empatpuluh

44 11 4
                                    

"IMAN, awak okay?" soalku kepada Iman yang asyik berulang alik ke tandas bagi memuntahkan segala isi di dalam perutnya.

Iman gelengkan kepalanya. Sekarang jam empat pagi dan beberapa minit lagi akan masuk waktu Subuh. Terima kasih kepada Iman yang terjaga jadi aku turut sama terjaga awal.

Sudah seminggu berlalu sejak kami pulang ke Jepun. Tinggal beberapa minggu saja lagi untuk Iman sebelum suamiku itu menamatkan pengajiannya di sini. Aku pula tinggal beberapa bulan lagi. Ah, membayangkan pun sudah sesak dada!

"Salah makan ke?" soalku sambil menghulurkan gelas berisi air kosong kepada Iman dan lelaki itu meneguk rakus.

"Kita makan makanan yang sama je sayang, tapi awak okay je." Iman membalas sebelum meletakkan gelas di atas meja sisi katil.

"Ya tak ya juga." Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Iman sibuk meletakkan minyak angin. Makan malam tadi pun dimasak oleh aku manakala Iman menggoreng telur mata kerbau.

"Tak apalah, sayang. Kejap lagi okay la ni. Sorry sebab buat awak terjaga." Iman bersuara pula di dalam gelap itu.

"Ish, tak payah minta maaflah. Saya okay aje lagipun nak Subuh dah ni." Aku membalas pula sambil mengurut kepala Iman.

"Terima kasih, sayang."

"Sama-sama, Iman."

"Awak mengandung ya, Iman?" soalku pula sambil tergelak mengekek.

"Hui, saya mana boleh preggy! Ke awak sayang?" soal Iman pula padaku.

"Ha, tak tahu? Saya tak rasa apa-apa pun. Tapi saya mengidam nak makan dorayaki. Lepas tu, saya asyik nak kunyah-kunyah je." Aku memberitahu Iman pula.

"Tu bukan nature awak ke sayang? Awak hari-hari mengidam. Lepas tu memang mulut tu sentiasa mengunyah." Iman menarik hidungku lembut.

"Hampeh!" Aku menampar dada Iman dan lelaki itu pula ketawa mengekek. Suka benar mengenakan aku.

"Tak apa, nanti siang saya belikan awak pregnancy test kit." Iman mengusap kepalaku lembut.

"Kalau saya tak mengandung?" soalku pula dengan perlahan.

"Kalau tak, kita cubalah lagi. Usaha dan tawakal kepada Allah. Ingat sayang, ada anak ke tak ada anak ke itu semua rezeki daripada Allah. Cepat atau lambat, itu semua Allah dah tetapkan. Yang penting, kita sentiasa bersyukur kepadaNya. Boleh?" Iman menegur dengan begitu lembut.

"Okay, baik Iman. Terima kasih sebab selalu ingatkan saya." Aku tayang muka terharu walaupun Iman tak nampak.

"Always, sayang." Terasa ubun-ubunku dikucup lembut. Berbunga-bunga rasanya hati ini. Tiba-tiba, kedengaran laungan azan daripada telefon pintar Iman.

"Okay, jom jemaah." Iman mengajak sebelum menarik tanganku lembut.

"Okay, jom."

Seperti janjinya, Iman membelikan aku alat penguji kehamilan. Bukan main teruja lagi Iman mahu aku mencuba. Nampaklah aura seorang ayahnya. Selepas melakukan ujian, aku menunggu di dalam tandas dengan penuh debaran. Malu pula mahu bertentangan mata dengan Iman yang menunggu di luar.

Tak mahu Iman kecewa kerana aku dan dia sama-sama menanti malaikat kecil untuk mendiami ruang rahimku ini.

Selepas beberapa minit, aku melihat alat tersebut sambil dalam hati tak sudah melafazkan kalimat suci. Dua garis! Aku menekup mulut dengan perasaan penuh tidak sangka.

Alhamdulilah, ya Allah!

Perlahan-lahan, aku melangkah keluar dari tandas. Alat tersebut disorok di belakang tubuh, Iman pula sedang berdiri di hadapan tandas.

- sunrise©Where stories live. Discover now