SEMINGGU telah pun berlalu dengan pantas seperti angin lalu setelah kejadian aku dan Iman menangis bersama-sama di taman malam hari lahirku. Aku ketawa kecil mengingatkan Iman yang meminta maaf kerana katanya sepatutnya dia membuat aku gembira malam itu.
Halal la, hadiah Iman telah berjaya membuatkan aku tersengih seperti orang gila. Aku senyum lagi sambil menyentuh rantai di leher.
Kelmarin, Erhan telah selamat pulang ke Malaysia. Katanya, mahu datang lagi ke sini tetapi aku berkeras menghalangnya. Mengada betul budak tu, bukan lama mana pun aku di sini.
Senyuman aku mula mati apabila masih tersekat di tugasan yang sama. Mata hanya memandang kosong nombor-nombor, graf dan jadual di hadapan mata.
Tangan mula naik memicit pelipis. Serabutnya! Aku berada di meja kerja Iman, lelaki itu sibuk menyidai baju di luar rumah. Maklumlah, hujung minggu kan?
“Stres ke tu?” soal Iman berbisik di tepi telingaku. Kan dah kata, lelaki ini suka muncul seperti hantu!
Aku terkejut apabila Iman begitu dekat denganku, kalau aku alihkan wajah mahunya bibir ni melekat dekat pipi suci milik Iman.
“Lagi ditanya, Iman.” Aku julingkan mata ke atas, mahu naik juling mata ini melihat komputer riba sejak tadi lagi.
Tetapi, tak apa! Deadline lambat lagi.
“Nak release stress tak?” soal Iman, memegang kerusi yang diduduki olehku.
“Nak! Aiskrim ke?” soalku, mata ibarat ada bentuk hati apabila mendengar ajakan Iman.
“Tak.” Iman gelengkan kepalanya.
Bentuk hati pada mata tadi sudah pun patah. Bibir dicebikkan. “Habis tu?” soalku pula, tidak menyabar.
“Pergi bersiap dulu. 5 minit!” Iman melangkah keluar dari bilik begitu sahaja. Aku bingkas sahaja bangun dan menuju ke almari.
Kardigan berwarna khaki dicapai bersama seluar panjang yang lebih semenggah dibandingkan dengan seluar tidurku ini. Tudung shawl dibelit dengan gaya yang paling ringkas.
“Jom, Iman!” Lelaki itu menunggu di ruang tamu dengan beg hitam yang dibawa bersama.
“Ada apa dalam tu?” soalku ketika kami berjalan menghala ke arah taman di hadapan rumah.
Dengan Iman, kalau dia bawa lepak di bawah jambatan pun aku dah bahagia. Haha, gebang tahap dewa!
“Rahsia!” Iman tersenyum dan aku hanya menjeling ke arahnya. Ceh, itu pun nak berahsia! Lainlah kalau dibawanya mayat orang. Menyeramkan!
Kami duduk di sebuah bangku. Iman mengeluarkan sesuatu dari dalam beg yang dibawa tadi. Aku sudah pun teruja melihat kasut yang dibawanya.
Roller blade!
“Nah, pakai. Muat tak?” soal Iman sambil menghulurkan kasut tersebut kepadaku. Aku mengangguk dengan laju sambil mengangkat ibu jari. Muat!
“Good.” Iman telah pun berdiri di hadapanku, siap memakai kasut itu.
“Pandai main tak roller blade?” soal Iman sambil menghulurkan tangannya dan aku cuba menyambut.
“Pernah tapi saya tak pandai la.” Aku menjawab sambil cuba mengimbangkan diri. Berjaya!
“Tak apa, saya ajar. Jom, kita jalan dekat sana. Ramai main dekat sini. Saya pegang tangan awak, jangan risau.” Iman memegang tanganku erat.
“Okay, jangan lepas tau!”
“Iya, Daiyani.” Iman memegang kedua belah tanganku dan dia berjalan secara mengundur, memimpinku yang gayanya seperti bayi baru belajar hendak berjalan.
“Meh, saya tarik awak.” Iman tertawa ketika aku sudah mencangkung. Dia menarik tanganku dengan laju dan aku ketawa dengan gembira.
Hampir beberapa pusingan Iman menarikku, lelaki itu terduduk setelah penat menarikku. Mujurlah pandai cari kawasan di atas rumput.
Aku menghulurkan botol air kepada Iman dan Iman meneguk dengan rakus.
