• Bab 35 •

14 5 0
                                    


"Jadi, apa plan kau sekarang?" Radha menoleh ke arah seorang wanita yang bersandar pada dinding ruang tamu. Elisa Diandra. Satu-satunya kawan yang dia berjaya sembunyikan daripada pengetahuan keluarga Alriec. Mereka bertemu ketika melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. Sekarang, Elisa merupakan seorang atlet peluncur ais yang cukup terkenal.

"Tak pasti lagi El. Mungkin hanya duduk dekat sini diam-diam selamanya?" Elisa menghampiri Radha. Dia tahu di hadapannya ini bukan lagi Flora Hazine yang dia kenal. Kawan baiknya berubah. Daripada seorang yang licik dan berbahaya menjadi seorang yang pasif. Hanya menerima segalanya dengan redha dan pasrah.

"Kau tak boleh macam ni, Ra. Apa kata aku bawa kau pergi ke sebuah kafe? Nanti kau kerjalah dekat sana. Macam mana?"

"Boleh ke? Takut pemilik kafe tu tak terima orang buta macam aku ni. "

"Mesti terima punya. Nanti aku uruskan, jangan risau." Radha menghembuskan nafas lega. Nampaknya dia akan ada kerja untuk menanggung hidupnya di Sweden. Elisa mengambil tempat di hadapan Radha. Dia hendak bertanyakan sesuatu perkara namun dia risau jika soalannya menyinggung perasaan Radha.

"Ra, aku nak tanya sesuatu. Tapi sebelum tu aku minta maaf dulu kalau soalan aku ni buat kau tak selesa."

"Tanyalah." Mesti ada perkara penting yang ingin ditanyakan oleh Elisa.

"Apa alasan sebenar kau putus dengan Rienz? Aku yakin bukan sebab cip bodoh tu korang putus, mesti sesuatu yang aku tak beritahu aku dahulu kan?" Radha terdiam. Dia menenangkan dirinya sebelum akhirnya dia memilih untuk memberikan jawapan.

"Kau ingat tak, bayi yang aku serahkan 8 tahun yang lepas?" Elisa mengerutkan dahi dan mengangguk kepalanya. Bayi lelaki yang Radha pernah suruh dia bawa pergi ke suatu tempat yang tidak dapat dijejaki Alriec. Ketika itu, dia menyedari sesuatu. Radha menganggukkan kepala seperti membenarkan apa yang difikirkan Elisa.

"Bayi yang tak berdosa tu anak aku. Aku kena lindungi kandungan aku masa tu. Jadi, aku pilih untuk ikut arahan datuk aku. Semuanya dah dirancang daripada awal. Hanya sebab aku nak larikan diri untuk selamatkan anak aku." Penyesalan yang cukup dalam membuatkannya kadang-kadang ingin bunuh diri untuk menghilangkan rasa bersalah yang menggebu di dada.

"Tapi kalau kau beritahu Hafta masa tu, aku tak rasa dia akan bunuh anak korang. Mungkin dia boleh lindungi kau?"

"Tak boleh El. Datuk aku tahu tentang Hafta dan kalau dia tahu tentang kandungan aku, dia akan bunuh Hafta. Jadi, aku buat Hafta marah dengan aku sebab curi cip milik Cruz walaupun bukan aku yang buat. Aku sangka dia akan bencikan aku lepas bertahun-tahun ni tapi rupanya....tak langsung. Bodohnya aku sebab cuba untuk bencikan seseorang yang sentiasa cintakan aku." Radha mengingati peristiwa di mana dia melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah kawasan terpencil dengan bantuan seorang bidan. Sakit yang ditanggungnya ketika itu sangat perit.

Elisa mendiamkan diri. Dia tidak tahu hendak memberikan respon terhadap kebenaran yang baru dia ketahui. Kedua mereka tidak pernah membenci, cuma keadaan yang memaksa mereka jadi begini.

"Kau tak nak jumpa anak kau? Dia dah besar sekarang." Radha menatap Elisa dengan penuh tanda tanya. Bahkan nama anak lelakinya juga dia tidak tahu.

"Apa nama dia?"

.
***


"Hah!" Dia terjaga dari lenanya. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Dia segera mengambil wuduk dan menunaikan solat tahajjud. Dia berteleku di atas sejadah seketika sebelum menadah tangan untuk berdoa. Selesai sahaja menunaikan solat, dia kembali merebahkan diri ke atas katil. Muhammad Firdaus. Nama baru yang dipakainya sekarang.

Pintu biliknya dibuka oleh seseorang. Daniel melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Firdaus bangun dari perbaringannya dan bersila. Daniel mengambil tempat di kerusi kayu sambil memandang Firdaus dengan tersenyum.

"Senyum-senyum ni kenapa? Ada berita apa-apa ke?" tanya Firadaus. Pelik pula dia melihat tingkah laku Daniel sekarang. Sudahlah baru pukul 3.30 pagi.

"Sebenarnya, aku ada minta umi aku untuk melamar seseorang. Alhamdulillah, lamaran aku diterima." Firdaus membulatkan matanya. Wah, ini betul-betul berita gembira! Sampaikan dia juga ikut tersenyum.

"Seriuslah? Tahniah, dah nak jadi suami orang!" Daniel ketawa perlahan mendengar kata-kata Firdaus.

"Aku nak kau jadi pengapit aku. Nanti teman aku balik kampung."

"Bila majlis nikah kau?" tanya Firdaus.

"Minggu depan."

"Dekat?"

"Wadiyah Qaisara." Firdaus mengangguk kepalanya. Wadiyah Qaisara? Macam menarik sahaja tempat itu. Setahunya, Daniel mempunyai seorang ibu angkat yang bernama Umi Harsya. Mungkin ibu angkatnya yang menguruskan majlis nikah Daniel di sana nanti. Pasti bakal anak-anak Daniel semua comel-comel nanti. Anak?

Mindanya memikirkan tentang mimpi yang selalu dia dapat kebelakangan ini. Seorang kanak-kanak lelaki yang bermain di sekitarnya. Apabila dia ingin melihat wajah kanak-kanak tersebut, pasti dia akan tersedar. Entah kenapa dia merasakan mimpi tersebut mempunyai makna tersirat namun dia tidak tahu. Daniel memandang wajah Firdaus yang sedang larut dalam dunia sendiri.

"Oi, kau kenapa? Fikir pasal mimpi yang kau pernah beritahu tu ke?" tanya Daniel. Firdaus mengangguk kepalanya sambil mengeluh.  Daniel mendiamkan diri dan memikirkan sesuatu.

"Sebelum tu, aku nak tanya. Maaflah kalau pertanyaan aku ni salah. Kau pernah tidur dengan mana-mana perempuan? Maksud aku sebelum kau masuk Islam. Masa kau masih lagi seorang manusia yang bernama Hafta Reinz. Ada?"

HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]Where stories live. Discover now