PEJAM celik, pejam celik, akhirnya bulan yang mulia bakal meninggalkan kami. Malam ini segala doa akan dimakbulkan maka tadi sejurus solat isya', bukan main panjang doa Iman Adrith.
Syahdu juga kucupan pada dahi. Matanya tadi memandang aku dengan penuh makna. Hanya satu saja yang aku kenal, pandangan mata penuh kasih.
Ibu, baba, dan juga Erhan akhirnya tiba. Tetapi, bukan keluargaku saja yang datang, keluarga Pak cik Musa turut datang juga. Bukan main meriah jadinya! Terkejut juga aku jadinya kerana bukan selalu mereka akan beraya di sini.
Mujurlah ada homestay berdekatan jadinya keluarga pak cik tinggal di sana sahaja. Anzar, Amzar dan Alisa turut ada bersama.
Malam raya itu, penuh jugalah halaman rumah nenek dengan kereta-kereta mewah. Just name it, Audi, Tesla, Lexus, semuanya ada di sini. Sudah biasa dengan pemandangan itu, aku tak jakun sangatlah.
Ayah hanya ada tiga adik beradik sahaja. Ayah merupakan anak sulung. Adik-adik ayah semuanya perempuan. Ibu Ngah dan Mak su.
Mujurlah mereka langsung tidak memandang aku dengan pandangan pelik, hairan dan sebagainya. Masing-masing melayan aku selayaknya seperti anak saudara. Begitu juga dengan anak-anak mereka yang melayan aku seperti seorang sepupu.
Mungkin ayah sudah lama buat pengumuman dan menghantar gambar majlis akad nikah aku dan Iman tahun lalu di Jepun.
Malam itu, nampak wajah nenek begitu ceria kerana rumahnya meriah benar dengan anak, menantu, cucu serta cicit. Semuanya ada, semuanya bawakan hadiah, barangan basah, dan banyak lagilah untuk nenek.
Aku sibuk menolong Ibu Ngah dan anaknya memerap ayam. Kami sekeluarga sepakat untuk mengadakan BBQ dan membakar sate. Keluarga Iman yang lelaki, semuanya sangat membantu dan rajin. Lagi-lagi yang muda memang ringan tulang.
Sepupu Iman pula definisi tutup mata pun tak salah pilih. Semuanya elok! Tapi, tak ada seorang pun mampu menandingi kekacakan Iman. Haha! Cringe tahap dewa.
“Nah, dah siap.” Aku hulurkan bekas yang mengandungi ayam, sosej, dan udang yang selesai diperap kepada Iman.
“Terima kasih, yang.” Iman menyambut dan yang lain memandang dengan penuh teruja. Lelaki. Sepupu-sepupu Iman la.
“Sama-sama.” Aku membalas dan mahu berlalu sebelum telinga menangkap suara usikan mereka.
“Fuyo, Iman!”
“Biasa yang paling senyap memang paling awal kahwin.”
“Amboi, Iman dah bahagia!”
“Siut la Iman, senyap-senyap buat kerja!”
“Sumpah, diam kau orang semua.” Iman menyuruh mereka senyap tetapi makin galak mereka mengusik. Telinga Iman sudah merah, mujurlah malam jadi orang tak nampak!
Aku berlalu, maaf Iman saya memang tak dapat nak selamatkan!
Baru sahaja kaki melangkah, terasa kedua-dua belah tangan aku sudah ditarik. Terlalu laju dan aku ditarik masuk ke dalam sebuah bilik tetamu.
Sepupu-sepupu perempuan Iman rupanya. Tiga orang gadis memandang aku sambil tersengih-sengih. Masing-masing muda daripadaku. Tak silap, semuanya anak Mak su kerana anak Mak su semuanya perempuan manakala anak Ibu Ngah pula semuanya lelaki.
Senang!
Adelia, Adlina, dan juga Adira nama mereka, tak silaplah! Adelia yang paling sulung dan Adira yang bongsu.
“Err... Ada apa-apa ke?” Aku menyoal sambil menggigit bibir. Takutlah!
“Kita orang nak tanya boleh ke?” soal Adelia.
YOU ARE READING
- sunrise©
Romance( romantik komedi oleh haniswrite, karya ke 8 di wattpad ) Imaan Daiyani Iman Adrith Iman kuasa dua. Apa yang akan terjadi apabila dua insan asing disatukan dan hidup di bawah bumbung yang sama di bumi matahari terbit? "Daiyani, kenapa baju saya...