuk aku berlepas ke negara matahari terbit akhirnya tiba. Di lapangan terbang itu, aku sibuk berpelukan dengan ahli keluargaku. Irdina sebagai kawan baikku turut ada bersama. Kepada Irsyad, aku sudah menghantar mesej kepadanya mengkhabarkan aku akan berlepas ke Jepun hari ini.

Aku mencium tangan ibu, memeluk tubuhnya sebelum mencium kedua-dua belah pipinya. Ibu tidak menangis tetapi aku lihat matanya sudah bergenang. Aku hanya senyum, menahan sebak dalam hati.

"Jaga diri baik-baik, jaga solat, jaga makan. Belajar rajin-rajin! Setiap hari kena call ibu dengan baba tau!" Ibu menepuk belakang tubuhku.

"Okay, ibu. Imaan sayang ibu tau. Ibu pun jaga diri. Erhan, kau tengokkan ibu ni!" Aku sempat berpesan kepada Erhan.

Erhan yang matanya sudah merah kalah biji saga hanya mengangguk saja. Baba ketawa kecil dengan karenah Erhan.

"Baba pun jaga diri juga, tau. Kalau baba dengan ibu nak datang, beritahu je Imaan." Aku memeluk tubuh sasa baba.

Baba mengusap kepalaku lembut. "Okay, Imaan. Baba sayang Imaan." Baba mencium dahiku membuatkan aku terus saja menitis air mata.

Laju saja aku mengelapnya sambil mencium pipi baba dengan penuh kasih sayang. Baba adalah heroku. Selamanya.

Dengan Abang Ehsan aku hanya bersalaman dengannya saja. Abang Ehsan berikan senyuman. Segaris. "Jaga diri, Man." Aku angguk kepala.

Isteri Abang Ehsan tiada di sini, dia menjaga anak mereka di rumah.

Tiba giliran Erhan, Erhan laju saja memelukku sambil menangis teresak-esak. Aku sudah ketawa sambil menepuk belakang tubuhnya berkali-kali. Reaksi Erhan ketika ini sama seperti ketika dia hendak berlepas ke London dahulu.

Bukan sedih sangat nak berpisah dengan ibu dan baba tapi dengan aku. Ah, adik manja!

"Janganlah nangis, Erhan! Buruklah adik kakak menangis. Nanti raya kakak baliklah." Aku memujuknya lembut dan Erhan pula masih lagi memeluk tubuhku erat.

Baba cuba menarik tubuhnya tetapi tetap Erhan tak mahu lepaskan aku.

"Biarlah dia kejap, bang. Sayang sangat adik dekat Kak Imaan dia. Lagipun, dia orang tak buat announcement lagi." Ibu menahan baba membuatkan aku tergelak lagi.

"Okay, Dina pun sabar ya?" Baba berkata kepada Irdina yang menunggu gilirannya untuk menghantarku pulang.

Irdina hanya ketawa sambil anggukan kepala. Dia pun sudah sedia maklum dengan rapatnya hubungan aku dengan Erhan.

Rambut lebat Erhan diusap. Bukan main budak ini teresak-esak sambil memelukku.

"Hei, dah dah. Basahlah tudung aku, adik oi." Aku cuba meregangkan pelukan dan berjaya juga akhirnya.

Aku ketawa lagi apabila melihat wajah Erhan yang sudah merah. Matanya juga sudah sembap. Aku mengelap air matanya.

"Kenapa sedih sangat ni?" Aku menyoal dengan sisa tawa.

"Nanti tak ada siapa nak layan Han." Erhan mencebik bibirnya manja.

"Eleh, mengada! Tak lama pun, Han. Nanti raya akak baliklah. Lepas tu, dalam lima bulan akak dekat Jepun kemudian terus akak balik Malaysia." Aku menepuk bahunya.

"Okay, nak salam. Akak jangan lupakan Erhan." Aku angguk sambil ketawa dan hulurkan tangan. Erhan bersalaman denganku dan mencium kedua-dua belah pipiku.

Tolonglah ibu carikan Erhan ni teman wanita! Risaulah tengok dia punya manja dengan aku.

