IMAN memandu sehinggalah tiba di sebuah kawasan perumahan yang privasinya sungguh terjaga. Yalah, nak masuk pun perlu tunjuk kad pengenalan kepada tukang jaga.
Rumah siapa pula kami hendak pergi ni? Kenduri ke? Janganlah si Iman nak kenakan aku pula, tak pernah tahu aku pergi kenduri tak berbaju kurung! Gaya aje macam tomboy tapi jiwa masih ayu tahu.
“Nak pergi rumah siapa ni, Iman? Kawan awak ke?” soal aku pula, mula tidak menyabar lagi-lagi apabila Iman tersenyum daripada tadi.
Takutlah pula aku! Siang-siang pun boleh kena sampuk ke?
“Sabar, sikit aje lagi kita dah nak sampai.” Iman tersengih pula.
Akhirnya, aku mendiamkan diri sahaja dan membiarkan nasyid Rindu Madinah saja yang melenyapkan suasana sepi. Beberapa minit kemudian, Iman memarkir kereta miliknya di hadapan sebuah rumah dua tingkat.
Lelaki itu siap bukakan pintu kereta lagi untukku. Mengikut langkah Iman, aku melangkah keluar dari perut kereta.
“Surprise! Ini rumah yang saya beli untuk keluarga kecil kita. Cantik tak?” Iman bertanya kepadaku sambil mengangkat keningnya.
Aku sudah ternganga luas. Cantik sangat! Halamannya luas, boleh muatkan tiga buah kereta. Desain pula memang desain rumah-rumah terkini. Moden dan juga elegan. Memang beginilah citarasa Iman Adrith sebenarnya.
“Cantik sangat, Iman! Wah, terima kasih sangat-sangat.” Aku tayang muka terharu dan terus saja memeluk tubuh Iman dengan begitu erat.
Iman ketawa kecil dan mengusap kepalaku dengan lembut. “Nanti balik Jepun, kita tinggal sini.” Iman memberitahu dan aku angguk laju sambil tangan masih memeluk tubuh Iman.
“Dah, sayang. Saya nak tunjuk dalam rumah pula, full furnished sponsored by ayah.” Iman mengajakku masuk dan aku ketawa kecil.
“Wah, jadi semua orang tahulah kecuali saya?” soalku pula, tidak percaya.
“Ya, semua orang tahu kecuali sayang. Saya saja nak bagi awak kejutan.” Iman tersenyum lagi.
“Terkejut sangat, Iman. Saya baru aje nak pelan dengan awak tapi awak lebih advance nampaknya.” Aku tersenyum sambil mencuit hidung mancung Iman.
“Mestilah, saya kan ketua keluarga.” Iman mengangkat bahunya yang lebar.
“Baiklah, suami. Jom, kita masuk. Panas.” Aku tersengih dan menarik tangan Iman. Berdrama dengan aku memang takkan pernah habis!
Eksplorasi rumah yang dibeli Iman bermula dengan ruang tamu. Dengan konsep yang elegan dan moden, Iman nampaknya memilih warna coklat muda digabungkan dengan warna putih.
Ada sofa berbentuk L, kabinet televisyen, meja kopi, dan juga televisyen di ruang tamu ini. Tak lupa, pendingin hawa semestinya!
Di ruangan dapur pula, ada kitchen island yang agak panjang, kabinet dapur berwarna coklat cerah dan juga set meja makan. Kemas sangat!
“Patutlah awak selalu hilang dengan baba. Ni rupanya kerja awak.” Aku bersuara sambil membuka peti ais. Kosong! Iyalah, belum pindah masuk lagi.
“Hehe.” Iman tersengih sahaja.
Semuanya cukup lengkap di dapur ini, siap ada oven, microwave, toaster dan banyak lagilah. Kalau ada mood nanti bolehlah bakar kek!
“Sini bilik tetamu, sayang. Sebelah tu, stor. Luas juga stor. Belakang rumah ada laman, luas jugak. Bolehlah kalau kita nak tanam cili ke kangkung ke?” Iman tersenyum lagi sambil membukakan pintu belakang.
