Flora yang sedang tidur tersedar apabila mendengar bunyi tapak kaki di balkoni. Dia membuka matanya. Tiada bunyi pergerakan. Namun, dia yakin ada seseorang di situ. Tidak. Enam tapak kaki."Masuk." arahnya. Terus sahaja pintu balkoni itu dibuka oleh seseorang. Tiga orang assassin melutut kepada Flora. Kelihatan di tangan salah seorang assassin itu membawa dokumen untuk diberikan.
"Miss." Dokumen tersebut diserahkan. Menunjukkan hasil pantauan mereka. Flora yang membaca dokumen untuk menggenggam kuat kertas tersebut sehingga menjadi gumpalan dan dilemparkan ke dalam api. Mereka bertiga agak takut melihat ketua mereka yang sedang menahan amarah.
"Angel, mind to explain?" Angel yang sedang melutut segera bangun dan menghampiri Flora. Dia membisikkan apa yang mereka perhatikan. Flora bangun dari katilnya dan berdiri. Angel yang berada disebelah terus memberikan ruang kepada ketuanya.
"Stupid Derriz!" Tiada sesiapa yang memberikan arahan untuk menghancurkan gudang senjata milik Cruz. Begitu juga dengan dirinya. Jejaka itu akan menyebabkan keluarga Alriec dilanda masalah besar! Dia pasti alasan Hafta pergi meninggalkan majlis tadi disebabkan perbuatan bodoh tunangnya.
"Make sure to protect people from old generation and sent them to Rewyne. Jangan gagal! Move! Now!" arah Flora. Ketiga-tiga orang assassin tadi segera meninggalkan bilik Flora dan melaksanakan apa yang dipinta ketua mereka. Markas utama di Rewyne menjadi pilihan untuk melindungi orang tua mereka daripada tercedera atau ditimpa bahaya.
"Angel. Bring 'them' to me." pesannya sebelum Angel menghilangkan diri.
Berderau nafas Flora. Dia tahu peperangan besar akan tercetus di antara dua buah keluarga. Baru sahaja mereka menjalinkan hubungan dengan mencipta mahligai perkahwinan antara Shawn dan Amanda. Nampaknya, itu akan menjadi tragedi bagi dua pasangan kekasih tersebut. Sama ada mengikuti Alriec atau Cruz.
Nasib baik dia menghantar setiap orang assassinnya untuk meninjau pergerakan ahli keluarga Alriec. Kalau tidak, pasti mereka semua akan terbunuh tanpa mengetahui alasannya.
"You ask for the war."
***
"Betul ke apa yang kau nak buat ni?" tanya Hana. Hafta memandang anak buahnya yang sedang menyediakan beberapa senjata untuk digunakan pada malam seterusnya. Dia tidak menoleh ke arah adiknya.
Hana mengeluh. Dia tahu jika abangnya menyerang keluarga Alriec, pasti seluruh keluarga assassin itu akan memburu keluarga Cruz. Dia risaukan ibunya sahaja. Seorang anak buahnya mendekati Harta dan membisikkan sesuatu.
Hafta tersenyum sedikit apabila mendengar maklumat yang disampaikan oleh anak buahnya. Hmm.... She already know about it. Itulah yang membuatkan dia teruja. Tidak sabar untuk mengambil apa yang pernah miliknya semula. Dia tertanya-tanya berapa orang assassin yang akan dihantar untuk mengalahkannya nanti atau ketuanya sendiri yang akan turun padang.
"Kau tak rancang untuk bawa dia kembali bersama kau, kan?" Dia menoleh ke arah Hana tanpa memberikan sebarang balasan. Diam bermaksud ya. Hana mendengus kuat. Abangnya ini sudah tidak waras!
"Can you just let her go!? Banyak lagi perempuan lagi cantik, yang boleh gantikan tempat dia. Kau buta ke a..Aargh!" Terkelu lidah Hana apabila lehernya dicekik kuat oleh abangnya sendiri. Dia dapat melihat mata heterochromia abangnya menjadi gelap. Setelah hampir nafas terputus, baru Hafta melepaskan Hana. Terduduk gadis itu apabila dia dilepaskan.
"I can't. You know why?" Dia menolek dagu adiknya untuk bertentang mata dengannya. Senyuman sinis menghiasi wajahnya yang dingin itu. Terpancar riak ketakutan pada wajah Hana. Dia tidak tahu bahawa sekuat ini keinginan abangnya untuk bersama dengan Flora.
"She is mine! Forever will be mine! Tak ada sesiapa yang boleh dapatkan dia selain aku!" Dia menolak sedikit kepala Hana. Dia tidak suka apabila adiknya menyuruhnya untuk mencari pengganti Flora. Takkan ada yang mampu menggantikan gadis itu dan dia juga tidak akan sesekali menggantikan Flora.
"You just obsessed with her!" bentak Hana. Badannya yang menggigil dihiraukan sahaja. Hafta tertawa mendengar kata-kata adiknya.
"Well, how can you are not obsessed with someone you love?"
YOU ARE READING
HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]
RomanceCover by: PutraRize HIDDEN SERIES 2: HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE. "Love? Does it even exist?" - Flora Hazine de Alriec. "I want her so bad. Her scent, her presence make me crazy over her." - Hafta Rienz Siapa sangka mereka mempunyai kisah silam t...