ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 50

1.6K 54 1
                                    

    "KAU KENAPA FAHIM? JAUH TERMENUNG"
Fahim terus memusingkan badannya ke belakang apabila kedengaran satu suara datang menyapanya

"Entahlah sejak kebelakangan ni aku rasa tak sedap hati"
Fahim menginjak ketepi sedikit untuk memberi ruang kepada sahabatnya di pangkalan iaitu Asyraaf untuk duduk disebelahnya

"Tak ada apalah kau yang terlalu penat kot sebab tu rasa tak sedap hati"
Asyraaf cuba menyedapkan hati sahabatnya sambil menepuk bahu Fahim beberapa Kali

"Jom lah tidur dah lewat malam ni"
"Kau pergi lah tidur dulu aku tak mengantuk lagi"
Tahu sangat akan sifat degil sahabatnya Asyraaf hanya mengiyakan jawapan dari Fahim sebelum dia melangkah menuju ke biliknya

Fahim hanya memandang kosong kearah bulan yang berada di langit itu
"Tunggu abang ya sayang"
Fahim mengambil telefonnya di dalam poket seluarnya lalu dia menekan nombor telefon isterinya

Tidak sampai satu minit isterinya langsung mengangkat panggilan darinya
"Assalamualaikum sayang"
"Waalaikummusalam abang"
Senyuman nipis langsung terbit dibibir Fahim apabila mendengarkan suara dari isterinya yang tercinta

"Sayang buat apa?"
"Baru nak tidur"
Fahim langsung melanjutkan perbualannya bersama isterinya sebelum dia meminta izin untuk menamatkan panggilan telefonnya kerana ingin membiarkan si isteri berehat

**

"FAHIM TAK TELEFON LIYA KE?"
Puan Sri Sofea menyoal menantunya yang sedang ralit menonton tv
"Baru semalam dia call Liya"

"Dia sihat ke?"
"Alhamdulillah sihat"
Liyanna memandang Puan Sri Sofea sambil menayangkan senyuman manis ya

"Liya ok ke? Mama tengok pucat je muka Liya"
"Ok mama. Penat sikit"
Puan Sri Sofea mengeluh lemah. Bukan apa dia risau akan menantunya kerana sehari dua ni wajah menantunya tampak pucat dan kurang berselera bila ajak makan alasannya hanya satu 'Liya dah kenyang'

"Ye ke?"
"Ye mama"
Puan Sri Sofea mengangguk sebelum meminta izin untuk ke dapur untuk menyiapkan makan malam

Liyanna memandang kelibat mak mertuanya dengan ekor matanya sebelum matanya kembali melihat kearah tv. Dia mengelus perutnya dengan lembut
"Semoga anak mama menjadi anak yang soleh nanti besar"

**

PUAN SRI SOFEA bergegas ke bilik menantunya apabila mendengar teriakan dari menantunya
"Liya!"

Dia terus membuka pintu itu matanya automatik terbuntang dengan luas apabila melihat menantunya yang rebah dilantai sambil menahan kesakitan
"M-Mama sakit"

Liyanna mengerang kesakitan apabila sakit yang mencucuk datang ke perutnya. Puan Sri Sofea terus melangkah kearah menantunya dia mengangkat kepala Liyanna lalu diletakkan diatas ribanya

"Bertahan ya Liya"
Tanpa menunggu lama telefon rumah yang berada di atas rak itu terus diambil untuk menelefon ambulans.

"Erghh. M-Mama d-darah"
Kepala Liyanna terus berpusing apabila melihat darah sememangnya dia tidak boleh melihat darah jika dia melihat darah kepalanya automatik menjadi pening

"YaAllah. Bertahan ya sayang kita tunggu Ambulans sampai"
Puan Sri Sofea menyarungkan tudung sarung di kepala menantunya bagi melindungi aurat Liyanna dia mengelap peluh yang merencik di wajah Liyanna dengan tangannya

"Bawa mengucap ya Liya"
Puan Sri Sofea mengalunkan selawat di telinga Liyanna sambil mengelap peluh di wajah Liyanna

**

"ASSALAMUALAIKUM MAMA. ADA APA CALL FAHIM?"
Fahim yang baru saja ingin merehatkan badannya terus tidak jadi dek kedengaran deringan dari telefonnya

"L-Liya nak beranak!"
Tubuh Fahim automatik menjadi tegak apabila mendengarkan jawapan dari mamanya
"F-Fahim balik sekarang"

Tanpa melengahkan masa dia meletakkan panggilan telefonnya lalu dia melangkah kearah rak yang menempatkan kunci keretanya mujurlah dia dah mandi sebelum berehat tadi

Kakinya laju melangkah kearah keretanya nombor Asyraaf didail untuk memberitahu bahawa dia perlu pulang di rumahnya
"Hello Fa-"

"Raf aku kena balik ni isteri aku nak beranak"
"Ha-"
"Aku gerak dulu nanti tolong bagitahu dekat Tuan"
Fahim menamatkan panggilan telefonnya sebelum dia memulakan pemanduannya untuk ke hospital

Asyraaf memandang sepi kearah telefon bimbitnya sebelum dia mengeluh berat
"Kot ia pun bagi lah aku ucap tahniah ke apa dulu ni tak terus letak dahlah ayat aku tak sempat habis dia dah potong"
Asyraaf membebel kepada sahabatnya seorang diri biarlah dia bukan dengar pun tapi kalau depan muka memang taklah dia nak membebel mahunya kena pukul dengan Fahim pakai besi

Manakala disepanjang perjalanan Fahim tidak berhenti berselawat untuk menenangkan jantungnya yang sedang berdegup dengan laju

"Allahumma yasir wala tu'assir'
"Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Engkau akhirkanlah dengan kebaikan"

"Tunggu abang ya sayang"
Dia menahan air matanya dari menitis kerana dia tidak ingin mengrisikokan pemanduannya.












Vote and comment❤️

Fahim:Attractive Husband [C]Where stories live. Discover now