AWAL pagi, Iman menyiapkan sarapan. Biasanya, memang Iman yang buatkan. Aku akan masakkan tengah hari aje, itu pun dibantu (lebih kepada mengacau) oleh Iman. Sarapan hari ini seperti biasalah, roti bakar yang disapu dengan mentega.
Erhan melangkah turun dari tingkat atas, dia tidur di bilikku. Disebabkan Erhan tinggal di sini maka aku tidur di bilik Iman jawabnya. Tetapi, bak kata Iman semalam, dia mengajak aku tidur terus di biliknya sahaja.
Tak apalah, bilik Iman selesa. Ada pemanas yang pastinya!
“Selamat pagi, kakak, abang!” Erhan menyapa dengan mesra. Balasannya, aku menepuk bahunya.
“Lena tidur?” soal Iman sambil meletakkan jem pula di atas roti. Rajin betul Iman pagi ini.
“Sejuk, bang!” Erhan membalas dan aku tertawa. Eleh, ini baru musim luruh. Belum musim sejuk lagi.
“Ni akak dengan Iman nak keluar pergi kelas ni. Erhan nak keluar ke?” soalku kepada Erhan sambil menjamah roti. Iman melabuhkan punggung di sebelahku.
“Haah, Han nak jumpa kawan. Kawan Han ada seorang dekat sini.” Erhan membalas. Erhan beritahu semalam yang dia tinggal di sini seminggu.
Bukan main lama pula baba bagi budak ni cuti!
“Kawan lelaki ke perempuan?” soalku sambil tersengih, menolak bahu Iman dengan bahuku.
“Lelaki la akak ni.” Erhan menjeling manja. Aku terus mencebikkan bibir, menyampah!
“Erhan nak pergi mana? Kalau ada orang yang tiba-tiba datang nak pelawa jadi tour guide, tak payah ikut. Menipu aje tu.” Iman sempat pula memesan.
“Tulah, dah la engkau ni senang kena tipu. Percaya ajelah.” Aku mencucuk bahu Erhan, saja aje menambah api.
“Ish, mana ada!” Erhan mahu merosakkan tudungku namun aku cepat-cepat mengelak.
“Ini awak kenapa tak siap lagi?” Aku menyoal Iman yang masih berbaju t-shirt kosong dengan rambut yang masih belum tersisir rapi. Biasanya kan kami berdua ke stesen bas bersama.
“Abang tunggu kakak siapkan eh?” soal Erhan pula, cuba mengusik Iman.
“Nak siap la ni. Kejap eh? Jangan risaulah, bas tak tinggal.” Iman cepat-cepat berlalu ke biliknya dengan telinga yang sudah merah.
Erhan pula ketawa mengekek.
“Jangan nak usik laki aku la!” Aku menepuk kuat bahu Erhan, ini makan dia! Erhan sudah mengaduh.
“Akak dengan abang tak ada panggilan manja-manja ke? Akak pun panggil saya awak je ke?” Erhan mula masuk mod kepochi.
“Akak tak gatal macam kau! Alah, laki akak tak kisah pun, Han yang sibuk-sibuk.” Aku menjelingnya lagi. Sibuk aje budak ni, nanti bergosiplah tu dengan ibu.
“Mana ada Han gatal. Iya ke abang Iman tak kisah? Entah-entah dia sedih sebenarnya.” Erhan mula membuat andaiannya sendiri.
“Mana engkau tahu? Han boleh baca dia ke? Pandai aje!” Aku membalas lagi, dengan Erhan ni mana boleh kalah.
“Yalah, yalah. Tu abang dah siap dah tu.” Erhan membalas, menunjuk ke arah Iman yang sudah siap memakai kemeja kuning cair.
“Nak keluar tu elok-elok. Jangan kena tipu pula!” Aku memberi amaran kepadanya sebelum melangkah keluar bersama Iman ke stesen bas.
“Okay!”
“Tahu tak, Erhan tu sibuk-sibuk aje kita tak panggil sweet sweet macam orang lain.” Aku mula bergosip dengan Iman ketika di dalam bas.
