PERJALANAN pulang ke Malaysia mengambil masa dalam tujuh jam juga. Akhirnya, dapat juga makan nasi lemak dan teh tarik di gerai-gerai tepi jalan. Rindunya! Tapi, puasalah pula. Tak apa, tengah malam boleh melantak dengan Iman.
Mahunya Iman bagi aku ceramah kesihatan. Ambik!
Sebaik sahaja kaki memijak Tanah Melayu, aku terus saja menghirup udara sepuasnya. Sudah lama menghidu udara yang segar di Jepun, balik Malaysia ni rasanya bercampur dengan terlampau banyak asap. Haha.
Aku dan Iman berpimpin tangan setelah mengambil bagasi. Mataku sedari tadi sibuk meliar-liar mencari kelibat ibu, baba dan juga Erhan.
Iman yang hanya pernah melihat ibu dan baba di skrin komputer riba saja pastinya tidak dapat mengecam mereka berdua. Lainlah Erhan, budak tu sudah terjah rumah sewa kami!
“Iman, dia orang kat sana!” Aku menunjuk ke arah ibu, baba dan Erhan yang sedang duduk dan berbual.
“Okay, jom sayang.” Iman menarik tanganku lembut.
“Kakak!” Erhan orang pertama yang menyapaku tetapi aku meluru ke arah ibu dan memeluk wanita separuh abad itu terlebih dahulu.
Kecewa terus wajah Erhan tetapi dipujuk Iman setelah suamiku bersalaman dengan ibu dan baba.
“Sihat ke, ibu, baba?” soalku sambil memeluk tubuh baba.
“Sihat, alhamdulillah. Lagi sihat bila dapat tengok menantu ibu ni.” Ibu tersenyum lebar sambil menepuk bahu Iman.
Iman hanya tersenyum.
“Amboi, tengok menantu aje? Anak ibu ni?” soalku, tidak berpuas hati.
“Yalah, merajuk pula dia!” Ibu mencubit pipiku membuatkan aku mengaduh. Iman sibuk berbual dengan Erhan dan baba.
“Anak ayah ni, hantar seorang balik berdua. Nampak bahagia pula tu.” Baba cuba mengusikku.
Aku tersengih malu sambil memeluk lengan Iman. Tak tahulah siapa yang meminang kita hari tu?
“Kalau dah bahagia sungguh gayanya ni, bila nak bagi kami cucu kan babanya?” Ibu pura-pura menyoal baba pula.
Iman sudah merah mukanya. Aku pula cepat-cepat mengalih topik.
“Eh, kita nak sembang dekat sini aje sampai bila ya ibu, baba? Jomlah, kita balik. Kesian suami Imaan ni penat.” Aku tersengih-sengih kepada ibu dan baba sambil menarik Iman jalan keluar dari lapangan terbang ini.
Ibu dan baba hanya tergelak. Faham-faham ajelah jawapan mengelak!
Alamak, bila dah pulang ke rumahku, akan ada dua Iman la jawabnya. Nampaknya, Iman ada nama panggilan barulah. Adrith!
Selepas beberapa minit, kami tiba di rumahku yang menjadi saksi tumbuhnya seorang Imaan Daiyani.
Iman membantuku menarik bagasi. Lelaki ini memang kuat tak kalah seperti atlet angkat berat!
“Rehatlah dulu, Imaan dengan menantu ibu. Tak payah tolong apa-apa, pergi mandi dan rehat saja. Nanti turun kita buka puasa ramai-ramai.” Ibu menolakku menaiki tangga.
Aku angguk sahaja bersetuju. Padahal, langsung tidak bersetuju. Aku nak ke bazar! Lagipun, perlu tolong ibu juga kerana semestinya Abang Ehsan, isterinya akan datang bertandang dengan anak-anak mereka juga.
Ramai tu!
Aku membuka tombol pintu bilik, melihat Iman yang sedang mencari tualanya. Iman dan mandi memang tidak boleh dipisahkan, lelaki ini suka air! Walaupun sekarang ini baru jam sepuluh pagi.
Mungkin juga kerana itu Iman sentiasa nampak tenang. Bukan... macam aku. Lagipun, Jepun kan sejuk? Sini pula panasnya lain macam.
Tambah pula bulan puasa. Lagilah bahang!
