ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 56

1.9K 56 0
                                    

LIYANNA memandang kearah Fahim yang sedang lena diulit mimpi disebelahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LIYANNA memandang kearah Fahim yang sedang lena diulit mimpi disebelahnya. Dia nak kejutkan suaminya sebab dia ada permintaan namun dia tidak sanggup pula apabila dia melihat Fahim tidur dengan Lena.

Dia melangkah turun dari katil itu untuk ke tandas. Nak tidur tapi tak terlelap disebabkan ada satu perkara yang dia ingin Fahim tunaikan.
Liyanna melangkah keluar dari tandas lalu matanya bertembung dengan mata layu Fahim yang sedang memandang kearahnya

Fahim tersedar dari lenanya apabila kedengaran bunyi air dari tandas apabila dia bangun dia melihat isterinya tiada disebelahnya
"Kenapa abang bangun?"

"Abang bunyi air tadi lepastu abang bangun tengok sayang tak ada dekat tepi"
Liyanna melangkah kearah suaminya sila dilabuhkan di hadapan Fahim

Dia mencuit-cuit lengan suaminya sambil tersengih nakal. Terangkat alis Fahim apabila melihat isterinya yang sedang mencuit-cuit lengannya dengan sengihan nakal

Adalah mak buyung ni nak minta apa-apa kalau dah landing baik dekat sebelah ni
"Sayang nak apa hmm?"
Fahim menyelit rambut isterinya yang terurai di belakang telinga. Layankan je lah mak buyung ni

"Liya rasa nak tu lah"
"Nak apa sayang?"
Fahim memandang kearah jam yang tergantung di dinding. Haraplah isteri dia tak Minta benda-benda yang pelik pukul 3 pagi Ni

"Liya rasa nak naik kapal sukhoi lah hehe"
Allah! Pukul 3 pagi mat minta nak naik kapal sukhoi mana nak cari oii

"Allahu sayang"
"Liya teringin nak naik duduk atas dia boleh lah abang, abang kan naik kapal sukhoi"
Liyanna memandang kearah suaminya dengan pandangan yang simpati

"Memanglah sayang tapi mana boleh naik sesuka hati"
Liyanna memuncungkan mulutnya sambil mencebik. Dia minta nak naik kapal sukhoi je pun itu pun susah ke nak tunaikan permintaan dia

"Kita tengok dalam YouTube je lah ye sayang"
"Taknak Liya nak naik atas dia"
Fahim memicit pelipisnya. Masa mengandungkan si kembar hari tu tak ada lah bini dia mengidam seteruk ini

"Boleh lah abang"
"Tapi sayang"
Tubir mata Liyanna sudah bergenang menandakan mutiara jernihnya akan jatuh sebentar lagi

"YaAllah sayang janganlah nangis. Ya, jom kita pergi cepat pergi pakai tudung"
Air matanya auto tidak jadi menitis apabila suaminya ingin membawa dia untuk menaiki kapal sukhoi

Huhu tak sabar!

"Thank you abang!"
Serentak itu dia mencium pipi suaminya. Liyanna melangkah turun dari katil untuk bersiap

Fahim memicit dahinya yang terasa pening. Otaknya ligat berfikir untuk membawa isterinya menaiki kapal sukhoi itu. Tak bawa kan merajuk pula sat gi mak buyung tu jadi dia layankan je lah isteri dia

**

"CEPATLAH Abang Liya tak sabar ni"
"Ya sayang sabar"
Fahim memandang sekeliling untuk memastikan tiada orang yang sedang melihatnya

Dia memimpin tangan isterinya untuk melangkah ke tempat terletaknya kapal sukhoi itu.Setelah sampai disitu Liyanna langsung berlari kearahnya

"YaAllah sayang jangan lari kalau tak abang balik"
"Sorry!"
Fahim menggelengkan kepalanya sambil tersenyum nipis melihat isterinya yang sedang ralit menilik kapal sukhoi itu

Selalunya Liyanna hanya tengok kapal sukhoi yang berada didalam tv namun sekarang ia dapat melihat di depan-depan

Baru saja Fahim ingin bersuara tiba-tiba satu suara yang meraung di tepinya
"Eh korang buat apa hah!?"

Mata Fahim lantas membulat apabila melihat pengawal yang sedang memandang kearah dia dan isterinya
"Sayang jom lari"

Fahim memimpin tangan isterinya lalu dia membuka seribu langkah untuk meninggalkan tempat itu namun dia masih berhati-hati kerana isterinya sedang mengandung

Setelah sampai di tempat parking kereta dia memperhentikan lariannya
"Ish abang ni terkejut Liya. Liya baru je nak naik"
"Maaf sayang tapi tadi ada pengawal dekat situ. Jom balik"

Mereka langsung melangkah masuk kedalam perut kereta. Fahim memulakan pemanduannya untuk pulang kerumah.
Fuhh nasib tak tertangkap!

**

"ABANG marah dekat Liya ke?"
Liyanna menyoal suaminya yang sedang tidur berbantalkan pehanya

Dia mengelus rambut suaminya
"Taklah sayang. Untuk isteri abang, abang sanggup kena gantung kerja sebulan. Setahun pun tak apa"
Liyanna tertawa kecil apabila teringat sewaktu Fahim memberitahunya bahawa Fahim kena gantung kerja selama sebulan kerana Mejar Saiful mengetahui mereka berdua menceroboh masuk didalam pangkalan

Fahim juga turut tertawa kecil
"Firas dan Faris mana?"
"Ada dekat atas duduk main"
Fahim mengangguk kepalanya sebagai jawapan

Tangannya bergerak mengelus perut isterinya yang sudah terbentuk
"Abang harap kali ni girl"
"Liya pun sebab nanti abang-abang dia mesti jaga dia macam abang jaga Liya"

Fahim memandang kearah isterinya yang sedang tersenyum kearahnya
"Sayang nak tahu tak when god wanted to explain what beauty meant, he created you"
Fahim mengambil tangan isterinya lalu dia melabuhkan satu ciuman di kekura isterinya .
Liyanna tersenyum apabila mendengar suaminya berkata

He's Attractive!















Ok sikit je lagi
Votes and comments🦋
Love you all's

Fahim:Attractive Husband [C]Where stories live. Discover now