duabelas

56 7 26
                                    

HUJUNG minggu telah pun tiba. May awal-awal lagi sudah mengajak aku untuk keliling seluruh pelusuk Tokyo tetapi terpaksa aku menolak kerana hendak ke Osaka.

Aku dan Iman berjanji untuk bertemu pada jam sepuluh pagi, sedikit awal kerana Osaka agak jauh. Memakan masa hampir enam ke lapan jam juga untuk ke sana menggunakan kereta. Tetapi, kalau naik kereta api dalam dua jam dan 30 minit saja.

Selepas menyiapkan sarapan, aku menghubungi ibu dan baba melalui Skype. Sekali sahaja, wajah ibu dan baba yang ceria memenuhi skrin.

“Assalamualaikum, ibu, baba!” Cerialah dahulu Imaan sebelum telinga perlu menadah bebelan mereka sebentar sahaja lagi.

Waalaikumussalam, Imaan. Okay ke dekat sana? Tu breakfast makan apa?” soal ibu bertalu-talu. Ibu masih memakai telekung, baru sudah duha gamaknya.

“Makan sandwic, bu. Ibu dengan baba sihat ke?” soalku sambil mengunyah roti sandwic buatan sendiri.

Sihat, macam ni la, Imaan.” Baba membalas sambil tersenyum. Rindu pula nak berbual dan bermanja dengan baba.

“Alhamdulilah. Erhan mana, ibu, baba?” soalku pula, tak nampak pula adik bujangku yang seketul itu.

Dekat atas. Entahlah sibuk buat apa. Kira duit kut, katanya nak pergi melawat kamu la dekat Jepun. Macam-macamlah, budak tu.” Ibu membalas, berseloroh membuatkan aku tertawa.

Kira duit syiling ke masih terbongkang atas katil lagi tu? Yalah, dekat sana baru jam lapan pagi. Di sini, sejam awal dari Malaysia. Erhan bukan morning person orangnya, tambah pula hujung minggu. Lagilah liat! Kalau rajin, nampaklah dia keluar berjoging atau ke gim.

“Yalah tu.” Aku membalas sambil ketawa kecil.

Study macam mana, Imaan? Okay? Boleh catch up ke? Lecturer okay?” soal baba pula yang memang mementingkan pelajaran.

Kalau nak belajar, belajar betul-betul. Tak boleh bekerja sambil belajar, baba tak izinkan kerana takut penat dan tak boleh fokus. Bercinta? Huh! Lagilah tak boleh. Aku pula memang tak berminat dalam hal-hal percintaan ini.

Tak sempat! Asyik di pejabat saja maka jaranglah aku bertemu dengan kromosom XY di luar pejabat.

“Alhamdulilah, semuanya okay. Lecturer pun baik-baik aje.” Cumanya, kadang-kadang mereka bercakap Jepun terlalu laju seperti kereta api Shinkansen.

Aku dan May hanya mampu terkebil-kebil dan meminta bantuan rakan kami yang memang orang sini.

Baguslah kalau macam tu. Belajar betul-betul.” Baba membalas, ibu pula hanya tukang angguk kepala.

“Okay, baba. Ibu, baba, Imaan sebenarnya ada benda nak cakap.” Aku menarik nafas dan memberitahu mereka.

Ibu dengan baba pun ada benda nak cakap dengan Imaan juga.” Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum mengangkat kening serentak. Alamak, sesuatu sangat!

“Okay, ibu dengan baba cakaplah dulu.” Mereka berdua nak pergi tunaikan umrah ke? Atau, nak datang sini?

Kelmarin dulu, ada keluarga datang meminang untuk Imaan.” Baba memberitahu dengan tenang.

Aku membulatkan mata. “Hah?” Tidak percaya dengan apa yang telinga ini dengar. Baba kelihatan sangat tenang, selalunya baba akan kelihatan tegas juga.

Tapi, kali ini tidak!

Ya, ada orang masuk meminang Imaan. Tak jauh pun, orang sini jugak.” Ibu pula memberitahu, ibu memang tenang aje sentiasa.

- sunrise©Where stories live. Discover now