LIMA bulan sudah pun berlalu, aku hidup dengan aman dan bahagia seperti biasa bersama Iman Adrith. Akhirnya, esok aku akan bergraduasi bersama-sama teman sekuliahku! Alhamdulilah, selepas dua tahun berhempas-pulas menyelesaikan segala tugasan demi segulung master. Turut berterima kasih kepada Iman yang rajin melayan celotehku.
Bimbang juga jika anak kami terkenan dengan perangaiku yang satu itu, banyak mulut!
Kandunganku sudahpun berusia mencecah tujuh bulan, menurut Iman, perutku seperti hendak meletup dah. Kurang asam punya suami! Agaknya anak kembar kut. Haha!
Ibu, ayah, Erhan, Abang Ehsan, Kak Damia dan anak-anak buahku dalam perjalanan ke sini dan hampir tiba di lapangan terbang.
Aku dan Iman dalam perjalanan ke sana juga bagi mengambil mereka. Ibu, ayah dan Erhan akan tinggal di rumah sewaku buat sementara manakala Abang Ehsan, Kak Damia dan anak-anak mereka akan tinggal di hotel yang berdekatan dengan universiti.
"Iman." Aku memanggil Iman yang sedang khusyuk memandu. Sebelah tangannya di atas tanganku, mengenggam lembut.
Iman benar-benar suami mithali. Sejak kandunganku semakin besar ini, dia selalu memastikan aku dapat tidur dengan selesa. Sebelum tidur dia pasti mengurut seluruh badanku, yalah bukan main lenguh lagi.
Tambah pula, ini anak sulung kami jadinya makin protective Iman jadinya. Sayang Iman, selama-lamanya!
"Ya, sayang?" Iman mengalihkan wajahnya memandangku sekilas.
Kadangkala, ada juga aku merungut kepada Iman yang berat badanku bertambah mendadak. Iman tetap memujuk dengan tenang, mengatakan yang itu merupakan perkasa biasa. Tambah pula ibu mengandung. Katanya dia akan tetap mencintaiku walaupun bmi aku sudah tidak lagi normal. Huaa!
Katanya lagi, selepas mengandung pasti berat badan akan berkurang seperti biasa semula. Huh, tengoklah! Harapnya aku rajin untuk bersenam selepas berpantang nanti.
"Kenapa bilik lagi satu dekat tingkat atas tu berkunci eh?" soalku, persoalan yang selalu ingin ditanya tetapi terlupa.
"Sebelah bilik lama bubu tu? Sebabnya Hamada-san tercicir kunci bilik tu. Semalam saya jumpa dia dan dia dah bagi kunci yang baru dan saya pun dah kemas bilik tu. Bolehlah Erhan tidur dalam bilik tu. Tak ada apa pun, ada katil single semata-mata aje." Iman menjawab.
"Oh, ingatkan bilik tu berhantu!" Aku membalas sambil ketawa kecil.
"Yang berhantu tu bilik lama awak, sayang." Iman membalas pula membuatkan aku terkejut.
Bulat mataku.
"Seriuslah?" soalku, tidak percaya. Patutlah terasa auranya semacam saja ketika aku tinggal di bilik itu.
Tetapi sekarang, sejak aku berkahwin dengan Iman, terasa rumah yang dahulunya suram kini semakin cerah. Tampak suasanya lebih hidup.
"Iya, waktu saya tinggal seorang dulu macam-macam bunyi dengar. Bunyi alih perabot la, guli la, tiba-tiba lampu kejap hidup kejap mati dekat tingkat atas tu. Tapi, saya dah lali dan penat sangat masa tu. Abaikan jelah dan tak ada benda ekstrim sangat yang jadi. Saya pun selalu aje azan dan mengaji dekat tingkat atas tu sebelum awak masuk. Lepas awak masuk, tak ada dengar apa-apa dah." Iman bercerita sambil ketawa kecil.
Mataku masih membulat. Fuh, nasiblah aku tak permah mendengar apa-apa bunyi yang menakutkan atau aneh. Aku menampar lengan Iman lembut.
"Kenapa awak baru beritahu saya?" Bibir dicebikkan.