“Mandi ke?” soalku, kura-kura dalam perahu betul!
“Iya. Dah lama tak balik Malaysia, makin panas pula rasa.” Iman menjawab sambil mengipas wajahnya walaupun pendingin hawa sudah terpasang.
“Eleh, acah-acah orang Jepun pula ya?” Aku tertawa dan Iman tersengih sebelum menghilang daripada pandanganku.
Aku memejamkan mata, masih mengantuk walaupun sudah tidur di dalam kapal terbang tadi. Perlahan-lahan, katilku yang begitu empuk ini membuai aku untuk terlena dengan mudah.
Bertuah!
“BABA, nak pinjam motor boleh?” soalku kepada baba yang baru sahaja pulang dari masjid. Baba berjalan kaki saja memandangkan jarak ke masjid dekat sahaja.
“Nak pergi mana, Imaan?” soal baba pula sambil tersenyum kepada Iman di sebelahku.
“Imaan ni ke Iman suami Imaan?” soalku sambil tersengih, mengusik.
“Dua-dua la!” Baba gelengkan kepala dan Iman tertawa.
“Nak pergi bazar, baba. Isteri Iman ni ha bersungguh ajak.” Iman menjawab soalan baba dan baba hanya anggukan kepala sebelum memberi izin.
“Kunci dalam kotak tu.”
“Dah ambik!” Aku tersengih sambil menunjukkan kunci di dalam tangan.
Baba malas melayan, dia masuk ke dalam rumah untuk bermain dengan cucunya di tepi kolam renang.
“Jom, Iman!”
“Pakai helmet dulu, Daiyani.” Iman gelengkan kepala dengan sikapku. Aku hanya tersenyum apabila Iman memakaikan aku helmet.
Selesai, Iman mula membawaku ke bazar Ramadan yang paling hampir dengan rumah.
“Apa kuih yang paling awak suka, Iman?” soalku, sambil menggenggam tangan ke arah mulut Iman. Gaya mic la tu!
“Murtabak. Sayang?”
“Overrated la, murtabak! Kita suka apam balik, sedapnya.” Terliur sudah aku.
“Apam balik pun overrated la, dah la ada jagung.” Iman menjeling ke arahku yang sudah mengecam makanan kesukaannya.
“Sedaplah.” Tak mahu menjerit, sini kan publik. Kang Iman tak mengaku bini pula.
“Yalah, sayang. Jom kita pergi beli apam balik dekat sana tu. Ibu dengan baba suka apa?” Iman menarik tanganku ke arah gerai yang menjual apam balik.
Aku tersengih suka. “Bang, apam balik coklat ni nak empat.” Aku membuat pilihan. Yalah, ada kanak-kanak dekat rumah. Mesti suka yang coklat ni.
“Boleh, dik.”
“Ibu suka roti john, baba suka murtabak juga. Erhan suka onde-onde.” Aku memberitahu Iman.
“See? Saya ada geng tau.”
“Yalah, yalah murtabak daging satu eh.” Aku membuat pesanan kepada Iman yang mahu ke gerai sebelah.
“Okay, yang.”
“Iman, yang ni macam sedaplah.” Aku menunjuk ke arah gerai yang menjual kunafa dan shawarma.
“Boleh habis ke, Daiyani? Cuba istighfar sambil tengok tangan tu.” Iman gelengkan kepalanya lagi.
Aku ketawa kuat.
“Okay, okay jom balik, jom. Sini, banyak betul syaitan!” Aku menarik tangan Iman dengan sisa tawa.
Tolong, semua makanan di sini terlampau menarik! Yalah, tekak pun dah tak larat menelan sushi.
“Daiyani, Daiyani.” Iman gelengkan kepalanya lagi. Makanan diletakkan di dalam raga motor dan Iman membawaku pulang.
Bahaya betul bawa bini macam aku, mahunya habis 50 ringgit!
TBC
140824thank you, sunlovers!
YOU ARE READING
- sunrise©
Romance( romantik komedi oleh haniswrite, karya ke 8 di wattpad ) Imaan Daiyani Iman Adrith Iman kuasa dua. Apa yang akan terjadi apabila dua insan asing disatukan dan hidup di bawah bumbung yang sama di bumi matahari terbit? "Daiyani, kenapa baju saya...