LIYANNA termenung diatas sebuah buaian yang memang sedia ada di halaman rumah Tan Sri Syafiq. Fahim keluar pergi berjumpa dengan Haris manakala Puan Sri Sofea pula ke butik kawannya.
Tiba-tiba pandangan Liyanna menjadi gelap seraya itu merasakan satu tapak tangan yang menutup matanya.
"Siapa ni?"Liyanna meraba-raba tangan kekar yang berada di matanya dia menarik tangan itu dengan kuat
"Baa!"
Terhinjut bahu Liyanna tatkala satu sosok lelaki muncul secara mengejut di sebelahnya.Nasib tak ada jantung oii
"Abang!"
Liyanna terus memeluk sosok lelaki yang dirindui olehnya selama ini iaitu abangnya Harith Mikael"Rindunya Liya dekat abang!"
Mereka meleraikan pelukan.Harith mengelus kepala Liyanna yang tidak dilitupi oleh selendang."Abang pun rindu dekat Liya.Abang datang sini nak jumpa Fahim dia tak ada ke?"
"Oh abang Fahim keluar tadi sekejap.Abang dari mana dan macam mana boleh masuk dekat sini?"Harith melabuhkan punggung disebelah Liyanna.
"Oh patutlah Liya duduk sorang-sorang selalunya asyik berkepit je. Abang baru lepas ziarah kubur arwah Kak Laila alang-alang tu abang singgah dekat sini abang masuk tadi jumpa dengan umi dekat luar dia lah yang jemput abang masuk"
Jawab Harith namun terselit perlian kepada Liyanna.Betul lah kan kalau Fahim ada si Liyanna ni memang asyik berkepit je dengan Fahim 24 jam.
Liyanna menjeling tajam kearah abangnya.
Dia mencubit tepi pinggang abangnya.
"Aduh!"Harith menggerimis kesakitan.
Patutlah Fahim pernah cerita dekat dia yang dia selalu kena cubitan berbisa isterinya hah kan sekarang dia sendiri yang kena.Harith mengerling sekilas kearah jam tangannya yang berjenama Cartier.
"Liya. Abang dah kena balik ni sebab nanti abang kena masuk kerja pula"Liyanna mencebik sambil memandang kearah lain.Baru je nak meluangkan masa dengan abang sendiri heh!.
Terletus tawa kecil di bibir Harith apabila mendengar cebikan Liyanna.Patutlah Fahim obses sangat dengan bini dia.Dia sendiri pun obses dengan adiknya.
Eh salah!"Nanti abang free abang datang lah jumpa adik ya"
Harith memujuk Liyanna lalu menarik tubuh kecil milik Liyanna kedalam pelukannya.
"Yelah"Liyanna membalas pelukan abangnya dengan erat tiba-tiba satu suara datang menegur.
"Lebih-lebih pula kau ni Harith.Bini aku tu"Serentak Liyanna berpaling kearah suara itu siapa lagi kalau bukan Fahim. Muka tak usah dikata memang merajuk!
Dia cemburu!
Liyanna milik dia seorang je!"Elehh nak peluk adik sendiri pun salah"
Harith memerli sahabatnya. Biarlah dia nak peluk pun adik dia kot!"Dah-dah pergi balik!"
Fahim menghalau Harith dari situ
"Ye aku nak pergi lah ni. Bye Liya!""Bye abang!"
Sempat dia melambai kearah Liyanna renungan tajam dari Fahim hanya diabaikan apa ingat dia takut ke."Dah-dah lah duduk lambai tu kan karang ada yang tercabut tangan pula"
Liyanna mencebik apabila mendengar teguran dari suaminya."Abang majok dengan tite ke?"
Mata bundar Liyanna memandang tepat kearah Fahim yang sedang berdiri tidak jauh dari tempatnya."Tak. Abang nak pergi mandi sekejap"
Seraya itu Fahim memusingkan badannya untuk melangkah naik ke bilik"Abang!"
Dia memandang kearah isterinya dengan kening yang terangkat sebelah.Pebende pula budak ni nak"Bey soba bey, bey rilek bey, jange-jange wi jadi gegey"
Liyanna menyanyikan lagu yang terpaling popular didalam tiktok itu kepada Fahim.Liyanna ketawa sehingga mengeluarkan air matanya.
