tigabelas

56 8 17
                                    

HUJUNG minggu sekalipun, kereta api di Stesen Kereta Api Kasuga ini tetap dibanjiri dengan penduduk, pelancong dan pelajar seperti kami berdua. Masing-masing mempunyai hala tuju sendiri.

Nampak sahaja nombor tempat duduk kami, aku dan Iman laju saja melabuhkan punggung. Mujurlah sudah ditempah awal-awal jadi tidak perlulah berebut dengan orang lain.

“Awak tak bagitahu pun awak nak suruh ayah awak pinang saya?” Aku terus menyerbu Iman dengan soalan, lantas saja buku yang dipegangnya ditutup.

Last minute baru saya terfikir benda tu. Saya nak kahwin dengan awak in a proper way. Kan ayah saya dah meminang awak, jadi awak tak perlulah pening kepala nak jelaskan dengan family awak. Betul?” soal Iman, tenang seperti biasa. Setenang lautan!

“Betul tu betullah. Peliknya, ibu dengan baba saya terus restu. Baba saya tu cerewet orangnya, bukan senang nak ambil hati dia. Awak dah cakap dengan baba saya ke?” soalku, memandang Iman yang fesyennya ringkas tetapi sangat boyfriend material.

Topi putih menutup kepala, kemeja biru langit, seluar slack berwarna khaki serta kasut bertutup berwarna hitam. Kemas!

“Hmm... Dah. Waktu ayah saya pergi rumah parents awak. Berkenalan je. Lagipun, ayah saya berkawan baik dengan pak cik awak, Tuan Musa kan? Jadi, baba awak mesti kenal juga.” Iman tersenyum nipis.

“Ya, Pakcik Musa. Oh, saya lupa! Ibu saya ada cakap yang awak anak kawan pakcik.” Aku menepuk dahi membuatkan Iman tertawa kecil.

Mungkin mereka berkenalan sebelum Pakcik Musa berhijrah ke Osaka gamaknya. Pakcik Musa mempunyai restoran di sini. Entah bagaimanalah mereka boleh berkenalan. Kebetulan sungguh! Itu yang agaknya baba tak teragak-agak untuk beri restu.

“Dah lama saya tak jumpa pakcik awak. Dia sihat ke? Ada restoran kan?” Iman menyoal ramah. Mungkin dia sudah sedikit terbuka untukku.

“Sihat alhamdulillah. Haah, masakan Melayu macam laksa, kari, bihun sup, lontong dan banyak lagilah.” Aku memberitahu dan melihat mata Iman bersinar-sinar. Rindu makanan Malaysia gamaknya.

“Oh, ya? Lamanya tak makan. Rindu pula.” Iman mengadu perlahan.

“Kejap lagi makanlah. Jangan risau, saya pandai masak tau?” Aku mengangkat kening.

“Serius? Baguslah, boleh kita memasak aje kat rumah, tak payah makan luar.” Iman beri cadangannya. Erk, kita eh?

“Betul, betul.” Aku bersetuju sajalah.

Dalam diam, masih tertanya bagaimana kami berdua boleh ke tahap sebegini. Bagaimana aku senang-senang bersetuju sedangkan langsung tidak tahu menahu adakah hubungan ini akan bertahan lama ataupun tidak? Tiada bayangan untuk masa depan kami.

Yang pasti, aku tak mahu jadi janda!

Iman Adrith ni pula, sepertinya langsung tidak kisah tentang diri sendiri, hati dan perasaannya. Atau, dia sukakan aku? Cewah, perasannya Imaan Daiyani!

“Awak tak kisah ke kahwin dengan saya? Manalah tahu saya ni kaki kikis ke jahat ke?” soalku kepada Iman yang mahu menyelak bukunya.

Sekali lagi, buku ditutup dan diletak tepi. Haha!

“Tapi, awak tak macam tu kan? I know you, Daiyani. Allah yang gerakkan hati saya untuk pinang awak jadi tiada alasan untuk saya menolak ketentuan itu. Saya tak pernah jatuh cinta dan saya akan cuba buat kali pertama.” Iman mengutarakan hujahnya.

Mati terus kataku. Jawapan Iman buatkan aku terkedu.

“Faham. Okay, tak nak tanya dah. Case closed.” Balasan aku membuatkan Iman ketawa kecil lagi.

Tak pernah jatuh cinta? Tinggi juga standard lelaki ini tapi dipandangnya pula aku? Oh, tak juga! Situasi kami mungkin mendesaknya untuk membuat keputusan sebegitu.

“Awak pula, Daiyani? Tak kisah kahwin dengan saya?” soal Iman pula. Pulang buah keras nampak.