Aku melepaskan pegangan tangan Erhan daripadaku dan bersalaman pula dengan Irdina. Kami berpelukan seketika.

"Jaga diri, Imaan. Apa pun yang jadi, kau kena kuat, kau kena hadap. Apa-apa beritahu aku, I'm only one call away." Sempat Irdina bisikkan padaku.

Aku mengangguk dengan rasa terharu. "I will."

"Bye, semua! Imaan pergi dulu." Setelah pengumuman dibuat, aku melambai kepada mereka semua yang menungguku berlepas.

"Bye, Imaan. We love you!" Kesemua mereka membalas. Air mata ditahan agar tidak jatuh.

Selesai menguruskan urusan bagasi, aku menuju masuk ke perut kapal terbang dan mencari tempat dudukku di bahagian ekonomi. Puas baba memujukku untuk menempah bahagian kelas perniagaan, puas juga aku menolak.

Jadi, aku hanya memujuk baba untuk belikan dua tiket kelas ekonomi kerana aku tidak mahu ada orang asing di sebelahku. Baba tanpa banyak soal hanya bersetuju.

Apabila sudah menjumpai tempat dudukku, aku meletakkan tote bag milikku di kerusi sebelah. Aku membeli sandwic sahaja memandangkan aku sudah bersarapan di rumah.

Setelah pramugari memberikan sedikit taklimat penerbangan, kapal terbang mula berlepas. Aku memandang ke arah luar tingkap. Semakin lama, semakin tinggi dan jauh kapal ini terbang.

Selamat tinggal, Malaysia. Until we meet again.

Mata dipejam rapat, cuba menjemput kantuk apabila keadaan di dalam kapal terbang sudah sunyi daripada hingar bingar. Masing-masing melakukan kerja sendiri. Ada yang sibuk membaca, menonton filem, menjamu makanan dan berbual perlahan dengan pasangan atau kawan mereka.

Perjalanan yang mengambil masa selama enam jam dan 20 minit itu akhirnya menemui pengakhiran. Aku dan penumpang yang lain beratur untuk melangkah keluar bagi menghirup udara Tokyo.

Aku laju saja mendapatkan bagasi milikku sebaik sahaja berpijak di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo ini. Mudah saja untuk mengecam bagasi milikku yang berwarna kelabu dan ditampal dengan stiker berwarna merah jambu.

Aku melangkah keluar dari lapangan terbang tersebut yang semakin lama semakin sesak dengan ribuan manusia. Mata mencari-cari kereta yang dipandu oleh Pak cik Musa, bapa saudaraku sebelah baba.

Apabila mata menangkap kelibat Pak Cik Musa yang sedang melambaikan tangannya, aku laju saja berlari-lari anak ke arahnya. Tangan tuanya dicapai lalu aku bersalaman dengannya.

"Assalamualaikum, pak cik sihat ke?" Aku menyoalnya ketika dia sibuk meletakkan bagasiku di dalam bonet kereta SUV miliknya.

"Waalaikumussalam, sihat aje Imaan. Alhamdulillah, semua sihat. Orang-orang dekat Malaysia sihat ke semuanya?" soal pak cik pula.

"Alhamdulilah, semua sihat juga." Aku tersengih dan masuk ke dalam perut keretanya.

"Baguslah macam tu. Kawasan rumah sewa kamu ni dekat dengan universiti kamu kan?" soal Pak cik Musa pula.

"Haah, pak cik."

"Okay, alright Imaan." Pak cik Musa anggukan kepalanya.

Aku memandang ke arah luar tingkap yang gelap. Dapatku lihat pemandangan di Tokyo yang sudah pun hampir senja. Cantik sungguh!

Di Jepun sekarang ini masih musim panas. Bulan September nanti musim luruh pula akan tiba. Tak sabarnya mahu melihat daun-daun berguguran. Selalunya hanya di drama Jepun saja.

Sejujurnya, perasaan gementar turut menemani diri. Tapi, perasaan teruja mengatasi segalanya.

Let's start a new life, Imaan!












TBC
140724

thank you for reading teman-teman!

- sunrise©Where stories live. Discover now