ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 26

1.6K 61 1
                                    

"ASSALAMUALAIKUM NEK"
Liyanna bersalaman dengan Nenek Kasmah.
Hari ini dia dan Fahim bakal pulang ke rumah setelah seminggu menginap di kampung.

"Waalaikummusalam. Perlahan sikit bawa kereta tu"
Nenek Kasmah memesan kepada cucunya

"Fahim bawa perlahan je kereta nek. Yang bawa laju nya is-"
Liyanna terus menekup mulut Fahim

Dasar suami. Tak boleh nak simpan rahsia langsung!

"Dah-dah pergi balik dah lewat ni nanti sampai tengah malam pula"
"Baik nek. Nanti kitorang datang pula ye"

"Yelah"
Liyanna dan Fahim beriringan memasuki ke dalam perut kereta

**

"ABANG SAYA NAK AISKRIM TU"
Dek kerana terlampau bosan duduk di rumah Liyanna terus mengajak Fahim membeli-belah di luar

Selalunya pergi dengan Mia dan Jannah. Bila dah ada suami kita pergi lah dengan cik suami sambil-sambil kikis duit encik suami

Hehe

"Boleh sayang. Untuk isteri abang semua boleh"
Fahim mencuit hidung isterinya
"Semua boleh eh?"

"Iya sayang. Tapi jangan lah minta yang pelik-pelik pula. Buatnya sayang mintak nak beli private jet satu tak ke pening kepala abang"
Fahim menarik tangan isterinya ke kedai aiskrim yang berdekatan

"Alaa. Baru nak minta abang beli private jet satu dekat Liya hehe"
Membulat mata Fahim apabila mendengar isterinya berkata.
Liyanna langsung tergelak tatkala melihat muka terkejut si suaminya.

"Liya gurau je lah"
"Fuhh nasib gurau. Hampir tercabut jantung abang tadi"

"Sayang nak aiskrim apa?"
"Vanilla la"
Liyanna mengelip-ngelipkan mata bundarnya kepada Fahim

"Comel! Tunggu sini kejap"
Bini siapa lah yang comel ni geram nak cubit. Aik?

"NAH sayang"
Fahim menghulurkan aiskrim berperisa vanilla itu kearah isterinya

"Maseh abang. Sayang abang!!"
Liyanna menyambut huluran aiskrim vanilla itu dari suaminya

"Sayang ada nak apa-apa lagi?"
"Kejap nak fikir"
Fahim mengesat sisa aiskrim di tepi mulut isterinya menggunakan ibu jarinya
"Tak de dah!"
"Betul ni?"

"Iya encik suamiku"
Fahim hanya mengangguk sebagai jawapan lalu dia menarik tangan isterinya untuk ke tempat parking kereta.

"Cantiknya dia"
Liyanna mengerutkan keningnya tatkala mendengar Fahim yang tiba-tiba bersuara

"Hah siapa cantik?"
"Adalah sorang tu dia cantik macam bidadari"
Fahim tergelak kecil tatkala mendengar isterinya mencebik

"Puji perempuan yang dekat depan tu ke?"
"Kalau ya"
Semakin galak Fahim menyakat isterinya tatkala melihat wajah kegeraman isterinya

Lama dia tak usik bini dia Hehe..

"Eee cakap betul-betullah abang. Nak main-main pula dah!"
Menggerimis kesakitan Fahim tatkala lengannya terkena cubitan isterinya

Uishh. Dahlah kecik ada hati nak cubit orang

Fahim menggosok lengannya yang terkena cubitan bahaya isterinya berserta dengan tawa kecilnya

"Kenapa ketawa?"
"Aik ketawa pun salah"
Fahim mengambil langkah berjaga-jaga tatkala melihat si isteri mengangkat tangan untuk mencubit lengannya

Sakit uu kena cubit dengan isteri!

Kepada sesiapa yang nak kahwin diluar sana berhati-hati lah dengan isteri anda. Nampak je kecil diluar tapi ganas di dalam.

"Cepatlah cakap. Siapa yang abang puji tu?"
Liyanna menggongcang-gongcangkan lengan suaminya

"Orang yang duduk goncang lengan abang ni hah yang cantik"
Kembang kempis hidung Liyanna tatkala mendengar suaminya berkata
Liyanna terus menekup mukanya
"Ee malu lah abang!"

"Blushing ke tu?"
"Ee jangan lah abang!"
Liyanna menampar lengan suaminya apabila suaminya tidak berhenti menyakatnya

"Masyaallah Tabarakkallah. Bidadari ke siapa yang dekat depan abang ni cantik sangat"
"Eyyy abang!"
Liyanna terus menekup mulut Fahim tatkala melihat suaminya ingin menyambung menyakatnya

"Dah, kalau tak Liya cubit abang"
Fahim mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda mengalah

Kalau dia membiarkan Fahim terus menerus menyakatnya memang jadi tomato masak lah mukanya
"Ok-ok dah tak sakat"
"Dah jom balik!"

Liyanna mengatur langkah meninggalkan suaminya yang sedang tertawa melihatnya.
"Sayang tunggu abang!"



















Biashee dia tu!
Ok jangan lupa votes and comment ye
menantu2✨



Fahim:Attractive Husband [C]Where stories live. Discover now