“Saya berat tak?” soalku kepada Iman sambil tersengih.
“Tak. Ringan macam kapas.” Iman menjawab setelah menghilangkan dahaga. Entahlah hiperbola ataupun memerli.
“Penipu!” Aku membaling rumput yang dicabut tadi kepadanya dan lelaki itu tergelak.
“Betullah, ringan aje.” Iman menjawab dengan muka serius, jawapan selamat aje tu.
Aku meneguk pula air, memandang serong kepada Iman. Percaya ajelah walaupun nampak sangat menjaga hati tu.
“Jom sambung!” Iman mengajak dengan teruja sambil menepuk tangannya, mahu menyemangati aku.
Aku terus bersimpuh di atas rumput yang bersih seperti karpet itu. Nak baring pun boleh!
“Jom, jom! Kalau tak praktis, bila nak pandai?” soal Iman pula dan aku hanya menyambut huluran tangannya.
Iman kembali menarik tanganku ke tengah-tengah taman di tepi tasik ini. Agak-agak dah penat denganku, mungkin dicampaknya aku ke dalam tasik ini gamaknya. Haha.
“Awak dah pandai balance, Daiyani. Cuba berjalan kalau saya lepas tangan awak. Kalau tak, sia-sia aje belajar imbangan duga.” Iman membuat lawak-lawak budak akaun.
Aku menjelingnya. “Tak ada kaitan la!” Aku membalas dan Iman hanya ketawa kecil sambil melepaskan tanganku.
Aku cuba berjalan beberapa langkah dan akhirnya berjaya juga. Iman menepuk tangan, menayang wajah berpuas hati sambil mengangkat ibu jari.
“Cuba jalan sampai dekat saya, Daiyani.” Iman berlari sedikit jauh dariku. Dia melambaikan tangannya.
Aku mula melangkah sedikit laju dan berada di beberapa langkah sebelum tiba ke arah Iman. “Daiyani boleh! Go, Daiyani, go!” Iman menyorak kepadaku dan aku tertawa.
Seronok punya seronok, aku gagal mengimbangkan diri dan beberapa inci sahaja lagi punggung aku bakal disapa oleh lantai taman yang sememangnya keras ini.
Namun, sebaliknya berlaku apabila Iman berjaya merangkul pinggangku, menyelamatkan aku daripada terduduk di atas lantai itu.
Mata kami berdua bertatapan selama beberapa saat sebelum Iman membantuku berdiri, tangannya yang sedikit bergetar memegang tanganku erat, tidak berani melepaskan.
“Nasib baik saya cepat, Daiyani. Mahunya terhempas buntut awak tu, ke hospital la kita.” Iman menggosok kepalaku apabila kami berdua telah duduk di bangku.
“Terima kasih, Iman. Kalau tak, kena X-ray la saya.” Aku menunjukkan kepadanya wajah kesian.
“Itulah, salah saya minta awak sampai dekat saya. Saya minta maaf, Daiyani. Mujur awak tak jatuh tadi. Kalau tak, apalah saya nak bagitau dekat ibu dengan baba.” Iman mengusap tanganku, meminta maaf.
“Ish, bukan salah awaklah. Awak dah selamatkan saya. Jangan risaulah.” Aku menangkap tangannya, mengusap lembut.
“Tunggu sini kejap eh, saya pergi beli aiskrim.” Iman sekali lagi menggosok kepalaku lembut. Aku angguk kepala dan Iman berlalu.
Cepat sahaja, Iman berlari-lari ke arahku bersama dengan dua aiskrim di tangannya. “Jangan lari, nanti jatuhlah!” Aku melarangnya tetapi tangan tetap menyambut aiskrim itu.
“Terima kasih, Iman.” Untuk hari ini, dan hari-hari seterusnya. Aku mencium tangan Iman, biasalah kita isteri mithali!
“Sama-sama, Daiyani.” Untuk selama-lamanya.
TBC
050824vote to unlock next chap ^^ thank you, sunlovers!
YOU ARE READING
- sunrise©
Romance( romantik komedi oleh haniswrite, karya ke 8 di wattpad ) Imaan Daiyani Iman Adrith Iman kuasa dua. Apa yang akan terjadi apabila dua insan asing disatukan dan hidup di bawah bumbung yang sama di bumi matahari terbit? "Daiyani, kenapa baju saya...