Terbeliak mata Fahim apabila mendengar isterinya menyanyikan lagu untuknya."Abang kena lah sabar HAHAHAH"
Fahim menyisingkan lengan baju kemejanya hingga kesiku sebelum dia menapak kearah isterinya yang sedang mengertawakannnya"Budak ni kan"
Dia mengangkat tubuh kecil isterinya persis guni beras.Tawa Liyanna terus terhenti apabila merasakan tubuhnya berada di awangan.
"Eh abang tite nak gi ane ni?""Mandi"
"Hah!. Tak nak!"
Namun Fahim hanya mengabaikan jeritan dari isterinya dia menyambung langkahnya kedalam bilik.**
"MENANTU mama ni kenapa senyap je dari tadi selalunya cakap banyak?"
Puan Sri Sofea menyoal Liyanna yang sedang menyuap nasi kedalam mulutnya.Dia nak merajuk dengan Fahim!
"Biasalah ma ada budak tu merajuk dengan Fahim"
Fahim menyakat isterinya. Dia mengerling sekilas kearah Liyanna. Peha yang dicubit oleh Liyanna digosok perlahan.Sakit weh nak jerit takut jatuh maruah
Ya. Seketul Liyanna telah memberi sepit ketam di peha Fahim tatkala Fahim menyakatnya sebentar tadi.
"Oo"
Puan Sri Sofea tersenyum sebelum memandang kearah Mak Leha mereka berdua tersenyum sesama sendiri.Mereka dah makan garam dulu takkan lah tak tahu kan hehe.
"Kamu ni suka sangat sakat Liya"
Puan Sri Sofea menggelengkan kepalanya
"Dah ada isteri sakat lah isteri takkanlah nak pergi sakat janda tepi jalan pula?"
Fahim mengerling sekilas kearah isterinya saja je nak sakat lagi hehe!"Tsk!"
Menggerimis kesakitan Fahim tatkala sepit ketam milik isterinya singgah di pinggangnya.Renungan tajam dari isterinya hanya diabaikan.Sakit weh sumpah tak tipu!
Mak Leha dan Puan Sri Sofea menggelengkan kepalanya apabila melihat karenah-karenah Fahim dan Liyanna.Tu lah siapa suruh sakat bini sangat kan dah kena!
Nak pergi sakat janda tepi jalan kononnya hello langkah mayat Nik Liyanna dulu lah!"Kamu pergi masa mana esok Fahim?"
"Petang"
Fahim menyuakan gelas yang berisi jus oren itu kebibirnya."Nantikan ma. Kalau Fahim tak ada mesti ada seorang budak tu menangis"
Terhekeh-hekeh Fahim ketawa di dalam hatinya.Senangnya dalam hati dapat menyakat isteri!
Eh macam lain je..."Liya dah kenyang. Liya naik atas dulu lah ya mama, umi"
Liyanna berjalan kearah singki lalu membasuh tangannya sebelum dia melangkah kearah tangga untuk kebiliknya.Fahim sudah cuak apabila melihat wajah dingin milik isterinya. Tak kena time lah dia nak sakat!
"Haa kan dah kena. Tulah kuat sangat sakat isteri pergi pujuk Liya tu""Manalah Fahim tahu jadi macam ni kalau Fahim tahu dia nak merajuk betul-betul baik Fahim sakat mak Leha je tadi"
Sempat lagi Fahim bergurau sebelum dia turut membersihkan tangannya di singki.Langkah besar diayunkan untuk kebiliknya.
Haihh tak pasal-pasal kena pujuk baby besar!Bila nak rasa ada baby kecil eh...
VOTE AND COMMENT
YOU ARE READING
Fahim:Attractive Husband [C]
Fiksi Umum[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐍𝐈𝐊 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀] Dia...... Tengku Mohd Fahim seorang jejaka yang memiliki rupa paras yang mampu menggoyahkan iman mana-mana perempuan yang melihatnya kena pula dengan pekerjaannya sebagai seorang airforce ...