empattiga

48 9 0
                                    

KEESOKAN harinya, aku dan Iman menerima kunjungan daripada keluarga Pak cik Musa. Iman menyediakan air dan aku menghidangkan kepada mereka. Macam biasalah, ada paklong, maklong, dan juga Amzar. Anzar di Osaka, menemani Alisa.

"Macam mana keadaan Alisa, paklong, maklong?" soalku kepada mereka sambil melabuhkan punggung di sebelah maklong.

"Dah okay, alhamdulilah. Demam, dia ambil MC jadi berehat sekejaplah dekat rumah." Makcik memberitahu.

"Minta maaflah bagi pihak Alisa ya kamu berdua. Maaf dah susahkan kamu pula. Pakcik rasa lepas ni nak hantar dia balik Malaysia aje, tinggal dengan nenek dia dekat sana." Pakcik pula membalas.

Makcik mengangguk bersetuju.

"Tak apalah, pakcik. Kita kan satu keluarga." Iman membalas dengan tenang.

"Apa yang jadi sebenarnya, Amzar? Yang kita orang nampak Alisa tu hampir kena culik. Lepas tu, kita orang terus ke balai dan bagi kenyataan." Aku bertanya pula kepada Amzar.

"Ikutkan yang Alisa bagitahu aku, dia dengan kawan-kawan dia pergi karaoke, lelaki dengan perempuanlah sekali. Lepas tu, seorang kawan dia yang lelaki ni bagi dia minum air. Lepas aje minum tu, Alisa rasa pening sangat jadi dia pergilah tandas. Masa dekat tandas tu yang dia telefon Iman..."

"... Dalam tandas tu, Alisa pengsan. Sebelum pengsan, dia nampak lelaki masuk. Lelaki yang bagi dia minum air tu. Lelaki tu memang dah rancang gamaknya untuk apa-apakan Alisa."  Amzar bercerita pula.

Pakcik dan makcik gelengkan kepala. Yalah, anak mereka mudah percayakan orang luar. Eloklah dihantar balik aje ke Malaysia. Setahu aku, nenek belah makcik sememangnya garang seperti singa. Habislah kau, Lisa!

"Bahayanya." Aku memberi komen, tak mahu berkata lebih-lebih. Bimbang pula hati maklong dan paklong tersinggung.

"Itulah, benda nak jadi. Kalau tak ada apa-apa, kami minta diri dululah ya? Insya Allah, tak lama lagi kami semua nak pulang ke Malaysia sekejap." Pakcik meminta diri.

Aku bersalaman dengannya dan juga maklong.

"Baiklah, pakcik. Kirim salam kami dekat semua orang di Malaysia. Hati-hati." Aku sempat memesan.

"Baik, insya Allah."Pakcik membalas.

"Jaga kandungan elok-elok ya, tahniah Imaan dan Adrith."Makcik sempat berkata sambil memeluk tubuhku.

"Terima kasih, makcik." Aku membalas dengan senyuman manis.

"Sama-sama." Pipi dilagakan sebelum mereka semua melangkah keluar.

Aku dan Iman mengangkat tangan apabila kereta yang dipandu Amzar memecut laju meninggalkan perkarangan rumah.

"Sebenarnya, saya dah lama rasa yang Alisa tu ada hati dekat awak." Aku memeluk tubuh, memandang Iman yang sedang berdiri dan aku sedang duduk.

"Saya pun rasa macam tu juga, sayang. Tapi, dah dia tu sepupu awak kan? Saya in denial jugalah." Iman menbalas, duduk di sebelahku dan merenung dengan pandangan yang tunak.

"Sejak dia minta nombor telefon awak lagi tu saya dah rasa lain macam. Buat perangai waktu hari raya dengan hari kenduri kita pulak. Entahlah budak tu, muda lagi. Umur macam tu tak fikir panjang. Lepas ni, duduk dengan nenek dia habislah. Kena sekolah balik." Aku membebel panjang sambil memicit kepala.

"Tak apalah, sayang. Insya Allah, lepas ni dia takkan kacau kita dah ya? Sama-sama kita tunggu anak bubu dengan baba ni lahir nanti." Iman memujuk pula sambil mengusap kepalaku lembut.

"Aamiin, moga-moga macam tu la."

MALAM itu, Iman bacakan Surah Maryam dan Surah Luqman seperti biasa kepadaku. Macam biasa, selepas solat Isya. Selesai pembacaannya, Iman akan mengurut bahuku. Iman memang suami mithali!

"Terima kasih, Iman."

Iman senyum nipis. "Sama-sama."

"Kalau anak kita lelaki, awak nak bagi nama apa?" soalku kepada Iman sambil mengangkat kening.

"Kejap, bagi saya fikir dulu." Iman membalas sambil mengusap janggutnya yang sejemput.

"Lamanya fikir." Aku tergelak melihat Iman yang bersungguh.

"Mestilah, sayang. Kalau baby kita lelaki, kita namakan dia Umar nak? Supaya dia membesar jadi seorang yang berani, tegas dan kuat macam Saidina Umar Al-Khattab. Muhamad Umar bin Muhammad Iman Adrith." Iman menjawab pula.

Aku ketawa kecil. Nama bapaknya bukan main panjang!

"Sedap, saya suka. Bukan main panjang nama awak, nama anak pendek je." Aku membalas dan Iman turut ketawa.

"Ayah yang letak nama tu, tak tahulah. Kalau baby perempuan, sayang?" soal Iman pula.

"Kalau lelaki Umar, perempuan Umairah la. Nur Umairah binti Muhamad Iman Adrith. Bolehlah kita panggil dia Maira, si pipi merah." Aku menjawab, tak sabarnya nak sambut baby!

"Comelnya Umairah. Lembut aje namanya." Iman membalas sambil mencuit pipiku.

"Kan!"

"Tapi kan Iman..." Aku memuncungkan bibir.

"Ya, sayang. Kenapa?" soal Iman pula sambil memeluk tubuhku dari belakang.

"Kalau saya dah sarat nanti, tak fasal-fasal kena tangguh semester pula kan? Sebab tak larat nak bawa perut pula nanti." Aku bertanya kepada Iman.

"Sempat punyalah habis belajar, awak kan tinggal empat bulan aje lagi kan?" Iman menjawab pula.

"Iya tak ya juga, tak apalah. Kita tunggu aje nanti." Aku memandang Iman sambil tersengih.

"Pula? Yalah, sayang. Saya okay aje, kalau awak nak kita besarkan baby dekat Jepun sekejap pun boleh. Nanti anak kita ada dua warganegara." Iman ketawa kecil.

"Uish, okay tu memang okay tapi kos dekat sini keraslah, Iman." Aku membalas, memandang Iman sekilas.

"Saya mampu la, sayang." Kepalaku diusap lagi.

"Baiklah, kita tengok dulu macam mana ya? Kalau Allah kata A, A la jawabnya." Aku menjawab pula sambil tersenyum dan Iman mengangguk, mengiakan.
















TBC
140924

hi, sunlovers! so, nak lagi ke nak hanis tamatkan aje? 😏💪 salam 2keh terimakasih semua sunlovers! 🩷

- sunrise©Where stories live. Discover now