Iman ketawa kecil. “Iya?”
“Iya! Boleh aje nak sayang sayang ke, darling darling ke tapi ada orang tu usik sikit pun dah merah muka.” Aku mengusik pula Iman di sebelahku.
Iman hanya diam dengan wajah yang sudah merah.
“Tak kenal la orang tu. Siapa?” Iman pura-pura bertanya.
“Dengan siapa lagi saya gatal nak panggil sayang kalau bukan dengan suami saya?” Aku tersengih memandang Iman sambil menolak bahunya.
Nak terjatuh Iman dibuatnya! Iman kekal mendiamkan diri sahaja dengan telinga dan leher yang ikut sama merah. Malu sangatlah tu!
Lagi nak bersayang? Pitam terus kut!
Tiba di hadapan universiti, aku bersalaman dengan Iman. Bersedia untuk berpisah hala kerana jurusan dan bidang yang jauh berbeza.
“Belajar betul-betul, sayang.” Iman sempat berbisik di tepi telingaku saat dia hendak melangkah pergi.
Nampaknya, Iman cuba memberanikan diri. Aku sudah tersengih-sengih memerhati belakang tubuh Iman yang sudah berlalu pergi.
Dalam hati, bukan main berbunga-bunga kerana dipanggil sayang oleh Iman, jejaka paling pemalu dalam abad ini!
“Imaan, asyik sengih aje daripada tadi. Risau May tengok awak!” May menegurku ketika kami sedang makan berdua di kafe.
“Mood saya okay hari ni.” Aku membalas membuatkan kening May ternaik.
“Awak hari-hari okay Imaan. Tak pernah bad mood. Maybe sebab husband awak dekat dengan awak.” May menjawab pula membuatkan aku tertawa kecil.
“Kasihan awak, May. Mesti rindu suami.” Aku membalas dan May hanya menayang riak wajah sedih.
“May, husband saya kan pemalu orangnya, macam mana nak buat dia kurang malu eh? Husband saya tu saya usik sikit aje, terus diam. Tapi hari ini, dia lain sikit.” Aku bertanya pula kepada May memandangkan dia lebih berpengalaman daripadaku.
May tertawa pula.
“Hmm, macam mana eh? Saya rasa awak kena take it slow dengan dia. Bagi dia biasa dengan kehadiran awak, pula tu kau orang tak pernah bercinta kan? Awak kena faham dia sikit sebab orang pemalu ni dia agak slow untuk terbuka dengan seseorang yang baru.” May mula memberikan hujahnya.
May ini aku kagum dengannya. Bercakap bahasa Melayu tak ada pelat pun kerana menurut ceritanya, dia bersekolah di sekolah kebangsaan jadi banyak bercampur dengan orang Melayu.
“Faham, faham. Tapi, harini dia panggil saya sayang tau.” Aku menceritakan pula dengan sedikit teruja. Dasar Imaan tak cukup ditimang disayang ke?
“Wow, ada improvement la tu!” May menepuk tangannya beberapa kali.
“May yakin Imaan dengan dia boleh bahagia. Awak kena cuba saja. Relationship awak dengan dia, boleh pergi jauh. Walau apa pun yang jadi, May harap awak boleh pertahankan rumahtangga awak ya?” May menasihati lagi sebagai senior dalam rumahtangga.
“Insya Allah, May. Semoga awak kekal bahagia juga dengan suami awak.” Aku memegang tangannya lembut.
“Hopefully, Imaan. You too.” May memberi senyuman manis kepadaku.
Ah, kalaupun ada badai yang Tuhan mahu beri rasa, aku harap aku dan Iman kekal tenang dan sehaluan.
TBC
020824hopefully 👀 . terima kasih semua!
YOU ARE READING
- sunrise©
Romance( romantik komedi oleh haniswrite, karya ke 8 di wattpad ) Imaan Daiyani Iman Adrith Iman kuasa dua. Apa yang akan terjadi apabila dua insan asing disatukan dan hidup di bawah bumbung yang sama di bumi matahari terbit? "Daiyani, kenapa baju saya...