• Bab 19 •

23 7 0
                                    


Angin pantai yang lembut menampar perlahan wajahnya. Flora merasakan ketenangan seketika di situ. Hampir 2 bulan sudah dia duduk bersama Hafta dan kali ini jejaka itu dengan beraninya membawanya keluar. Tempat yang dia berada kini adalah sebuah pulau peribadi milik jejaka itu. Flora tahu dia sentiasa diperhatikan oleh anak buah Hafta supaya tidak melarikan diri. Nampak gayanya, jejaka itu mula sibuk dengan urusan perniagaannya.

Namun, itulah berita baik buat dirinya. Dia tidak perlu berkepit dengan jejaka itu 24 jam. Kalau tidak, rimas dibuatnya. Dia perlu merancang strategi untuk bebas dari cengkaman Hafta. But she need to tame that demon first, otherwise she may not get escape.

Berpura-pura jatuh cinta semula dengan Hafta? Ya. Itu rancangannya. Semakin dia berpura-pura tunduk, semakin banyak kebebasan yang diberikan oleh Hafta. Luka pada badannya sudah sembuh sepenuhnya. Flora mengambil ranting kayu yang berdekatan dan melukis sesuatu di atas pasir. Ralit dia melukis hingga tidak sedar kehadiran Hafta yang merenungnya dari belakang. Dia menyuruh orang suruhannya untuk beredar, memberi privasi kepadanya.

"What are you doing?" Terhenti tangannya daripada bergerak. Baru hendak memusingkan badan, tiba-tiba sahaja dia terasa di awangan. Tangan dipautkan pada leher Hafta supaya tidak jatuh. Hafta yang sedang mendukung Flora, merenung ke wajah gadis itu. Dia melihat hasil yang dilukis Flora di atas pasir.

"Bunga api?"

"Hmm." Itu sahajalah jawapan yang diberikan. Hafta mulai menelefon seseorang namun dihalang oleh Flora.

"Nak tengok bunga api, tapi bukan dekat sini." Macam tahu-tahu sahaja jejaka itu ingin meminta orang suruhannya membeli bunga api untuk Flora. Dia menyimpan semula telefonnya ke dalam poket dan mendukung Flora sehingga ke kolam renang. Gadis itu diletakkan di tepi kolam sebelum baju yang ada ditubuhnya dibuka. Flora hanya memandang sahaja badan tegap Hafta di hadapannya. Pemandangan biasa baginya.

Bush! Terpercik air kolam itu pada Flora. Hafta berenang di dalam kolam sambil memikirkan permintaan Flora tadi. Itu pertama kali Flora meminta sesuatu daripadanya. Patut ke dia tunaikan? Flora yang dapat membaca riak wajah Hafta mendekatinya perlahan-lahan. Langkah demi langkah diatur dalam kolam supaya tidak tergelincir. Namun, tiba-tiba dia merasakan kakinya ditarik seseorang.

"Apa kau cuba buat ni?" bisik Hafta di cuping telinganya. Jejaka itu perasan akan kehadiran Flora tadi, jadi dia terus sahaja mengambil tindakan untuk mendekatkan dirinya dengan Flora. Gadis itu menahan tubuhnya daripada terus mendekat. Pinggang Flora dirangkul dan diusap perlahan.

"Kenapa? Tak boleh ke?" Jari Flora yang bermain di rambutnya membuatkan dia tidak tenang. Dia tahu Hafta mulai tidak senang duduk. Badannya dirapatkan lagi dengan jejaka itu. Kepala disengetkan dengan sengaja sambil tersenyum.

"Nak tengok bunga api dekat Aezland.... Boleh, kan?"

"Damn it!" Dan pemenangnya, Flora.



***



Flora bersiul-siul ketika berjalan menyelusuri kawasan penuh dengan kedai. Tangannya digenggam oleh Hafta dengan. Jejaka itu mengeluh. Macam manalah dia boleh dengar cakap Flora untuk pergi Aezland?

"Tengok tu!" Teruja gadis itu menunjukkan sebuah kedai yang menjual pelbagai hiasan yang berunsurkan senjata. Dia ingin ke sana namun dicegah oleh Hafta.

"No!" Wajah cemberut ditunjukkan. Tanpa Hafta sedari, sebenarnya Flora menghantar isyarat kepada seseorang yang berada di kedai teh berhampiran. Signal berbentuk kod '2-4-5' diberikan kepada Angel yang berada di sana.

Alasan dirinya memilih untuk pergi ke Aezland adalah kerana itu merupakan tempat asal Angel sebelum direkrut ke dalam Alriec. Tiada sesiapa pun yang tahu-menahu tentang hal tersebut. Hanya dia sahaja yang tahu kerana dialah yang menolong gadis itu suatu ketika dahulu sebelum menjadi seorang assassin.

Angel yang memahami kod itu segera bergerak untuk menghantar maklumat. Flora segera menarik perhatian Hafta untuk pergi ke kedai cenderahati. Diseret jejaka itu ke sana sini untuk melihat jalan yang boleh digunakan untuk meloloskan diri.

Mereka berdua berjalan sehingga matahari terbenam. Hafta membawa gadis itu ke jambatan kayu yang menjadi tarikan utama Aezland disebabkan ramai orang dapat melihat pemandangan matahari terbenam dengan jelas. Dia memegang bahu Flora sambil menatap ke arah matahari yang semakin tenggelam.

"I love you so much until my last breath..."

HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]Where stories live. Discover now