Kaki Flora berundur ke belakang saat Hafta cuba menghampirinya. Setapak Hafta melangkah, dua tapak dia berundur. Darah yang keluar dari lehernya semakin banyak. Jejaka itu berhenti melangkah ke arahnya. Flora merasakan kakinya terpijak kaca-kaca tadi namun dihiraukan sahaja."My little phoenix ...."
"Stop call me with that name!! bentak Flora. Tiba-tiba, kaca ditangannya ditarik secara kasar oleh seseorang dari belakang. Luka pada lehernya ditekup dengan tangan seseorang untuk menghentikan pendarahan.
"Menyusahkan." kata Hana. Dia sangka abangnya menelefon untuk bertanya khabar, namun sebaliknya dia mendengar suara pertengkaran di antara dua orang. Saat dia mendengar suara seorang wanita, dia telah mengetahui siapa pemilik suara tersebut. Dia segera bergegas ke rumah abangnya.
Flora cuba untuk melepaskan diri namun entah kenapa pandangannya semakin kabur dan akhirnya dia pengsan. Hana menahan tubuh gadis itu daripada terjatuh ke lantai. Harta mendekati adiknya. Dia mendukung Flora dan dibawa semula ke katil. Hana memandang rantai besi yang terdapat pada pergelangan kaki gadis itu.
"Are you mad?"
"Over her? Yes, I'm." balas Hafta. Hana menjulingkan matanya ke atas. Pintu bilik dibuka secara tiba-tiba. Seorang jejaka melangkah masuk.
"Ven."
"Rienz." Dia segera memeriksa keadaan Flora yang kelihatan semakin pucat. Pendarahan di leher dihentikan dan dibalut. Tidak dilupakan juga bahagian tapak kakinya yang luka akibat pijakan pada serpihan kaca tadi. Setelah pekerjaannya selesai, Ven ingin beredar namun dia mempunyai satu persoalan yang hendak ditanya kepada Hafta.
"Who is she?" Hafta tidak menjawab sebaliknya menatap tajam ke arah Ven. Jejaka itu mengerti dengan pandangan Hafta segera keluar dari bilik tersebut. Hafta mengusap wajah Flora dengan lembut.
"Abang, aku rasa lebih baik kau lepaskan dia." Hafta menatap tajam ke arah adiknya. Lepaskan? Impossible!
"She doesn't like you anymore! Kau kena sedar tentang tu!"
"Aku tak kisah. Asalkan dia ada dengan aku, jadi itu bukan masalah." Hana mengeluh mendengar jawapan Hafta. Dasar keras kepala! Dia memandang ke arah Flora yang berada di atas katil. Dia sendiri tak tahu kenapa abangnya begitu obses dengan gadis itu.
Walaupun Hana agak marah dengan tindakan Flora dahulu, namun rasa kasihan melebihi amarahnya sekarang apabila melihat keadaan gadis itu yang penuh dengan luka. Apatah lagi, luka itu berpunca daripada abangnya sendiri.
***
Buk! Tumbukan diberikan kepada seseorang yang telah diikat di atas sebuah kerusi. Mata Derriz yang ditutup menyebabkan dia tidak dapat melihat wajah penculiknya. Baru sahaja tadi dia sedang berseronok di kelab malam Itali, tiba-tiba dirinya ditarik oleh seseorang dan dia sendiri pun tidak pasti apa yang telah terjadi. Tahu-tahu sahaja dia telah berada di sini. Habis dia dibelasah dalam keadaan diikat di atas sebuah kerusi.
Iris memberikan isyarat agar orang suruhannya berhenti daripada mengerjakan Derriz. Dia mengambil sebilah pedang miliknya dan di letakkan pada leher jejaka tersebut. Siapa sangka, anak buahnya dapat menjejaki keberadaan Derriz di Itali. Tanpa rasa bersalah, jejaka itu berseronok di sana. Tidak menyedari bahawa dia diburu oleh keluarga Alriec.
"A...apa kau nak?" Tergagap dirinya saat menuturkan kata-kata apabila merasakan ada sesuatu yang tajam di lehernya. Derriz takut jika dia tersilap langkah dan akhirnya menyebabkan nyawa melayang.
"Where is Flora?" soal Iris. Derriz bingung dengan soalan yang ditanya.
"Manalah aku tahu...Arghh!" Terjerit dirinya apabila pedang tadi ditusuk ke pehanya. Dia dapat merasakan begitu dalam pedang itu menusuk ke dalam dagingnya. Ian mendekati Iris yang sedang menekan pedang itu.
"Siapa yang serang kita hari tu?" tanya Ian pula. Derriz mengetahui bahawa yang menyoalnya itu adalah Ian kerana dia pernah berbual dengan jejaka itu dahulu. Nampak gaya, dia telah tertangkap lebih awal dan nyawanya pasti terancam.
"Cakap! Bisu ke!" Terhenjut bahunya apabila mendengar jerkahan daripada Iris. Kesabaran Iris semakin menipis disebabkan kebisuan Derriz. Dia bertindak menikam sebelah lagi peha jejaka itu. Raungan kesakitan itu diendahkan sahaja. Baginya, itu hanya melodi yang mampu memuaskan telinganya ketika itu.
"Cruz... Akh!" Ian memijak peha Derriz yang berlumuran darah akibat tikaman adik kembarnya tadi. Darah perlahan-lahan mengalir keluar dari mulut Derriz. Dia pasti ada sesuatu yang dilakukan oleh sepupunya itu sehingga menyebabkan keluarga Cruz menghantar anak buah mereka untuk menyerang keluarga Alriec.
"That's only thing I want to know from now. Jangan risau aku takkan bunuh kau terlalu awal. Slowly but surely." Mereka berdua melangkah keluar dari bilik seksaan itu. Nampaknya, ada kerja lain yang harus dilakukan memandangkan lawan mereka kali ini bukan calang-calang orang.
"Be prepare."
YOU ARE READING
HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]
RomanceCover by: PutraRize HIDDEN SERIES 2: HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE. "Love? Does it even exist?" - Flora Hazine de Alriec. "I want her so bad. Her scent, her presence make me crazy over her." - Hafta Rienz Siapa sangka mereka mempunyai kisah silam t...