Dia membuka mata perlahan-lahan. Nampaknya, dia masih lagi di tempat yang sama. Flora cuba untuk bangkit namun ada sesuatu yang menghalangnya. Dia menyelak selimut yang menutupi kakinya.
Ting!
Berdenting rantai besi itu apabila ditolak jatuh daripada katil. Hafta dah melampau! Dia fikir dirinya ini binatang untuk dirantai?! Sudahlah kakinya telah menjadi tempang angkara jejaka tersebut. Nasib baik saat dia membuka mata tadi, jejaka itu tiada. Kalau tidak, pasti segala makian akan keluar dari mulutnya.
Gila! Itu sahaja perkataan yang boleh menggambarkan Hafta pada sudut pandangan Flora. Flora memandang lampu tidur yang ada di meja sebelahnya. Kejadian lalu kembali menjengah fikirannya. Tangannya menyentuh luka di bahagian kakinya. Sakit atau tidak itu tidak penting, dia perlu cari jalan untuk keluar dari situ.
Krekk...
Dia menoleh ke arah Hafta yang sedang membawa dulang makanan untuknya. Kelihatan ada susu dan sandwic di situ. Dia meletakkan dulang tersebut di atas katil.
"Makan." Flora mencapai dulang tersebut. Dia menatap kosong pada makanan itu tanpa mempunyai niat untuk menjamahnya sedikit pun. Dia melontarkan dulang itu ke lantai. Habis bertaburan makanan dan gelas susu kaca tadi pecah. Perkara itu telah mengundang kemarahan Hafta secara tidak langsung. He hate to be rejected. Dia mendekati gadis itu dan mencengkam pipi Flora untuk menoleh ke arahnya.
"Eat!" Flora jatuh ke lantai saat ditolak oleh Hafta. Serpihan kaca tadi terkena sedikit pada dahinya. Hafta yang melihat kejadian itu terkejut namun dia hanya melihat sahaja. Kebencian Flora terhadap Hafta semakin meningkat bahkan sekarang dia rasa hendak membunuh sahaja jejaka di hadapannya ini.
Dia mengutip satu serpihan kaca yang agak besar. Walaupun dia masih lagi sakit, namun cubaan untuk melepaskan diri itu harus dilakukan! Hafta sangka Flora akan menyerangnya, akan tetapi disebalik. Serpihan kaca itu diletakkan di leher gadis itu sendiri. Pandangannya kosong memandang ke arah Hafta.
"Since you don't want to let me go, then I should find my own 'freedom'." kata Flora. Darah mengalir perlahan di lehernya. Hafta segera mendekati gadis itu untuk menghalangnya daripada perbuatan tersebut..
"Stop it! You just hurting yourself!!"
"I am."
***
"Any trace?" Ian menggelengkan kepala. Mereka sudah menghantar beberapa orang untuk mencari keberadaan Flora, namun masih belum menunjukkan apa-apa hasil.
Iris ligat memikirkan sesuatu. Tiba-tiba, terlintas difikirannya tentang pergaduhan kakaknya bersama Derriz di ruang tamu hari itu. Sekejap! Dia mendail nombor telefon seseorang. Memandangkan mereka tidak menjumpai mayat Derriz, dia pasti jejaka itu melarikan diri.
"Cari Derriz. Tak peduli apa cara sekalipun, just bring him to me." arah Iris apabila orang suruhannya mengangkat panggilannya.
"Kenapa cari Derriz?"
"Sebab aku nak tahu siapa yang serang kita hari tu." Ketika pertengkaran pada hari tersebut berlaku, dia dan Ian baru sahaja hendak turun ke bawah, jadi mereka tidak mengetahui langsung apa yang terjadi di ruang tamu. Baru sahaja menjejakkan kaki ke ruang tamu, serangan hendap telah dilancarkan.
"Kau nak cakap orang yang serang kita tu, culik Flora?"
"Then, what did you expect? Flora suddenly missing, like that? Woof! Hilang macam abu, macam tu?" perli Iris.
"Kalau diorang culik Flora, kenapa kita tak dapat ugutan langsung?" tanya Ian. Iris mendiamkan diri mendengarkan pertanyaan dari abang kembarnya. Betul juga. Mereka langsung tidak menerima sebarang ugutan mahupun tuntutan dari pihak yang lagi satu. Ataupun sebenarnya....
"They want her." duga Iris. Ian memandang gadis itu dengan kehairanan.
"Maksud kau?"
"They don't want money or anything else. They just want her. Flora Hazine de Alriec."
"Tapi kenapa?" Iris hanya mendiamkan diri sahaja. Dia juga turut memikirkan jawapan untuk persoalan itu.
"Macam mana kalau motif diorang lain daripada tekaan kau?" Ian mengemukakan pendapatnya. Iris mengangkat keningnya. Ian memandang tepat pada wajah Iris.
"Revenge."
YOU ARE READING
HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]
RomanceCover by: PutraRize HIDDEN SERIES 2: HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE. "Love? Does it even exist?" - Flora Hazine de Alriec. "I want her so bad. Her scent, her presence make me crazy over her." - Hafta Rienz Siapa sangka mereka mempunyai kisah silam t...