Iman pun dah terbiasa dengan mood swing aku, lagi-lagi sejak mengandung. Kejap-kejap mesti emosi dan asyik saja menangis! Iman balik lambat pun menangis, Iman balik dengan tangan kosong pun terasa hati. Mujurlah Iman sangat kental orangnya.
"Dah awak tak tanyalah, sayang." Hidungku ditarik lembut olehnya. Ada betulnya juga Iman ni.
"Okay, dah sampai!" Iman membukakan tali pinggang keledar buatku sebelum mematikan enjin dan membukakan pintu pula buatku.
"Terima kasih, baba." Turun kereta pun dipimpin oleh Iman tahu?
Melangkah masuk ke dalam lapangan terbang, bukan main ramai lagi! Yalah, siapa yang tak mahu bercuti di sini? Jepun memang banyak tempat menarik. Mata ligat mencari ahli keluargaku yang sudah pun tiba di balai ketibaan.
Pusing punya pusing, (aku hanya mengikut langkah Iman) akhirnya jumpa jumpa keluargaku.
"Abang, Kak Damia." Aku bersalam dengan Abang Ehsan dan juga Kak Damia. Anak-anak mereka bersalaman denganku dan Iman.
"Erhan, ayah dengan ibu semua pergi tandas, tunggu kejap ya?" Abang Ehsan memberitahu Iman dan suamiku menganggukan kepala sebelum membuka topik lain pula.
"Dah berapa bulan, Imaan? Macam mana? Okay ke pengalaman mengandung anak pertama?" Kak Damia bertanya kepadaku dengan prihatin sambil memegang bahuku. Dia menarikku duduk di sebelahnya dengan lembut.
"Tujuh bulan, kak. Alhamdulilah, semuanya okay. Suami Imaan jaga dengan baik sangat! Alahan pun dia yang banyak kena mula-mula. Imaan mual-mual, loya-loya pun kadang-kadang aje." Aku bercerita kepada Kak Damia.
"Alhamdulilah, Allah mudahkan. Rezeki dapat suami baik macam tu. Tak lama dah tu, akak sentiasa doakan semoga Allah mudahkan urusan bersalin Imaan. Nak tanya apa-apa bolehlah tanya akak tau." Kak Damia mengusap belakang tubuhku lembut.
"Alhamdulilah, insya Allah aamin, terima kasih Kak Damia. Tulah, nanti akak bagitahu Imaan tips berpantang. Imaan pun dah beli barang-barang baby dengan Adrith. Tinggal nak beranak je ni ha!" Aku membalas sambil ketawa kecil.
Kak Damia tersenyum manis. "Boleh, boleh insya Allah. Lagipun, mesti ibu akan jaga Imaan nanti. Tak payah susah-susah dah cari tukang jaga." Kak Damia membalas pula.
Aku menganggukkan kepala. Yalah, ibu pun awal-awal lagi bercadang untuk tinggal dengannya dahulu selepas bersalin nanti selama tiga bulan. Selepas itu, barulah boleh tinggal di rumah baharu kami berdua.
Tak lama selepas itu, muncul kelibat ibu, ayah dan juga Erhan. Masing-masing mengambil giliran memelukku dengan erat. Aku pula bersalaman dengan mereka, begitu juga Iman.
"Besarnya perut kakak! Kembar ke?" soal Erhan pula.
"Eh, kalau kembar mestilah doktor dah beritahu." Aku membalas sambil mencubit pipi Erhan.
"Ya tak ya juga. Hehe!" Erhan tersengih dan memeluk bahuku, dia mengambil tugas Iman sementara Iman sibuk berbual dengan ayah ketika menuju ke kereta.
Kami mula memulakan perjalanan pulang ke rumah sewaku. Tak sabarnya nak tidur!
TBC
220924maaf koranggg huhu. disebabkan tak ada sesiapa komen nak lagi, insya Allah tinggal dua sahaja lagi bab sebelum tamat ❤️ mekasih sunlovers 🫶🏻
YOU ARE READING
- sunrise©
Romance( romantik komedi oleh haniswrite, karya ke 8 di wattpad ) Imaan Daiyani Iman Adrith Iman kuasa dua. Apa yang akan terjadi apabila dua insan asing disatukan dan hidup di bawah bumbung yang sama di bumi matahari terbit? "Daiyani, kenapa baju saya...