“Saya ni tangan panas, Iman. Tak naik pokok tu kalau saya yang tanam. Awak tangan sejuk kut, awak kan tenang orangnya.” Aku tersengih, pandai-pandai aje mereka cerita si Imaan Daiyani ni!
“Iya iya je awak ni, sayang. Tak adalah, nanti kita cuba tanam sama-sama.” Iman menepuk belakang tubuhku.
“Okay!”
“Jom, tengok bilik kita pula.” ajak Iman dan aku mengikuti langkahnya menaiki tangga. Tangga ni kalau tersilap gaya, mahunya jatuh tergolek-golek!
“Ini bilik kita, sayang.” Iman membukakan pintu dengan kunci di tangannya.
Mataku terbuntang luas. Cantiknya! Katil ala-ala dalam cerita fantasi, golongan diraja England sangat! Selain itu, ada balkoni yang membolehkan aku lihat suasana di luar.
Tandas juga bukan main luas, siap ada bath tub lagi! Bolehlah aku berendam sepuasnya, hilang segala mak nenek stres!
Di dalam bilik ini juga ada sebuah rak buku sederhana kecil, semuanya buku bukan fiksyen kegemaran Iman. Tanganku tidak sengaja menolak sebuah buku dengan tajuk Muhammad SAW dan mukjizatnya menyebabkan pintu di sebalik rak buku itu seakan terbuka.
“Iman, ada bilik ke belakang rak ni? Wah, gempaknya!” soalku kepada Iman yang mendekati aku.
“Iya, sayang. Itu wardrobe kita. Iron semua dalam ni.” Iman menarikku masuk ke dalam bilik dengan cahaya yang malap itu.
“Genius la, awak ke yang desain? Macam kedai makan Jibril tu!” Aku sudah mula teruja sambil membuka almari yang sememangnya kosong.
“Iya, mestilah.” Iman tersenyum bangga.
“Jom, tengok bilik sebelah pula.” Iman mengajak aku lagi dan aku mengikut langkah kakinya yang panjang.
“Ini bilik baby kita nanti. Mainan semua kita akan simpan dalam ni.” Iman memandang wajahku dan aku tersenyum.
“Okay, boleh! Tak sabarnya!” Aku tersenyum memandang Iman.
“Insya Allah, tak lama lagi.” Iman sentiasa dengan sifat positifnya, sentiasa bersangka baik.
“Insya Allah.” Aku memeluk pinggang Iman.
“Ini pula bilik bacaan dan juga bilik kerja kita. Tapi, saya tak galakkan awak bawa balik kerja. Kalau boleh, masa di rumah tu adalah masa dengan keluarga. Sayang faham kan?” Di sini, Iman menekankan suaranya, bernada tegas.
Aku meneguk liur. “Faham. Nanti saya berangan aje dekat sini.” Aku tersengih dan Iman ketawa kecil.
“Untuk sayang, semua boleh.” Iman mengucup dahiku dan aku tersenyum suka.
“Terima kasih, Iman sebab sediakan rumah untuk kita. Saya suka dan saya hargai sangat. Saya harap keluarga kita akan dilimpahi dengan sakinah, mawaddah, dan rahmah. Amiin.” Siap tadahkan tangan lagi!
“Sama-sama, Daiyani. Jangan risau, ini kan tanggungjawab saya.” Ah, kalaulah semua lelaki seperti Iman! Pasti dunia ini akan aman damai dan sentosa.
Lawatan ke rumah baharu berakhir di situ sebelum kami sama-sama pulang kembali ke rumah ibu dan baba.
TBC
220824terima kasih, sunlovers.
YOU ARE READING
- sunrise©
Romance( romantik komedi oleh haniswrite, karya ke 8 di wattpad ) Imaan Daiyani Iman Adrith Iman kuasa dua. Apa yang akan terjadi apabila dua insan asing disatukan dan hidup di bawah bumbung yang sama di bumi matahari terbit? "Daiyani, kenapa baju saya...