SUNGGUH, masa berlalu dengan begitu pantas. Tanpa aku sedari, sudahpun memasuki bulan Ramadan yang begitu mulia dan aku nanti-nanti. Sudah seminggu rupa-rupanya dan seminggu ini jugalah waktu tidurku semakin singkat.
Huru-hara betul!
Yalah, waktu subuh sekurang-kurangnya jam empat setengah pagi jadi aku dan Iman perlu bersahur beberapa minit sebelum itu.
Awalnya, memang aku tersengguk-sengguk jugalah di dalam kelas. May pun naik hairan mulanya tetapi setelah aku jelaskan, barulah dia mengerti.
Sepanjang minggu ini juga, aku dan Iman rajin ke masjid yang berdekatan di sini dan bergaul dengan komuniti islam yang sungguhlah minoriti di sini. Alhamdulillah, di sini juga aku dapat solat tarawih berjemaah.
Kadang kalau Iman sibuk bekerja, aku dan suamiku itu akan solat tarawih berjemaah di rumah sahaja seperti beberapa hari lepas.
Iman pulang kira-kira jam enam petang, kira-kira beberapa minit lagi untuk berbuka puasa. Aku memasakkan gulai ayam dan juga sotong celup tepung sebagai menu berbuka puasa.
Aku dan Iman kini dalam posisi seperti anak murid yang ingin menimba ilmu daripada gurunya. Aku bersimpuh di hadapan Iman dan Iman bersila di hadapan aku dengan sebuah buku di tangannya.
"Hari ni saya nak kongsi suatu hadis dengan awak." Iman berkata setelah menutup bukunya.
" عَنْ أَنَسٍ قَالَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللهِ أَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ صَدَقَةُ رَمَضَانَ, رواه البيهقي"
Iman membacakan hadis tersebut dalam bahasa Arab terlebih dahulu.
"Daripada Anas RA ia berkata, bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya apakah sedekah yang paling utama? Beliau pun menjawab, 'Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan." Hadis tadi diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu pula.
Aku mengangguk faham, salah satu hadis yang sentiasa kita dengar dalam bulan yang mulia ini.
"Ada lagi, sayang." Iman bersuara pula dan aku hanya angguk sambil tersengih.
Suka melihat gaya Iman yang sangat santai berkain pelikat dengan memakai kopiah di atas kepala.
"Silakan, Iman." Aku membalas.
"Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, 'Semua amal kebaikan anak manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan hingga 700 kali ganda..."
"... Allah Azza Wa Jalla berfirman, kecuali puasa. Puasa adalah milikKu. Aku sendiri yang akan membalasnya karena ia meninggalkan syahwat dan makanan demi Aku..."
"... Orang yang berpuasa memiliki dua kebahagiaan, iaitu satu kebahagiaan saat berbuka puasa dan satu kebahagiaan lainnya saat menemui Tuhannya. Sungguh bau mulutnya lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Hadis riwayat Muslim." Iman membacakan satu lagi hadis.
"Jadi sayang, dekat sini kita dapat lihat yang rahmat Allah dengan hambaNya ni begitu luas. Begitu sayang Allah pada kita ni sampaikan besar sangat pahala kalau kita bersedekah atau buat amal kebaikan." Iman memberikan konklusinya.
"Betul tu, memang rugilah kalau kita tak buat apa-apa kebaikan. Sebabnya, ramadan yang akan datang pun belum tentu kita dapat sambut kan?" Aku membalas hujah Iman.
"Betul, pucuk pangkalnya, kita kena hargai nikmat yang Allah beri sekarang ni." Iman mengusap kepalaku lembut.
"Saya dengar daripada Nora yang masjid Hongo yang kita selalu pergi tu ada buat program. Betul ke, Iman?" soalku pada Iman yang lebih tahu.
Nora merupakan rakan baruku yang sentiasa bersama denganku di masjid. Dia berasal dari Sri Lanka dan hampir sepuluh tahun memeluk Islam. Kami pernah berbuka puasa dengannya dan suaminya bersama-sama. Suaminya pula bekerja di sini.
"Haah, kata Ustaz Taha', masjid akan buat program bagi makanan berbuka puasa untuk orang-orang Islam di sini lepas tu dia orang pun dah mula buka dana untuk sedekah Al-Quran." Iman memberitahu.
