ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 32

1.3K 61 1
                                    

"SAYANG SEJUK KE?"
Kini mereka sudah berada di dalam perut kapal terbang untuk pergi ke Paris. Yang paling teruja sekali memang si isteri lah tapi bila dah masuk dalam perut kapal terbang memang sejuk lerr

Liyanna mengangguk kecil sambil menggosok lengannya yang terasa sejuk
"Come here"

Fahim menarik badan isterinya didalam dakapannya
"Ok dah?"
"Better"

"Tidur lah lambat lagi kita nak sampai ni. Kalau sayang rasa mual ke pening ke cakap dekat abang terus ok"
"Ok abang"
Fahim juga membawa minyak cap kapak di dalam poketnya. Sememangnya isterinya ni selalu mual atau pening bila berjalan jauh jadi lebih baik dia bawa terus untuk persediaan awal

Liyanna hanya lena dibuai mimpi sebelum lenanya diganggu tatkala tekaknya terasa mual.
Fahim yang tidak tidur itu terus melihat kearah isterinya yang sedang menggosok-gosok leher.

"Sayang mual ke?"
Fahim melihat isterinya mengangguk kecil lantas dia mengambil minyak cap kapak lalu dia mencalitkan sedikit di tepi kepala dan bawah hidung isterinya

"Nak muntah tak?"
Liyanna hanya menggelengkan kepalanya sebelum dia terlelap.
Fahim hanya tersenyum nipis lalu dia juga turut terlelap sambil mendakap tubuh isterinya

Liyanna tersedar dek kedengaran suara suaminya yang mengejutkannya dari tidur.
"Sayang bangun kita dah sampai ni"

Liyanna menggosok-gosok matanya lalu dia membuka matanya dia tersenyum apabila pandangannya dihiasi dengan wajah kacak milik suaminya.
"Dah sampai ke?"

Fahim mengangguk sebagai jawapan alahai bangun tidur pun comel isteri dia ni.
Liyanna menggeliat sebelum dia bangun dari tempat duduknya

Fahim memimpin tangan isterinya takut hilang pula budak kecik ni. Isteri dia ni bukan boleh bawa main nampak tempat yang menarik je terus pergi tinggalkan suami seorang diri

Mereka menaiki teksi untuk menuju ke sebuah hotel. Setelah mereka sampai di hotel itu Liyanna terus merebahkan badannya di atas katil.

Fuhh letih!

"Isteri abang ni penat sangat ke?"
"Hmm"
Tidak sampai seminit Fahim mendengar dengkuran halus dari isterinya. Hari ini mereka hanya berehat di hotel esok-esok je lah mereka berjalan dia sendiri pun penat sebab lama duduk atas kapal terbang

Fahim membersihkan badannya sebelum dia turut merebahkan badannya di atas katil dia ingin mengejutkan isterinya dari tidur namun tak sampai hati lah pula bila tengok si isteri nyenyak tidur

Dia menarik kepala isterinya dengan perlahan untuk diletakkan diatas lengannya.
Kedengaran rengekan kecil dari isterinya lalu Fahim menepuk-nepuk belakang isterinya dengan perlahan

**

MALAM BERGANTI SIANG Fahim mengikuti isterinya untuk berjalan-jalan.Sekarang mereka berdua sedang bersarapan di sebuah restoran.
"Abang tahu tak dah lama Liya teringin nak datang Paris ni"

Fahim tersenyum melihat wajah ceria milik isterinya. Dia sanggup buat apa pun untuk membahagiakan isterinya

And yes he was obsess with his own wife!

"Thank you tau abang sebab dapat tunaikan permintaan Liya"
"Sama-sama kasih sayang. Lepasni sayang cakap je nak pergi mana insyaallah abang akan tunaikan"

"Eh tak payah lah dapat datang dekat sini pun Liya dah bersyukur"
Fahim melihat wajah isterinya yang ceria. Sungguh dia bahagia dengan kehidupannya yang sekarang dia berharap bahawa kebahagiaannya ini akan berkekalan sampai akhir nyawanya.

"Abang lepas ni kita pergi shopping dulu ye"
Liyanna dan shoppingnya takkan pernah berpisah dulu dia suka mengata dekat si Mia tu and sekarang dia sendiri pun dah ketagih dengan shopping

"Sure my wife"
Fahim menggelengkan kepalanya.Mereka hanya bercuti disini selama seminggu

Liyanna merasakan kepalanya berdenyut-denyut lalu dia meminta izin dari Fahim untuk pergi ke tandas.
"Abang Liya nak pergi tandas kejap boleh?"

"Boleh sayang.Hati-hati"
Liyanna tersenyum nipis lalu dia mengatur langkah ke tandas.

Apabila dia melangkah masuk di dalam tandas dia melihat dirinya di pantulan cermin.
Tiba-tiba ada darah yang mengalir di hidungnya lantas dia menarik sehelai tisu yang tersedia disitu untuk mengelap darah yang mengalir keluar.

Dia sendiri pun sedih akan dirinya apabila dia mengetahui dirinya menghidap penyakit barah otak tahap 2.

Namun dia tidak memberitahu Fahim bahawa dia menghidap penyakit barah otak kerana dia tidak sanggup melihat Fahim bersedih.

Dia sendiri pun baru tahu bahawa dia menghidap penyakit barah otak pada minggu lepas apabila dia berasa pening dan mual dia membuat keputusan untuk pergi ke hospital selepas habis kelas tanpa pengetahuan Fahim mahupun Mia dan Jannah.

Dia sendiri buntu untuk memberitahu suaminya jadi dia membuat keputusan untuk merahsiakan perkara ini sehinggalah ajal menjemputnya.

Liyanna mengelap sisa air mata yang mengalir di tepi pipinya.Lalu dia melangkah keluar dari tandas itu dia tersenyum nipis apabila melihat suaminya yang sedang ralit membelek-belek telefon.

Alangkah bahagianya jika dia dapat hidup dengan Fahim selama-lamanya namun dia tahu itu hanyalah mampu menjadi mimpinya.
Tanpa sedar air matanya menitis setitis di pipinya.
















HEHE
DO VOTES AND COMMENT✨
SAYA TAK TAHU!

Fahim:Attractive Husband [C]Where stories live. Discover now