• Bab 8 •

32 13 7
                                    

"Hazine." Serentak itu, dia menoleh ke arah sang pemanggil. Lampu yang malap telah menjadi cerah semula. Derriz mendekati Flora dan memeluk pinggang ramping gadis itu. Flora pula tidak menolak jejaka tersebut. Tanpa dia sedar, ada api cemburu yang naik mendadak.

"Eh, Encik Hafta!" sapa Derriz sambil mendekati jejaka di hadapannya. Hafta yang membuat muka datar sahaja memandang mereka berdua. Namun, dia tidak mampu menahan amarah dalam dirinya apabila lelaki itu memeluk wanitanya. 'Hands off!' Getusnya di dalam hati.

Derriz menghulurkan tangan untuk berjabat dan tangannya dibiarkan sepi sahaja. Dia menarik semula tangannya. Flora dapat melihat aura dingin Hafta namun dia hanya mengendahkan sahaja.

"By the way, this is my fiance. Flora, as you know she was leader of Alriec family now." Mendengar perkataan 'tunang' membuatkan amarah Hafta semakin marak. Flora tidak menyangkal perkara tersebut, jadi itu pasti perkara yang benar! Dia cuba mengawal reaksinya supaya kelihatan tenang. Iffat mendekati tuannya dan membisikkan sesuatu. Flora dapat melihat riak wajah Hafta yang kelihatan marah apabila mendengar kata-kata pembantu peribadinya.

"Oh, I see. I gotta go now. See you 'again'." Hafta segera berlalu pergi. Flora menolak Derriz menjauhinya. Dia membenarkan Derriz untuk memeluknya tadi disebabkan ingin memberitahu Hafta tentang status dirinya sekarang.

"Seem's like he knows you more than I do." kata Derriz. Dia seorang lelaki dan Hafta juga seorang lelaki. Pasti dia tahu apa maksud pandangan Hafta ke arah mereka tadi, terutamanya Flora. Flora diam mendengar kata-kata Derriz.

"So?"

"What kind of relationship that you have with him?" Flora berpaling mendekati Derriz semula. Dia membetulkan tali leher jejaka tersebut sebelum menariknya untuk tunduk.

"Don't cross the border, Derriz. Tak perlu tahu dan tak perlu ambil tahu. Just do your job as my fiance." Tali leher dilepaskan dan dia melangkah pergi meninggalkan Derriz. Jejaka itu hanya mendiamkan diri. Dia datang lewat tadi namun ketika itu dia dapat menangkap figura seorang lelaki sedang memeluk Flora walaupun keadaan agak malap dan ramai orang di bahagian tengah dewan itu.

"I am jealous...so jealous, Hazine!" katanya perlahan sambil menatap tapak tangannya yang kosong. Dia sudah lama menyukai Flora namun gadis itu tidak pernah memandang dirinya. Apabila ayahnya dan ayah Flora ingin mengikat pertunangan mereka, dia adalah orang yang paling bahagia dalam dunia ini. Tapi, dia sedar cara pandangan Flora terhadap dirinya sangat berbeza dengan cara gadis itu memandang Hafta. Sarat dengan pelbagai emosi. Seakan mereka mempunyai kisah yang bersama.

"Hafta Reinz d' Cruz...."

"I hope you like the present that I have prepared for you..." Senyuman seribu makna menghiasi wajah Derriz.


****

Dia dapat melihat gedung penyimpanan senjata api mereka terbakar di hadapannya. Mayat anak-anak buahnya yang bergelimpangan ditatap tanpa perasaan. Hmm... Siapa tikus yang berani mengejutkan singa yang sedang tidur ini? Iffat hanya menekur ke bawah, tidak berani memandang wajah bengis Hafta. Puntung rokok yang dihisapnya di lempar ke bawah.

"Siapa?" tanya Hafta. Dia sudah cukup panas dengan 'drama' yang ditontonnya tadi, sekarang ada pula bala yang datang menyimbah minyak ke dalam api amarahnya yang sedang marak sekarang ini! Iffat menyerahkan bukti yang mereka perolehi daripada hasil cariannya tadi.

Loket yang mempunyai lambang phoenix. Dia menggenggam kuat loket tersebut sehingga retak. Nama pemilik loket itu dibacanya perlahan. Orang yang sama.

"Katayama Sei...."

"He is also known as Derriz de Alriec...." kata Iffat. Hafta ketawa sinis secara tiba-tiba. Derriz... Patutlah jejaka itu hadir lewat. Rupanya ada 'kerja' yang dilakukannya. Seperti menjolok sarang tebuan.

"Since he is from Alriec, so we should prepare for the war then." Tak sangka, akhirnya dua keluarga besar yang cuba menjalinkan hubungan yang baik akan berperang jua. Iffat yang mendengar kata-kata tuannya segera menyampaikan berita tersebut kepada orang-orang bawahannya. Baru sahaja hari ini mereka menjadi besan, tak sangka sekelip mata menjadi musuh semula.

"How dare you to challenge me!" katanya sambil menghentakkan buku limanya ke bonet kereta. Tiba-tiba, wajah Flora terlintas difikirannya. Dia mula merancang sesuatu. Sesuatu yang tidak dapat dijangka langsung oleh sesiapa.

"My little phoenix....I should take you back, right?" Iffat melihat Hafta yang sedang senyum sendirian merasakan pasti ada sesuatu yang ingin dilakukan tuannya.

HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]Where stories live. Discover now