• Bab 3 •

39 16 0
                                    


Suasana ruang makan itu sunyi walaupun ada beberapa orang ahli keluarga Alriec yang sedang bersarapan di situ. Rumah agam yang besar dan mewah ini mampu menempatkan 5 buah keluarga kecil. Hanya bunyi sudu dan garfu sahaja berdenting apabila berlaga dengan pinggan kaca.

Semua pembantu rumah yang bekerja di bahagian dapur turut mendiamkan diri sambil menundukkan kepala mereka. Flora yang duduk bertentangan dengan ayahnya memandang ke arah sarapan paginya tanpa mempunyai niat untuk menjamunya. Dia perlu keluar ke suatu tempat untuk menguruskan sesuatu. Perlahan-lahan jus oren miliknya diteguk sehingga habis.

"Ada apa-apa perancangan ke hari ini, Flora?" tanya Fernandez.

"Ya." Singkat sahaja balasannya. Itu sahaja cukup memadai daripada dia membisu dan membiarkan pergerakan kepalanya sahaja yang menjawab pertanyaan ayahnya. Dia bangkit dari duduknya dan beredar ke luar dari rumah agam itu. Flora memilih untuk membawa Bugatti hari ini. Dia memboloskan diri ke dalam keretanya dan menghantar mesej kepada seseorang.

'Where?' - Flora.

'Ryn Collection.' - unknown.

Telefon pintar disimpan sebelum memulakan perjalanan ke lokasi yang dimaklumkan. Sepanjang pemanduannya, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Tiga buah kereta Honda hitam sedang cuba menghimpitnya. Flora menekan pedal untuk melajukan kelajuan keretanya. Banyak kenderaan yang menekan hon disebabkan oleh pemanduannya yang laju dan menyelit di antara kenderaan lain.

Bom! Bunyi letupan sebuah kenderaan dapat dia dengari. Salah satu kereta Honda tadi menghentam pembatas jalan dan meletup di situ. Dia hanya menghiraukan sahaja kejadian itu dan memandu ke destinasi yang perlu dituju.


***

"Sayang!" Gaun perkahwinan yang dipakainya ditunjukkan kepada jejaka yang sedang duduk di sofa dan menelah majalah yang ada di atas meja. Jejaka itu mendongak dan terpegun melihat kecantikan bakal isterinya memakai gaun putih yang cukup cantik di matanya.

"Gorgeous." katanya sambil mendekati wanita tersebut. Para pekerja yang membantu wanita itu memakai gaun tadi mula beredar apabila diarahkan oleh jejaka tersebut.

"I wish that we can get married right now, cutie." Tangan kanannya memegang dagu wanita itu untuk mendongak dan bertentang mata dengannya. Masing-masing berbalas renungan yang sarat dengan pelbagai perasaan, terutamanya kasih sayang yang cukup mendalam. Mereka berada dalam keadaan sebegitu sehingga kehadiran seseorang menyentakkan renungan mereka.

"Did I bother you guys?" tegur Flora. Amanda dan Shawn menoleh ke arahnya. Shawn berdehem seketika dan meminta Amanda untuk menunjukkan pakaian tersebut kepada bakal ibu mertuanya yang sedang berada di kawasan gaun perkahwinan yang lain. Flora duduk di sofa dan meletakkan beg tangannya ke atas meja.

"Kau nak minum?" tanya Shawn.

"Speak." Dia hanya ingin mengetahui alasan sepupunya meminta untuk bertemu empat mata dengannya. No time should be waste.

"Sebenarnya, aku nak minta tolong kau untuk pastikan majlis perkahwinan aku berjalan dengan lancar. Amanda.... dia dari keluarga Nique." Kedua belah tangannya dikatupkan seperti memohon permintaannya dikabulkan.

Flora yang mendiamkan diri membuatkan dirinya semakin resah. Nique? Oh! Keluarga yang menjadi pesaing utama mereka dalam pelbagai bidang termasuklah perniagaan dan perkapalan.

Flora memikirkan sesuatu. Bagaimana kalau keluarga Nique menghantar Amanda hanya untuk menjadi pengintip mereka? Tetapi gadis itu kelihatan tidak bersalah. Itu tidak bermaksud juga dia seorang yang dungu.

Siapa tahu kalau ada udang disebalik batu?

"Tolonglah aku! Aku takut kalau ada apa-apa terjadi pada Amanda. She is my another half. Kau pun tahu keluarga kita macam mana." Flora memdiamkan diri. Perkahwinan sepupunya ini adalah atas dasar aturan keluarganya untuk membina 'hubungan yang baik' dengan keluarga Nique.

"I never thought that because of her, you rather do anything for her. May I know the main reason?" tanya Flora. Dia perlu tahu sebab yang kukuh untuk memberi perlindungan kepada Amanda.

"Aku cintakan dia." Mendengar balasan daripada Shawn membuatkan dia tertawa. Cinta? Jadi itu alasannya jejaka tersebut hampir bergaduh besar dengan bapanya sendiri?

"Love? Does it even exist?" kata Flora dengan nada sinis. Shawn tersenyum nipis mendengar Kata-kata Flora itu. Dia tidak tersinggung mahupun marah dengan kata-kata sinis Flora. Baginya, itu tidak pelik langsung bagi mereka yang lahir di dunia yang dia hidup sekarang ini.

Mereka hanya diajar untuk hidup dalam keadaan survival. Hanya yang kuat sahaja akan bertahan hidup. Perasaan kasih sayang atau cinta tidak pernah diajar kepada mereka. Tetapi, kebarangkalian untuk jatuh cinta itu tidak mustahil.

"Kau akan tahu rasanya nanti bila kau dah jumpa orang yang kau cintakan sangat. Seseorang yang buatkan kau bahagia dengan dirinya setiap masa." Kata-kata Shawn itu pula yang mematikan pandangan sinis Flora. Dia tidak berkata apa-apa. Dia hanya bangun dan meninggalkan butik tersebut.

Saat Flora ingin membuka pintu butik itu dia dikejutkan dengan kehadiran seekor kucing yang berada di hadapan pintu masuk. Nampak gayanya kucing itu sedang tidur. Nasib baik dia perasan, kalau tidak pasti secara tidak sengaja dia akan memijak kucing tersebut. Flora mengalihkan kucing itu ke tepi dan mendekati keretanya untuk beredar.

Tanpa dia sedar, sejurus sahaja dia keluar ada orang lain yang masuk ke butik itu melepasinya saat dia mengalihkan kucing tadi. Tingkahnya di kerling sedikit oleh orang tersebut sebelum dia masuk ke dalam butik Ryn Collection untuk bertemu dengan rakannya.

HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]Where stories live. Discover now