“Kenapa? Awak nak saya tolak awak?” Sengaja aku mahu mencari gaduh, ingin menganggu ketenangan dalam hati Iman kerana aku gemuruh ni!

“Eh, tak nak. Awak tanya saya boleh, saya tanya awak tak boleh ya, Daiyani?” Iman tersengih nakal pula. Ceh, ada sisi playful juga ya?

“Gurau aje. Tak tahulah, Iman. Saya rasa awak baik, boleh dipercayai. Tak ada yang mencurigakan pun. Saya cuma nak mudahkan urusan awak aje. Betul kata awak, tak salah pun kita nak mencuba.” Ketepikan saja ego, tak kemana pun. Rasa malu? Berkilo tapi abaikan sajalah!

“Betul, Daiyani. Manalah tahu awak tu pinjam tulang rusuk kiri saya.” Iman ketawa kecil dan aku membuat muka.

Corny! Cringe tahap dewanya!

Oh my, tak sangka awak boleh keluarkan ayat tu eh?” soalanku membuatkan Iman ketawa lagi.

Tak ada jeda diantara kami, perjalanan dua jam lebih itu ditemani Iman yang mahu berbual banyak perihal mengenai aku dan dirinya.

Perjalanan kami ke Osaka akhirnya tamat, kami berdua tiba di kereta api yang paling hampir dengan rumah Pakcik Musa.

Aku melihat kelibat Amzar, sepupuku yang usianya sebaya Erhan. Lelaki itu sedang melambai ke arah kami.

“Tu sepupu saya, Amzar. Jom.” Aku menunjuk ke arah Amzar yang sedang menunggu di kereta. Iman anggukan kepala saja.

Agaknya dah penat berbual dengan aku. Biasalah, orang introvert ni tenaganya cepat habis!

“Hai, Kak Yani, Abang Iman!” Amzar menyapa dengan ceria, perwatakan dia dan Erhan lebih kurang sama. Lelaki muda ini sudah tamat belajar dan merupakan pengurus di restoran ayahnya.

Amzar mempunyai kembar seiras, Anzar yang aku kadangkala masih keliru diantara mereka berdua. Mereka berdua pula suka sangat mengusik! Dua benda aje yang dapat bezakan mereka, suara dan juga tanda lahir.

Amzar tanda lahirnya di tapak tangan manakala Anzar pula di leher.

Iman bersalaman dengan Amzar, beserta senyuman nipis seperti biasa.

“Iman Adrith. 26 tahun. Panggil Iman aje.” Iman memperkenalkan dirinya.

“Amzar Mustaqim. 22 tahun. Oh, tak boleh! Kena panggil Abang Iman sebab bakal abang sepupu ipar. Jemput masuk.” Amzar siap bukakan pintu lagi dan kami berdua masuk ke dalam perut kereta.

Iman di depan, di sebelah pemandu dan aku di belakang. Amzar ni nampak aje periang tetapi bawa kereta macam pelesit. Laju bukan main!

Tiba di rumah Pakcik Musa, aku disapa oleh Makcik Mariah yang awet muda. Sudah berusia tetapi masih cantik orangnya. Angin Jepun gamaknya!

“Lamanya tak jumpa kamu, Yani! Sihat ke?” Makcik Mariah memeluk tubuhku, mencium kedua-dua belah pipi. Aku tadahkan saja. Tangan tuanya diambil dan disalam, begitu juga Pakcik Musa.

“Oh, Kak Yani dah sampai?” Alisa, sopan memakai tudung bawal ungu bersalaman denganku. Dia memandang ke arah Iman dan membisik sesuatu di telingaku.

“Bakal suami ke, kak? Segaknya!” Alisa memuji pula.

“Haah, insya Allah hujung bulan ni,” jawabku dengan senyuman.

“Oh!”

“Jemputlah masuk, Yani, Iman. Lama pakcik tak jumpa kamu. Dulu remaja lagi, sekarang dah besar panjang dah. Ayah kamu macam mana?” Pakcik Musa menyoal dengan ramah, memegang bahu Iman.

“Ayah sihat je, alhamdulillah.” Iman menjawab juga biarpun nampak sedikit kekok.

Makan tengah hari sangatlah meriah dengan keluarga pakcik. Buat pertama kalinya, tak adalah berasa terlalu sendiri di Jepun ini. Lepaslah segala kempunan Iman kerana Makcik Mariah masakkan laksa juga. Riuh-rendah Amzar, Anzar dan Alisa bergaduh manja sesama sendiri.























TBC
220724

sabar kejapppp, nak kahwin dah. (janji!)

- sunrise©Where stories live. Discover now