Ustaz Taha' pula merupakan rakyat Malaysia yang bekerja di kedutaan di sini. Kadang, Ustaz Taha' akan singgah juga di Hongo ini.
"Oh ya? Bolehlah kita join kan?" Aku mengajak Iman, bukan selalu dapat peluang untuk sertai aktiviti kemasyarakatan sebegini.
Di Malaysia pun, aku selalu juga mengikut ayah ke rumah orang tua-tua dan rumah anak-anak yatim serta gelandangan.
"Mestilah boleh, Daiyani."
Dan, kerana jawapan itu maka di sinilah aku dan seluruh team masjid Hongo berada. Kami sedang menuju ke masjid-masjid yang berada di kawasan kampung untuk memberikan sedekah.
Di Masjid Hongo tadi, tim kami telah pun mengedarkan makanan percuma jadi kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya.
Setelah beberapa jam berada di dalam van yang memuatkan 12 orang di dalamnya, kami tiba di kawasan perkampungan yang diberi nama Ine. Kampung Ine ini terdapat ramai nelayan kerana wujudnya tasik di sini.
Banyaknya jenis rumah di sini adalah funaya, iaitu rumah bot.
Kami melangkah keluar dari perut van sebelum dibahagikan dalam kumpulan untuk mengagihkan makanan bersama-sama.
Kumpulan lain pula ada yang sibuk membersihkan surau dan juga kawasan sekeliling. Yang lain pula sibuk menyusun Al-Quran yang diwakafkan.
Aku, Iman, Nora dan juga dua orang lelaki muslim yang aku tidak kenali, menuju ke pusat komuniti yang tidak jauh mana dari surau atau musolla.
Komuniti Islam di sini sangatlah kecil. Tidaklah ramai mana pun yang beragama Islam. Ramai diantara rakyat di sini menganut agama Shinto ataupun Kristian.
Kami tiba dan terus sahaja mengagihkan makanan. Adalah dalam beberapa di antara penduduk kampung ini yang datang. Untuk yang bukan Islam pun dibenarkan sahaja ambil, tak salah berkongsi.
Ada juga yang membuka sesi soal jawab dengan Ustaz Taha'. Mujurlah mereka bertanya kepada ustaz, kalau bertanya dekat aku? Risau aje!
Hashtag Aku Bukan Ustazah.
"Kamu berdua dari mana?" soal seorang nenek dalam bahasa Jepun yang usianya mungkin sudah menginjak 60-an.
"Dari Hongo, nenek." Iman menjawab dalam bahasa Jepun dan aku anggukan kepala.
"Oh! Kamu berdua nampak serasi sangat, dah lama ke berkahwin?" soal nenek itu pula, peramah sungguh lagi-lagi apabila Iman berbahasa Jepun.
"Arigatou, obasan. Dalam 5 bulan juga, nenek." Aku menjawab pula.
"Oh, bahasa Jepun kamu berdua sangat bagus! Kamu ke sini untuk belajar ya?" soal nenek itu lagi.
"Ya, kami belajar di Universiti of Tokyo." Iman menundukkan sedikit kepalanya apabila dipuji, aku mengikutnya.
"Bagus! Belajar rajin-rajin ya? Nenek cadangkan kamu berdua pergi ke tasik depan sana. Sangat cantik!" Nenek itu membalas lagi.
"Terima kasih, nenek," ucapku ikhlas sebelum aku dan Iman menunduk hormat kepada nenek itu.
Aku memandang Iman dan Iman memandangku. Lelaki itu mengangkat kening dan aku tersenyum sebelum kami berdua berjalan bersama-sama menuju ke tasik yang dimaksudkan oleh nenek tadi.
Curi tulang!
TBC
090824thankyou, sunlovers!
YOU ARE READING
- sunrise©
Romance( romantik komedi oleh haniswrite, karya ke 8 di wattpad ) Imaan Daiyani Iman Adrith Iman kuasa dua. Apa yang akan terjadi apabila dua insan asing disatukan dan hidup di bawah bumbung yang sama di bumi matahari terbit? "Daiyani, kenapa baju saya...